Memaparkan catatan dengan label ASID FOLIK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ASID FOLIK. Papar semua catatan

Isnin, 23 Disember 2013

Kenapa Asid Folik Penting Bagi Ibu dan Bayi dalam Kandungan?


Apakah Asid Folik?
Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu.

Kenapakah saya perlukan asid folik?
Asid folik menolong mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida.Spina bifida terjadi apabila pelindung yang menutupi korda spina bayi tidak menutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. Pada 12 minggu yang pertama dalam kehamilan anda, otak dan sistem saraf bayi anda sedang membentuk dan berkembang pesat.