Memaparkan catatan dengan label Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS). Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS). Papar semua catatan

Rabu, 10 September 2014

Pesakit ALS Hilang Upaya Kawal Pergerakan Otot

Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) atau dikenali sebagai penyakit Lou Gehrig’s adalah sejenis penyakit neurologi yang menjejaskan sel saraf neuron otak dan saraf tunjang.
ALS pertama kali ditemui pada 1869 oleh pakar neurologi Perancis, Jean Martin Charcot namun ia kurang dikenali ramai. 

elepas pemain besbol terkenal Amerika Syarikat (AS), Henry Louis Gehrig yang lebih terkenal dengan panggilan Lou Gehrig disahkan menghidap ALS pada 1939, barulah penyakit berkenaan dikenali di seluruh dunia.
Gehrig yang juga pemain besbol kelab ternama New York Yankees meninggal dunia pada Jun 1941, iaitu dua tahun selepas beliau disahkan menghidap penyakit itu. 

 
Foto
Pesakit ALS akan lumpuh.

Penghidap penyakit ini hilang upaya untuk me-ngawal pergerakan otot yang kemudian membawa kepada kelumpuhan dan kematian selepas dua hingga lima tahun didiagnos.


Antara tanda awal penyakit ini kesukaran bernafas, berasa lemah badan, sukar untuk menelan makanan dan suara berubah menjadi serak.

Selain itu, otot badan yang semakin lemah juga menyebabkan pesakit sukar me-ngangkat anggota badan atau berjalan sebelum lumpuh sepenuhnya.

Meskipun pelbagai revolusi perubatan diperkenalkan namun, sehingga kini masih tiada penawar atau ubat khas yang ditemui untuk mengubati penyakit berkenaan.

Begitupun, pihak Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika (FDA) meluluskan sejenis ubat khas yang dipercayai dapat membantu memanjangkan lagi tempoh hayat (secara sederhana) kepada pesakit.

Penyakit berkenaan boleh menyerang sesiapa saja tidak kira tua atau muda namun kebanyakannya pesakit ALS terdiri daripada golongan dewasa berusia 40 hingga 70 tahun.

Antara yang turut menemui ajal disebabkan penyakit ini ialah pereka siri kartun popular Sesame Street Jon Stone, peninju terkenal Ezzard Charles, pemain bola keranjang NBA George Yardley, pemain golf Jeff Julian dan bekas Naib Presiden AS Henry A Wallace.- MyMetro-