Memaparkan catatan dengan label Abang M Haziq Muqri & Adik Kembar M.Hazim Zikry / M.Hadif Zafry. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Abang M Haziq Muqri & Adik Kembar M.Hazim Zikry / M.Hadif Zafry. Papar semua catatan

Ahad, 8 Januari 2017

Tahun 2017 - Semangat Baru, Azam Baru, Uniform Baru, Sekolah Baru..

Assalamualaikum..

Lambat pulak nak update blog ni..tapi kira ok la update jugak..hee

 Dah pun masuk tahun 2017..azam baru semangat baru tapi pi mai pi mai..azam yang sama semangat yang sama. Bagi Saya dan Cik Husband tu biasa-biasa ja. Azam yang sama semangat yang sama. Nak jadi lebih baik dari yang sebelumnya.  Umur koi meningkat ni kena lebih berusaha untuk kehidupan kami agar hidup lebih teratur, sempurna, stabil dan bahagia. 

Anak-anak pula koi lama koi membesar. Macam si kembar Muhammad Hazim Zikry dan Muhammad Hadif Zafry dah masuk 6 tahun masih blajar di Pasti Khalifah At Taqwa..lagi setahun dah nak masuk ke sekolah rendah. Si abang Muhammad Haziq Muqri dah pun bertukar dari sekolah rendah ke sekolah menengah. Ni lagi 1 masalah. Bila dah habis UPSR, dapat result, pening pula nak masuk sekolah mana. Banyak sangat pilihannya. Mana dengan SBP, Sekolah Kawalan, sekolah pilihan Mak Bapak lagi. Biasa la, setiap mak bapak ni nak yang terbaik untuk si anak. Tapi ikut si anak tu pula nak masuk yang mana, anak tu yang nak belajar. Kita hanya boleh bagi nasihat dan pandangan suruh fikir betul-betul yang mana pilihan mereka.


Macam dengan Saya dan Cik Husband memang ada sekolah pilihan untuk Haziq. Sudah semestinya sekolah yang Saya pernah belajar dulu Maktab Mahmud. Saya belajar kat situ dari tahun 1991 - 1998. Sekolah aliran agama/arab. Kiranya lebih kurang setengah agama/arab setengah akademik.  Ilmu dunia dan akhirat yang kita boleh belajar. Tapi macam yang Saya kata, si anak yang nak belajar. Sudah semestinya Haziq ada sekolah pilihan sendiri. Ada tawaran yang Haziq dapat tapi fikir punya fikir, nasihat dan pandangan yang dah diberi. Akhirnya Haziq pilih untuk sambung belajar di Maktab Mahmud. 


Alhamdulillah..1/1/2017..bermulalah sesi belajar  Muhammad Haziq Muqri sebagai salah seorang pelajar dan warga Maktab Mahmud Alo Setar .Semoga Haziq dapat belajar dengan baik. Semoga Haziq menjadi anak yang soleh berjaya dunia & akhirat. 


Yang penting, kita sebagai Mak Bapak ni kena terus  beri galakan, nasihat, tunjuk ajar, berdoa agar semua anak-anak kita akan berjaya dalam kehidupan mereka..tak kira apa jua bidang yang mereka ceburi. 

Buat anak2 yg akan ambil UPSR, PT3, SPM, belajar rajin2 untuk dapat result yang cemerlang.
Semoga anak2 kita akan terus bersemangat untuk belajar dan semangat ni akan terus bertahan hingga akhir tahun 2017..


- Mummy Ira -

Jumaat, 30 Disember 2016

Tahun 2016..Tahun Terakhir Muhammad Haziq Muqri Belajar Untuk Sesi Sekolah Rendah.

Assalamualaikum..

Tahun 2016, tahun terakhir Muhammad Haziq Muqri belajar untuk sesi sekolah rendah. 7  tahun Haziq belajar kat Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai ( SKJP ). Mula masuk prasekolah sesi 2010 hingga tamat tahun 6 sesi 2016, ni masanya haziq tinggalkan alam sekolah rendah, cikgu2 dan kawan2.


Cepat tak cepat masa berjalan. Haziq dah nak masuk sekolah menengah..dah masuk alam remaja. Jauh lagi perjalanan haziq dalam meniti kehidupan ni. Takut jugak bila fikir banyak lagi cabaran yang akan kita akan hadapi untuk tahun yang mendatang. Tambah pulak dalam mendidik anak2 yg koi membesaq ni. Ish, sedih pula rasanya.


Terima Kasih tak terhingga buat semua Guru2  Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai ( SKJP ) yang telah mendidik Muhammad Haziq Muqri. Halalkan segala ilmu dan tunjuk ajar yang telah diberi. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian. Saya juga mohon berjuta2 kemaafan atas segala salah laku Haziq sepanjang 7 thun ni. 
 
Life must go on..semoga Haziq akan terus belajar dan berusaha untuk berjaya dan berhati2 dalam meniti kehidupan yang mendatang. Semoga alam sekolah rendah ni akan menjadi salah 1 kenangan yang paling indah dan akn tersemat dalam hati haziq sampai bila2..


Alhamdulillah ..
Haziq dapat 4A 2B dalam UPSR 2016..
Tahniah juga student SKJP yg berjaya dapat 6A , 5A 1B, 4A 2B..
Tahniah juga untuk semua pelajar SKJP dan semua pelajar di seluruh Malaysia dengan apa jua keputusan yang telah diterima..

Terima kasih untuk semua guru SKJP yang telah berusaha mendidik pelajar hingga berjaya..
Untuk semua pelajar termasuk Haziq, ni baru permulaan..masa depan kalian masih panjang..jangan jemu..terus berusaha dan berusaha hingga berjaya..

Doa ibu bapa sentiasa mengiringi kalian untuk sentiasa berjaya dalam kehidupan..

 
Bila Mama terlebih rajin & ciwis.. sempat lagi berviva video bagai ni..nak buat macam mana..dulu2 tak dak versi2 ni..la kita buat kat anak2 ja..Video momen terindah untuk Muhammad Haziq Muqri sepanjang 7 tahun dia belajar kat SKJP..



- Mummy Ira -

Ahad, 4 September 2016

Maka Bermulalah Peperiksaan UPSR 2016

Assalamualaikum..

UPSR dah pun mula..Mama pulak yg getaq lebih..Biasa la 1time anak sulung ambik exam penting. Ni baru UPSR..kalau PT3 ka SPM ka..tak tau lagu mana getaq Mama jadinya. UPSR mula 5/9-8/9/2016..ada sesetengah sekolah yang dah mula sebabnya ada subjek lebih

Apa pun Mama doakan anak Mama MUHAMMAD HAZIQ MUQRI b HARIS FADILAH dan semua kawan2 tahun 6 SKJP dan semua pelajar tahun 6 di seluruh Malaysia yang akan duduki exam UPSR akan dapat menjawab soalan peperiksaan UPSR 2016 dgn tenang dan lancar..semoga dipermudahkan dan peroleh kejayaan yang cemerlang..amin..

Buat semua guru2..yg selama 7 tahun mendidik dan mengajar Muhamammad Haziq Muqri..halalkan ilmu dan terima kasih diatas segala ilmu dan bimbingan yang telah diberikan.semoga semuanya diberkati Allah..



- Mummy Ira -