Memaparkan catatan dengan label ASTHMA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ASTHMA. Papar semua catatan

Khamis, 30 Januari 2014

ASTHMA Dan Cegah Dengan Vitamin Shaklee

Penyakit Asthma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asthma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asthma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.

Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan.



Bagaimana terjadinya Asthma
  • Asthma disebabkan oleh inflamasi / keradangan pada saluran pernafasan.
  • Keradangan ini menyebabkan saluran paru-paru membengkak dan menghasilkan lendir yang berlebihan serta menjadi lebih sensetif.
  • Otot di sekeliling saluran pernafasan akan mengecut dan menyebabkan lapisan saluran pernafasan menjadi sempit.
  • Beberapa faktor pencetus boleh menyebabkan inflamasi dan radang pada salur pernafasan.

Tanda tanda Asthma

  • Batuk terutama pada waktu malam atau cuaca sejuk.
  • Nafas berbunyi / 'wheezing' (seperti siulan).
  • Rasa ketat / ketegangan di dada.
  • Kesusahan bernafas atau batuk selepas aktiviti fizikal.


Tanda Tanda Asthma Yang Teruk

  • Kesusahan bernafas.
  • Kesusahan untuk bersuara / bercakap.
  • Kelihatan sangat penat.
  • Kebiruan pada kuku dan bibir.
  • Terdapat lekuk pada bahagian dada apabila bernafas.

Punca Punca Terjadinya Asthma
  • Senaman
  • Jerebu dan pencemaran udara.
  • Alahan dihidu seperti hama (house dust mite), debunga, spora kulapuk (mould spores), epithelials binatang peliharaan
  • Persekitaran yang sejuk.
  • Jangkitan saluran pernafasan, batuk dan selesema.
  • Merokok dan asap rokok.
  • Tekanan emosi.
  • Aspirin dan ubat seumpamanya
Asthma juga merupakan satu penyakit yang dikaitkan dengan keturunan. 





BAGAIMANA SERANGAN ASTHMA DAPAT DIELAKKAN

  • Kenalpasti faktor pencetus Asthma.
  • Jauhi / elak bahan pencetus Asthma.
  • Menggunakan ubatan asthma seperti yang diarahkan oleh doktor.
  • Bawa anak berjumpa doktor jika terdapat tanda-tanda penyakit asthma.


ASTHMA DIKALANGAN KANAK-KANAK

  • Menurut kajian, jumlah kanak-kanak diserang penyakit asthma adalah 10 hingga 20 peratus. Selalunya, penyakit ini tidak boleh diubati. Tapi, biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia meningkat.
  • Bagi kanak-kanak yang menghidapi asthma sederhana, serangan ini akan hilang apabila mencapai usia lingkungan 12 hingga 13 tahun.
  • Manakala, 50% - 60% akan sembuh apabila mencapai usia 20 hingga 25 tahun. Sementara, 20 p lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil saja yang akan sembuh.

Selain ubat ubatan Pesakit Asthma juga di saran mengambil supplemen tambahan untuk sihat tubuh badan dan mennggunakan Inhalers apabila serangan berlaku. Penggunaan Inhalers atas nasihat doktor



SUPLEMEN UNTUK ASTHMA



Omega Guard (Asid lemak Omega-3)
  • Kajian klinikal Universiti of Maryland Medical Center menunjukkan 29 kanak-kanak asthma yang diberi makan minyak ikan yang kaya EPA dan DHA selama 10 bulan didapati mampu mengurangkan simptom asthma berbanding kanak-kanak yang mengambil placebo.
  • Kajian penyelidik Jepun keatas 32 pesakit COPD (chronic obstructive pulmonary disease) yang diberi supplemen omega-3 mendapati, selepas setiap 3 bulan tahap kesihatan mereka semakin baik berbanding mereka yang tidak diberi omega-3.
  • Penyelidik mencadangkan sokongan nutrisi yang mengandungi asid lemak omega-3 adalah selamat dan praktikal untuk merawat masalah berkaitan peparu dan pernafasan.


NutriFeron (interferon semulajadi Shaklee)
  • Seperti yang kita tahu, asthma dicetuskan oleh serangan alergen, manakala sistem imun pesakit tidak dapat bertahan terhadap serangan tersebut. Asthma pada kanak-kanak menunjukkan ada keradangan melampau di laluan udara. 
Bagaimana interferon membantu? 
  • Penyelidik menemui keupayaan interferon menghalang populasi sel imun yang mencetuskan asthma. Secara semulajadi 1 kelas sel limfosit T yang dikenali sebagai T helper 2 cells (Th2 cell) membantu melindungi menentang jangkitan dengan merembeskan bahan kimia untuk meransang pembengkakan; tetapi dalam sesetengah individu, sel Th2 boleh menyebabkan tindak balas alergik kepada sel normal yang tidak berbahaya seperti pencemar dan debunga. Apabila sel Th2 menjadi reaktif kepada tersebut, ia mencetuskan semua proses pembengkakan yang biasa terhadap penyakit alergi seperti asthma dan ekzema.
  • Journal of Immunology mencadangkan interferon digunakan untuk terapi pesakit asthma. Interferon akan menghalang pembentukan sel Th2 dan kestabilannya dengan memberhentikan perembesan asthma-causing chemical lalu memberhentikan simptom asthma.

Testimoni







Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration