Memaparkan catatan dengan label ANEMIA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ANEMIA. Papar semua catatan

Rabu, 19 Mac 2014

Cadangan 30 Makanan Membantu Tambah Darah Jika Anda Mempunyai Anemia

Assalamualaikum..


Makanan Semulajadi

Bagi anda yang mengalami masalah ini, anda mungkin bole cuba meningkatkan makanan yang dipercayai kaya dengan zat besi yang diperlukan dalam proses pembentukan Haemoglobin. Berikut adalah makanan yang dipercayai membantu proses tambah darah :
  1. Hati Lembu 
  2. Hati Ayam 
  3. Daging Merah 
  4. Kerang 
  5. Tiram 
  6. Kepah 
  7. Sayur Bayam 
  8. Brokoli 
  9. Tauhu 
  10. Tempe 
  11. Kacang Peas 
  12. Kacang Badam 
  13. Kacang Gajus 
  14. Kuaci Bunga Matahari 
  15. Buah Kurma 
  16. Buah Tin (Aprikot Kering) 
  17. Buah Zaitun 
  18. Kismis 
  19. Buah Prune 
  20. Beras Perang 
  21. Gula Merah (Gula Tebu) 
  22. Ikan Sardin 
  23. Ikan Tongkol 
  24. Telur 
  25. Teh Roiboos 
  26. Susu 
  27. Spirulina 
  28. Bijirin 
  29. Roti Gandum Penuh 
  30. Keju 
Sebenarnya, makanan yang disarankan untuk individu yang mempunyai anemia ialah makanan yang kaya dengan asid folik, zat besi dan vitamin B12 seperti yang terkandung dalam makanan yang disenaraikan di atas. Kebiasaannya pesakit anemia atau ibu mengandung yang mempunyai bilangan haemoglobin yang rendah disarankan mengambil ubat-ubatan atau pil vitamin seperti multivitamin, zat besi, asid folik dan B-Complex yang boleh membantu mengatasi masalah ini. Nantikan pantang-larang (makanan) untuk pesakit anemia dalam tulisan saya akan datang!

Cadangan Suplemen Semulajadi

Macamana produk Shaklee boleh mambantu? Suplemen Shaklee dijamin 100% semulajadi dan selamat dimakan oleh ibu mengandung. Amalkan pengambilan Pregnancy Set yang membantu seperti berikut :

 
  • Multivitamin : Membekalkan keperluan asas kesemua 12 jenis vitamin dan 9 mineral yang diperlukan tubuh dengan tambahan zat besi. Zat besi (iron) adalah sangat penting dalam pembentukan sel darah merah 
  • B-Complex : Mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan badan manusia. Asid folik juga penting dalam pembentukan sel darah anda 
  • Vitamin C : Membantu meningkatkan penyerapan iron dari makanan dan suplemen anda

Testimoni pengguna



Ready Stock / Cod / Self Pick Up / Pos
Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration

Isnin, 25 November 2013

Anemia Dan Cara Atasinya

 Assalamualaikum..

Apakah Anaemia?
Ia adalah suatu keadaan dimana sel darah merah yang matang yang membawa oksigen ke seluruh tisu badan berkurangan. Fungsi ini dijalankan oleh protein yang dinamakan haemoglobin. Anaemia biasanya bermaksud haemoglobin yang tidak mencukupi. Paras Haemoglobin yang normal adalah diantara 11.5 hingga 16.5g/dL untuk perempuan dan 12.5 hingga 18.5g/dL untuk lelaki.

simpton anemia, kurang darah
 
Sebab-sebab anaemia
  • Kehilangan darah (samada akut atau kronik).
  • Kehilangan darah yang akut boleh dilihat semasa kemalangan jalan raya atau selepas pembedahan. Kehilangan darah yang melebihi 500ml biasanya memerlukan gentian darah.
  • Kehilangan darah kronik biasanya berlaku semasa kedatangan haid yang berlebihan, infestasi cacing dan lain-lain keadaan.
  • Pembentukan sel darah merah yang tidak mencukupi dari tulang sum-sum.


Ini mungkin disebabkan oleh :
  • Kekurangan faktor penting seperti zat besi,, vitamin B12, folate dan erythropoietin.
  • Pembesaran yang mendadak bagi remaja, menyebabkan penambahan keperluan zat besi dimana ianya melebihi paras penyerapan zat besi.
  • Kitaran haid bagi wanita dengan kehilangan anggaran 30mg zat besi setiap bulan menyebabkan kekurangan zat besi.
  • Faktor Toksik : Penyakit Inflamasi, kegagalan hati dan ginjal, ubatan.
  • Kekurangan hormon : Paras hormon tiroid rendah.
  • Serangan tulang sum-sum : kanser darah, penyakit tulang sum-sum.
  • Gangguan pembentukan sel darah merah: keadaan seperti Talasemia.
  • Pemusnahan sel darah merah yang berlebihan.
  • Mungkin berlaku didalam beberapa jangkitan atau pengambilan sesuatu ubat.

Jenis Anemia yang biasa berlaku ialah :
  • Anemia disebabkan kekurangan zat besi.
  • Talasemia
  • Tanda-tanda dan gejala
  • Ramai remaja menghidapi Anaemia dan tidak mengetahui sebabnya.

Gejala-gejala termasuk:
  • Keletihan setiap masa.
  • Pening
  • Sesak nafas apabila melakukan atktiviti fizikal
  • Kulit pucat
  • Kadar denyutan jantung yang cepat
  • Kurang daya ingatan
  • Kurang berat badan

Komplikasi
Jika Anaemia sangat teruk ia akan menyebabkan :
  • Kegagalan jantung dimana fungsi jantung menjadi lemah dan tidak mencukupi.
  • Masalah semasa mengandung seperti melahirkan anak pramatang dan pertumbuhan janin yang terencat semasa berada didalam kandungan.


Rawatan
Pemeriksaan haemoglobin untuk menentukan samada anda menghidapi anaemia atau tidak boleh dilakukan di klinik berhampiran dengan anda.

Rawatan Anaemia bergantung kepada jenis Anaemia yang dihadapi.
  • Jika ia disebabkan oleh masalah perubatan seperti Talasemia, Leukaemia, rawatan khusus perlu dilakukan.
  • Jika ia disebabkan oleh kekurangan zat besi, maka ia perlu mengambil makanan seimbang yang mengandungi zat besi yang tinggi dan juga pil tambahan zat besi. 


Tips lain: Untuk merawat kekurangan zat besi :
-Dinasihatkan mengambil pil tambahan zat besi bersama dengan vitamin C untuk membantu penyerapan zat besi.
-Penyebab utama seperti infeksi cacing dan keradangan pada usus perlu dirawat.

Kandungan Zat Besi Dalam Makanan 

MAKANAN
SAIZ HIDANGAN
ZAT BESI (mg)
Hati, Ayam
105g
12.8
Paha ayam
125g
1.0
Daging lembu tanpa lemak
268g
5.9
Hati, Lembu
124g
11.1
Tuna
90g
1.1
Kerang
86g (10 biji kerang)
2.0
Paru
92g
7.7
Bijiran yang diperkaya dengan 100% zat besi (coco crunches, cornflakes)
¾ cawan
18
Oatmeal
1 cawan
10
Tauhu
1/2 cawan
3.4
Kacang tanah
1 cawan
6.6
Bayam
½ cawan
3.2
Kismis
½ cawan
1.5
Roti
1 keping
0.9
Nasi
1 cawan
0.3
Sumber :  Malaysian Dietary Guidelines 2005

Pencegahan
-Makan makanan seimbang setiap hari. 
-Adalah dicadangkan bagi anda yang menghadapi masalah Anemia untuk mengambil vitamin berikut bagi mengatasi masalah Anemia.  



Vitalea ~  Mengandungi zat besi yang membantu pembentukan sel darah merah dan menghasilkan sel darah yang sihat. Zat besi menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel.

B-Complex ~ Meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin. Shaklee B-complex adalah lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B termasuk B12 dan folat.

Vitamin C ~ Membantu penyerapan vitamin B12 dan zat besi. Vitamin C juga membantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan pertahanan badan.

Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe


 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration

Khamis, 29 Ogos 2013

Anemia Dan Vitamin Shaklee

Anemia merupakan keadaan di mana berlakunya kekurangan hemoglobin (Hb) di dalam sel darah merah. Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu, apabila anda mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga. Sebagai seorang wanita mengandung, adalah penting bagi anda untuk mendapatkan ujian darah bagi menentukan paras hemoglobinnya semasa lawatan pertama pemeriksaan kandungan (lawatan antenatal).

Tanda-tanda dan Gejala Anemia

1) Gejala yang paling biasa berlaku adalah:

  • Merasa letih, lemah anggota dan sering pengsan.
  • Kelihatan pucat
  • Kesukaran bernafas/sesak nafas
  • Loya
  • Mengalami debaran (palpitasi) - dengupan jantung yang cepat
  • Sakit kepala dan pening
  • Kerengsaan dan juga keradangan pada lidah
  • Mudah lupa
2) Gejala yang jarang berlaku:
  • Mengalami jaundis ataupun kekuningan, terutama pada mata dan kulit
  • Sakit di bahagian perut atau abdomen

 Kenapa Berlakunya Anemia
  • Kurang pengambilan zat besi (iron) dan asid folik di dalam diet harian.
  • Mengalami kehilangan darah yang terlalu banyak berpunca dari pendarahan gastrousus, buasir, ataupun darah haid.
  • Proses pencernaan mungkin mengalami sedikit perubahan semasa hamil di mana ini akan menyebabkan berlakunya anemia.
  • Thalassemia - sejenis penyakit darah keturunan yang banyak berlaku di kawasan Asia, Mediterranean dan juga Afrika.
Siapa yang Berisiko Mengalami Anemia
  • Wanita mengandung yang tidak dapat makan dengan baik kerana masalah loya atau muntah.
  • Wanita yang mengandung kembar
  • Wanita yang hamil dalam sela masa kehamilan yang terlalu rapat.
  • Pemakanan yang tidak baik - kekurangan pelbagai jenis vitamin. Wanita yang tidak mengambil zat besi dengan cukup adalah lebih mudah mendapat anemia.

Adakah Anemia Berbahaya kepada Saya dan Bayi

Anemia sangat bahaya kerana boleh menyebabkan perkara berikut :

1) Kepada ibu

  • Tumpah darah semasa dan selepas bersalin
  • Tekanan darah tinggi(eklampsia)
  • Keguguran
  • Kematian
2) Kepada bayi dalam kandungan
  • Kematian janin
  • Kelahiran bayi tidak cukup bulan (pre-mature baby)
  • Kelahiran bayi kurang berat badan
  • Sebab tu kalau pergi check kat KK, nurse selalu marah kalau hb rendah kan??
Seriuskah Masalah Anemia Saya

Tahap anemia adalah seperti berikut:

  • < 6.9 : SANGAT TERUK
  • 6.9 < 8.0 : TERUK
  • 8.0 < 9.5 : SEDERHANA
  • 9.5 - 10.5 : RINGAN
Bagi ibu-ibu yang hamil, jangan sesekali memandang remeh hal ini. Pengambilan supplemen 2 biji Vita-lea Shaklee setiap hari dapat membantu menangani masalah anemia semasa hamil.

Tips Pengambilan Iron Supplement

  • Ambil 2 biji Shaklee Vita-Lea (with iron formula) setiap hari
  • Pengambilan zat besi bersama vitamin C akan dapat membantu penyerapan zat besi lebih OPTIMUM!
  • Elakkan pengambilan zat besi bersama kalsium. Ini kerana, kalsium akan menggangu penyerapan zat besi yang maksimum.
  • Pengambilan sumber asid folat (asid folik) akan membantu mengekalkan paras hemoglobin ang normal di dalam badan. Sumber asid folat boleh didapati di Shaklee Vita-Lea dan Shaklee B-complex.
Cadangan Vitamin untuk Anemia ni..bolehlah ambil Vita Lea, Vita C, B complex untuk kesihatan optimum


Vita-Lea Iron Formula
Rumusannya di perkaya dengan zat besi.  Punca utama kekurangnya zat besi adalah kerana pengambilan zat besi dalam diet harian yang tidak mencukupi, ataupun kadangkala akibat sistem badan kita kurang berupaya menyerap zat besi kerana diet yang tidmak betul. Kebiasaannya mereka yang mengalami anemia jenis ini ialah dari kalangan kanak-kanak di bawah 2 tahun, remaja perempuan (yang sudah datang haid), wanita hamil dan warga emas.

B Complex
B Complex Shaklee mangandungi Asid Folik. Asid folik membantu mengawal dan mengelakkan anemia yang disebabkan oleh kekurangan asid folik. Vitamin B12 mengelakkan anemia yang disebabkan oleh kekurangan Vitamin B12. Vitamin B5 dan B6 membantu dalam penghasilan sel darah merah.

Vita-C 500mg Sustained Released
Fungsi Vitamin C adalah membantu tubuh menyerap zat besi. Menerusi Kajian ia menunjukkan vitamin C membantu penyerapan zat besi sehingga 2 kali lebih banyak. Vitamin C sustained releaseddilepaskan secara perlahan-lahan untuk membekalkan vitamin C yang secukupnya kepada tubuh. Ini kerana Vitamin C tidak dapat disimpan oleh tubuh. Tubuh manusia normal memerlukan 500mg vitamun C setiap hari yang bersamaan dengan 7 biji oren.

Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA  khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :

Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe


 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration