Jumaat, 1 September 2017

Resepi Laksa Siam dari FB Atie Jumaat

Assalamualaikum..

Lama tak share resepi..kali ni Mummy nak share resepi Laksa Siam dari fb kak Atie Jumaat..banyak resepi yang menarik dan nampak sedap yang kita boleh ikut dari fb kak Atie.

LAKSA SIAM
••••••••••••
⭐️ Bahan-Bahan
Laksa beras yang halus
Ikan sardin 5 ekor
Santan kotak kecil 1
Asam gelugor 6 keping
Gula melaka - agak2
Serai 1 batang - ketuk
Daun kesum - agak2
Garam
⭐️Bahan Kisar
Bawang besar 2 biji
Bawang putih 4 biji
Halia 1 inci
Lengkuas 1 inci
Kunyit 1 inci
Belacan 1 inci
Cili padi 6 tangkai
Tomato 1 biji kecik je
⭐️Bahan Ulam
Kacang panjang
Daun selasih
Timun
Bunga kantan
Taugeh
Limau kasturi
- hiris la ikut suka k
⭐️Cara Menyediakan
1) Rebus ikan.. Asingkan isi..blend isi dulu
pastu taruk dalam periuk..blend plak tulang2
ikan dengan air rebusan ikan..tapis campur
dalam isi ikan tadi..
2) Masukkan bahan kisar kedalam ikan,
masukkan serai, asam gelugor, daun kesum,
gula melaka..dan air agak2 je..rebus sampai
mendidih k
3) Dah mendidih masukkan santan dan garam,
Slowkan api..kacau2 je..5 minit padamkan api.
Siap kuahh 
4) Sedia dihidangkan bersama laksa dan ulam2,
laksa tu rebus dulu k... okey camtu je 
Bismillah 

Pokok Buah Mahkota Dewa Yang Masih Bertahan

Assalamualaikum..

Hai semua...entry sebelum2 ni ada Mummy story tentang buah mahkota dewa. Rasanya dah dekat 3 tahun lebih pokok mahkota dewa ni masih bertahan dan masih mengeluarkan hasilnya, buah mahkota dewa. Ahamdulillah..dari awalnya ingatkan pokok ni susah nak hidup..sekali dia berbuah..tak berhenti la pulak. Kadang2 bila dah terlalu banyak berbuah tak dan nak potong terpaksa sedekah orang yang memang guna hasil dari buah mahkota dewa ni.



Selalunya ada yang kutip buah ni bila buah ni dah masak merah, tapi My Mom kata tak payah tunggu..kutip ja hijau nak kemerahan pun..terus petik, hiris n jemur bagi kering.






Kena jemur bagi kering elok betui Kkalau tak kering betui dok dalam keadaan lembap, buah ni boleh rosak, jadi berkulat. Bila dah kering boleh simpan dalam mana2 bekas kering. 

Ikutkan banyak khasiat buah mahkota dewa. Macam My Mom minum untuk kencing manis. Kaler air ni macam air teh ja. Cara nak sediakannya ada rendam buah mahkota dewa ni dengan air panas ( jgn ambik banyak sangat )tak pun rebus. lepas tu minum. 



- Mummy Ira -

Rabu, 30 Ogos 2017

" Ada Orang Kata Ini Kayap "

Assalamualaikum..

Sekadar berkongsi
Kredit fb Dr Khairul Faizie Mohammad Kamar

kredit facebook

" Ada orang kata ini kayap "
TOLONG LAH.
TOLONG JANGAN ADA PERANGAI MACAM NI.
Berjumpa lah dengan yg ahli dalam bidang nya.
Ini adalah jangkitan IMPETIGO.
Kayap dengan Impetigo jauh beza. Rawatan berbeza.
Impetigo ialah sejenis jangkitan bakteria, yang amat biasa di alami kanak kanak.
Rawatan nya ialah perlukan antibiotik.
Kayap pula jangkitan virus, perlukan antivirus.
Cuba baca komen komen yang bagi 1001 cadangan rawatan:
( Jangan lupa baca petua no. 6)
1- "cuba guna gambir yg mkn ngan sireh tu...dl ank pnh kne...sapu gambir br ok..." - SAPU GAMBIR.
2- " Ubi kayu di sagat halus tempal biar sampai kering.... Dan ulangi sampai baik" - TAMPAL UBI KAYU
3- " Tumbuk lumat daun delima kmudian tempek dekat kayap tu" - GUNA DAUN DELIMA.
4- " Ubat kayap.cari orang bujang yg kawin janda..gunakn air liur lelaki bjg tu..dlu sya dh prnh kne n inila ubt yg sesuai..insyaallah.." - OH MY GOD...GUNA AIR LIUR ORANG BUJANG KAHWIN JANDA
5- " Allahuakbar kes ianya adik ni, cuba ikhtiar cara ni apa pon selawat sebelum di sapu pada adik tersebut, guna tepung sagu ubi sapu ja satu badan sambil niat dalam hati supaya Allah sembuh kan" - GUNA TEPUNG SAGU UBI KAYU.
6- " puan, tolong cari pedang yg lama zaman dulu2 yg pernah org guna kan untuk samun org sapa2 yg ada menyimpan .tolong asah kan ambil air nya untuk di sapu pada kayap budak tu insa,allah sembuh.tolong cuba" - INI PALING LEJEN! NAK GUNA AIR ASAHAN PEDANG YANG PERNAH DI GUNAKAN UTK MENYAMUN. DEYYY !
===================================================
Tolong jangan kata kita memperlekeh petua petua orang lama.
Petua yang tak merbahaya, yang ada logik akal, terus kan lah.
Tapi bila kau tepek ubi sagu /gambir / air liur orang /air basuhan pedang! ..fikirlah..Allah bagi akal suruh fikir. Bukan kah itu mengundang jangkitan lain?
Bagi 1001 petua pelik DISERTAI dengan kata kata Islamik " ikhtiar...selawat....niatkan dalam hati ". Maaf,bagi aku ini amat jelik.
Dan kalau kau guna ubat moden, kau tak boleh ke nak selawat, baca Bismillah, niat sebelum guna ubat moden?
Aku kesian pada kanak kanak yang menjadi mangsa macam ni....Jadi mangsa atas kejahilan parents.
Sebarang jangkitan pada kulit, tak kisah lah Impetigo ke, Kayap ke, Kurap ke...kalau kita tepek benda bukan bukan yang tak hygiene, yang tak sterile....kita mengundang SECONDARY INFECTION ,iaitu jangkitan kedua atas jangkitan yg sedia ada.
Jadilah umat Islam yang berilmu.
Kejahilan membinasakan umat.

Kredit fb Dr Khairul Faizie Mohammad Kamar

“PORNSTAR IG" - TREND TERKINI ANAK GADIS SEKOLAH

Assalamualaikum..

Sekadar berkongsi..
share dari fb Warga Prihatin..

“PORNSTAR IG" - TREND TERKINI ANAK GADIS SEKOLAH
(IBUBAPA 'WAJIB BACA'... WAJIB BACA!!!)
Selepas tersiarnya rakaman video dokumentari Jurnal BES yang disiarkan di TV1 tentang isu Pedofilia dan peranan NGO dalam menangani kes “Penderaan Seksual Kanak-kanak” kelmarin, banyak pihak telah tampil untuk turut berkongsi maklumat.
Ini ialah satu dapatan yang terpaksa kami luahkan juga kepada masyarakat walaupun kami amat ‘segan’ untuk melakukannya. Sebagai badan kebajikan dan kajian sosiologi manusia, kami merasa maklumat dan fakta yang legit ini amat perlu dikongsi .
Semalam beberapa pihak dari pengusaha tahfiz dan beberapa sekolah menengah telah tampil untuk kongsikan gejala buruk dari penggunaan gadget yang tidak terkawal. Anasir negatif telah BENAR-BENAR memasuki telefon anak-anak kita secara licik.
Ibu bapa yang kononnya mengawal dan memantau aktiviti telefon bimbit anak-anak langsung tidak perasan apa yang berlaku kepada anak mereka. Inikan pula yang jenis main serah dan percaya bulat-bulat sahaja. Pertentangan pendirian itu jelas terzahir semasa RPWP bincangkannya di TV alHijrah sebelum ini.
Seorang guru HEM yang tidak mahu kami dedahkan identitinya menyatakan ada ibu yang menghantar komplen ke sekolah apabila mendapati anak gadisnya ketagihan seks seawal tingkatan 1 sehingga keterlaluan melakukan onani. Katanya dia belajar semua itu dari rakan-rakan sekolahnya.
Golongan bermasalah juga dikatakan banyak datang dari keluarga yang bermasalah. Ibu bapa membawa haluan masing-masing hingga anak-anak terumbang ambing. Akhirnya anak-anak mencari kasih sayang PALSU buat memenuhi nafsu.
GEJALA ‘PORN-STAR IG’ & PERAS UGUT MANGSA
SINDROM 2 KARAKTER sudah jadi biasa. Ada anak yang nampak baik, solat tidak tinggal dan patuh pada ibu bapanya di rumah, namun mereka terkenal sebagai ‘PORN-STAR IG’ di sekolah.
Ini trend terbaru apabila Wechat, IG, Thumblr dan lain-lain sudah menjadi platform anak gadis melacur diri. Hanya dengan bayaran topup, sedikit belanja sekolah, atau tiket wayang saja pun mereka sudah serahkan diri. Selebihnya saja-saja melacur untuk berseronok. Hanya dengan menggunakan beberapa 'teknik' dalam aplikasi Wechat, anak gadis yang gersang mampu dikesan seperti magnet. Sebaik dihubungi, mereka sanggup menunggu untuk diambil oleh si jantan yang sama-sama dahagakan seks.
PORNSTAR IG ialah trending terkini yang amat parah di kalangan anak-anak gadis. Mereka membuka group Direct Mesenger (DM) di dalam Instagram (IG). Gambar-gambar lucah mereka dilambak dalam Thumblr, termasuk rakaman semasa melakukan hubungan seks dengan pasangan rambang untuk 'menggamit' lelaki. Yang berminat akan terus menghubungi mereka melalui IG untuk 'urusan' selanjutnya.
Seolah-olah satu model besar bila seorang gadis boleh disetubuhi oleh ramai lelaki. Sangat menyedihkan apabila teknologi yang kononnya diberikan untuk anak-anak ini mudah belajar, tetapi akhirnya menjadi pisau yang memotong kerongkong ibubapanya sendiri.
Si jantan pula sentiasa mencari jalan untuk memuaskan nafsu mereka. Kami pernah tuliskan dahulu bagaimana anak-anak lelaki kami yang pulang dari masjid asyik disapa oleh KAKI LEPAK berumur antara 13-17 tahun dengan pertanyaan, “ada kakak umur 13 tahun tak, kenalkan kat kita orang boleh?”.
Ini bukan satu hypothesis kerana hanya sekitar sebulan sahaja anak-anak kami menempati desa itu, seorang anak perempuan kami sudah tewas. Anak 13 tahun itu terpengaruh hanya dengan pemberian handphone dan simkad. Mujurlah ada peranan rakan-rakan 'pengapit' dalam packnya yang melapor lalu ia sempat kami CANTAS SERTA MERTA.
Umur 13 tahun ialah fasa peralihan antara fasa kanak-kanak kepada fasa remaja. Susuk tubuh si gadis sudah mula 'mekar' untuk menjadi ratahan si jantan. Pada umur inilah mereka dijadikan sasaran untuk 'sexual grooming'. Mulanya hanya dengan bertukaran IG. Kemudian bertukaran foto dan video lucah di dalam ruang DM di IG. Akhirnya berlanjutan dengan 'phone sex', lalu secepat itu setuju berjumpa dan melakukan zina.
Trend yang lebih parah ialah si jantan akan mengambil foto dan video bogel anak gadis yang telah dirosakkan sebagai piala untuk dikongsikan bersama-sama rakan lelakinya. Gambar dan video diambil ketika mangsanya sudah benar-benar ‘teransang’ dan ‘hilang akal’ sehingga tidak lagi 'mampu' untuk menghalang rakaman itu. Akhirnya gadis itu digelar “Pornstar IG” apabila foto-fotonya tersebar luas. Sedih apabila ada yang terus 'terhamil' hanya pada 'cubaan' pertama. Sepanjang tempoh hamil juga 'dimanfaatkan' untuk meneruskan zina.
Kemudian apabila Si Jantan sesak tiada duit, maka si gadis diminta wang ringgit atau gambar-gambar mereka akan disebarkan atau disampaikan kepada ibu bapanya. Akhirnya, si gadis bukan sekadar terpaksa berikan wang, malah sanggup atau terpaksa dilacurkan oleh “penyandang piala” yang memiliki gambar-gambar bogel mereka.
Dahulu mereka hanya berzina di dalam tandas, di dalam kereta, di kebun-kebun, atau di waktu malam. Kini mereka semakin biadab apabila sanggup melakukan hubungan seks di siang hari secara sangat 'terbuka'.
Ada yang melakukannya di tepi jalan sambil menunggu bas, di padang sekolah dan di dalam kelas. Rakan-rakan pula berkerjasama dengan membuat ‘kepungan pagar betis’ sambil menyaksikan aktiviti seks rakannya secara LIVE. Sebelum tertubuhnya AIP (Akademi Insan Prihatin), anak-anak kami telah banyak kali menyaksikan berlakunya aksi begini di sekolah lama.
SERANGAN SEKSUAL PELBAGAI RUPA
Di manakah kita tatkala anak kita leka melayari laman sosial? Adakah aktiviti itu untuk kebaikan ataupun mereka sedang 'membunuh diri' dengan senjata yang diberikan oleh ibu bapa sendiri?
Pada tahun 2007, Dr Khaidzir Ismail dari UKM mengeluarkan hasil kajiannya terhadap 887 anak gadis berisiko. Hanya 1 orang sahaja yang didapati belum mengalami hubungan seks.
Hasil kajian 2007 pun sudah begitu, di mana media sosial seperti FB, IG, TG, WA, WeChat semuanya belum cukup popular lagi. Apatahlagi situasi sekarang ini... Dengan pelbagai apps seperti Beetalk, Kakaotalk dan yang seangkatan dengannya, ditambah lagi penyebarannnya di App Tumblr menjadikan situasi lebih mencabar lagi.
Selain dari fenomena pornstar, jangan kita lupa dengan aktiviti onani. Pengalaman kami sendiri mendapati 'ramai' anak lelaki sebesar 7 tahun sudah pandai ‘meliwat’. Anak perempuan sebesar 9 tahun sudah mengamalkan onani yang ‘keterlaluan’ sekali. Walaupun sekadar onani, namun kesannya sama sahaja apabila 'dara' sendiri sudah tiada.
Kaji punya kaji, kami dapati antaranya adalah hasil ‘kerjabuat’ atau 'rangsangan' dari abang kandung atau ayah sendiri. Apatahlagi sepupu, adik beradik dan ayah ANGKAT atau TIRI. Rumah yang dihuni bersama beberapa kelamin, atau ipar duai dan sepupu yang tinggal di rumah datuk/nenek yang buta IT adalah paling berisiko tinggi.
HASIL R&D DAN TINDAKAN RPWP
Di RPWP, kami asingkan anak perempuan dan lelaki seawal usia 2 tahun lagi. Kami sedikitpun tidak risau mereka nanti tidak kenal fitrahnya hubungan kelamin. Haiwan yang tidak pernah ke sekolah juga tidak pernah tersilap mengawan. Yang jantan mesti akan cari yang betina. Apatah lagi manusia.
Biarlah orang kata RPWP kolot kerana mengajarkan anak memakai tudung seawal umur 2 tahun sehingga dia jadi terbiasa dan terasa seperti berbogel malunya jika tidak bertudung. Sekali sekala tersilap langkah hingga terlihat auratnya secara tidak sengaja pun dia sudah 'hantuk kepala' kerana terlalu 'kesal'nya.
Biarlah orang kata kita “anti establishment” bila anak-anak kita tidak diperkenal kepada gadget dan IT dari awal usianya.
Ya, kami tidak takut anak nanti jadi buta IT. Kami telah laksanakannya sejak anak-anak generasi pertama. Kami berikan teknologi seperti telefon pintar, tablet dan komputer hanya ketika mereka sudah bersedia untuk menahan godaan dari internet dan dunia luas tanpa sempadan. Tidak pula mereka jadi canggung dengan teknologi IT. Malah ada yang sampai ke peringkat pembangunan apps dan sistem online berimpak tinggi.
Ikuti perkongsian anak generasi pertama RPWP tentang ARTIFICIAL INTELLIGENCE di TV al-Hijrah.
Apa yang jadi pada hari ini memang TERLALU membimbangkan....
Ada juga yang menafikan hasil kajian Dr Khaidzir Ismail. Kononnya ia dilakukan atas pelajar-pelajar yang berisiko sahaja. Tetapi hari ini semua itu langsung tidak mustahil. Dari pihak guru-guru sendiri menyatakan kewujudan 2 karakter. Ada pelajar yang dilihat baik di hadapan ibu bapa, BAHKAN TIDAK TINGGAL SOLAT tetapi 'menyetan' di belakangnya.
Bayangkan pada waktu kita membaca ini, anak gadis kita yang baru pulang terawih bersama-sama tadi..., anak yang di’rasakan’ mentaati ibubapa, yang cerdas pendidikannya, malah tidak meninggalkan solat, tetapi di sebalik karakter itu dia mempunyai profil pornstar di dalam ruang peribadinya. Anak baik itu rupanya ketagihan seks dan telah dirosakkan ketika hari pertama dia melangkah remaja. Bukan sahaja dirobek daranya sebelum dia mengenal nilaian sebenar, bahkan sanggup melacurkan diri dengan harga yang MURAH sekali.
Fenomena ini bukan lagi satu analogi atau sekadar hypothesis, malah ia banyak disaksikan di depan mata bahkan terakam dari video dan CCTV RPWP.
KESIMPULAN
Kita semua tidak pernah terfikir untuk melahir dan membesarkan anak untuk menjadi pornstar. MALANGNYA kita lupa, apa yang kita beri dan apa yang kita buat sebenarnya membuka laluan kepada anak-anak kita meneroka peluang menjadi pornstar di dalam ‘dunia’nya.
Kita WAJIB ambil peduli apa yang anak kita lakukan.
Jangan cepat percaya dengan karakter baik anak-anak kita. Pelajari teknik mengenal bahasa tubuh dan belajar buat risikan, samada secara langsung atau melalui kaedah Artificial Intelligence.
Tanamkan rasa curiga dan cemburu terhadap apa yang mereka lakukan kerana mereka itu tanggungjawab kita yang paling besar. Masa depan agama, bangsa dan negara ini terletak pada mereka. Biar mereka atau kita menangis sekarang, sebelum semuanya punah dan musnah.
Ini bukan kisah dongengan, ini kisah sebenar. Kita sedang bercerita tentang kerosakan mereka di awal remaja. Jangan terkejut jika kami dedahkan adanya aktiviti seks yang telah bermula seawal 6 tahun sehingga mereka jadi KETAGIHAN.
Lihat gambar anak kita pada umur 6 tahun. Tatap wajahnya habis-habisan dan fikirkan jika kita tidak lakukan sesuatu, anak kita mungkin jadi mangsa kepada PEMANGSA yang banyak di sekitarnya. Di kalangan adik beradik, ayah dan bapa saudara sendiri pun sudah banyak terjadi. Apatahlagi sepupu, adik beradik dan ayah angkat atau tiri. Itu belum masuk ancaman dari jiran dan rakan sepermainan, atau dari golongan PATI 'bujangan' dan ‘pelajar’ Negro yang 'kegersangan'.
Oleh itu, jika kita sayangkan anak, jadilah ibu bapa yang prihatin. Sihatkan minda anak kita dengan BERPUASA GAJET dan IT yang mampu membunuh mereka.
Selamat berpuasa,
WARGA PRIHATIN

Jagalah Anak - Anak Kita

Assalamualaikum..

Sekadar Perkongsian..

Rupa-rupanya anaknya ditangkap tidak hadir ke sekolah, tetapi telah keluar bersama lelaki. Anaknya jua telah mengaku kepada guru bahawa beliau telah berzina.
Namun dia percaya anaknya tidak melakukan apa-apa. Tak sampai peringkat zina.
‘Dia tak tahu doktor. Dia tak faham. Mungkin sekadar sentuh-sentuh dia fikir sudah melakukan. Dia ni bukannya pandai.
Saya rasa dia tak buat doktor. Dia tak tahu..”
Saya minta wanita itu keluar dan saya bersemuka dengan anaknya.
Ternyata anak yang ‘tidak pandai’ ini telah melakukan zina sejak di Tingkatan 1-tanpa disedari ibubapa. Dengan ramai lelaki.
Berbagai bangsa.
Berbagai umur.
Dia tidak kelihatan seperti anak nakal dan liar. Dia kelihatan baik dan ya, mungkin sedikit naif-atau bodoh seperti kata ibunya.
Namun di sinilah lelaki-lelaki jahat mula memasukkan jarumnya.
Saya tanyakan bagaimana permulaannya. Saya tanyakan apakah beliau menonton video lucah.
Lalu dia menceritakan kepada saya awal mula penglibatannya menjadi seorang ‘pelacur’.
Tinggal di kawasan Kampung Pandan yang terdiri dari majoriti Melayu, lelaki jahat pertama yang membawanya mengenali dunia seks dalam keadaan akal dan jiwanya belum bersedia dan belum disediakan adalah seorang lelaki Indonesia. Bermula dengan mengajak menonton video lucah. Pastinya didahulukan dengan kata-kata manis dan pujian. Hingga akhirnya mahu melakukannya dan sehingga merasa ketagihan.
Kemudian disambut oleh lelaki-lelaki jahat yang lain sambung menyambung sehingga yang terakhir ini.
Ada yang mengambil kesempatan merakam dirinya dan kemudian mengugut untuk menyebarkan videonya. Sehingga anak baik yang tidak tahu apa-apa ini terpaksa mencuri sejumlah wang ibubapanya untuk diberikan kepada lelaki tersebut.
Lelaki terakhir ini, sebelum perbuatannya diketahui adalah seorang lelaki berumur 30 tahun yang sudahpun ada 2 isteri.
Kata anak malang ini, --walaupun saya sudah tidak suka melakukannya, tetapi lelaki itu selalu merayunya sehingga dia merasa kasihan, lalu menurut kemahuan lelaki tersebut-----dapat saya bayangkan bagaimana lelaki jahat ini menggunakan kelebihan akalnya memanipulasi anak ini untuk memuaskan nafsu binatangnya.
Setelah saya kisahkan pada ibunya, longlai tubuhnya dan tersepuk dia di kerusi. Tidak disangkanya langsung anak bongsu manjanya telah jauh melangkah dalam keadaan dia sentiasa dalam ‘denial’- pura-pura tidak nampak atau tidak mahu percaya.
Pecah lagi empangan rasanya buat kali kedua. Menceritakan bagaimana sibuknya dia dan semua terletak atas bahunya. Anak yang ramai, ada yang punya masalah jiwa sedang dalam rawatan, anak dan menantu yang silih berganti bersalin dan beliau yang menjaga.
Dalam kesibukannya, dia tidak sedar anaknya sedang mengalami perubahan hormon. Dada anaknya sudah memutik dan ada rasa yang tidak difahami dalam dirinya. Namun, dia tidak perasan itu semua. Baginya anak bongsunya ini masih ‘baby’.
Namun ada mata-mata liar yang perasan. Yang boleh menghidu naluri semulajadi remaja ini. Yang akalnya sudah masak dan matang.
Kita melihat anak kita sebagai baby, namun ada mata lelaki jahat yang melihatnya seperti kucing melihat hidangan menggiurkan di depan mata……yang melihat sampai ke dalam-dalamnya….baginya ini ada daging baru yang enak…
Lalu lelaki jahat ini akan memulakan jarumnya. Kenal-kenal dulu. Puji-puji. Minta nombor handphone. Memasang ayat-ayat….
Dan anak yang hidup dalam keluarga besar yang sentiasa sibuk ini, serta sudah dianggap tidak pandai ini, yang barangkali tidak pernah menerima pujian dari kedua ibubapanya, sangat mudah termakan pujuk rayu…dan selebihnya adalah sejarah…
Anak ini tidak jahat. Dia tidak liar. Dia lahir dari keluarga baik-baik , keluarga pendakwah.
Namun kerana adanya lelaki-lelaki jahat yang sepatutnya menjadi pelindung kepada anak ini, dia menjadi mangsa.
Beberapa ingatan yang melintas di kepala sebagai peringatan buat ibubapa.
1. bila anak meningkat remaja - perhati-perhatikan dia. Dia ada keperluan/needs. Jadilah temannya. Bersembang dengannya.
2. Jangan mengutuk anak sendiri. Berilah pujian. Terutama bapa dan abang. Puaskan dia dengan pujian dari lelaki dari keluarganya, supaya dia tak layu lentok dengan pujian lelaki jahat. Ingat wahai bapa, kalau berat sangat mulut dan memuji, tangan berat sangat nak membelai, ada orang lain yang akan mengisi kekosongan itu nanti
3. Keterlaluan dalam kesibukan - walaupun untuk tujuan dakwah. Wahai ibu, tempatmu di rumah. Perhatikan dulu anak daramu sebelum kamu ingin berdakwah.
4. Pendidikan - berikan sedikit pendidikan seksual bila tiba masanya. Biarkan dia mendengar dari mulut kita bukan dari mulut gatal lelaki jahat. Terkadang kerana ‘soleh’nya kita, nak menyebut seks pun kita tak tersebut. Bahkan dalam program reproduksi pun ada yang tak senang bila diajar tentang alat reproduktif kepada kanak-kanak - tak sesuai katanya.
5. Anak-anak perlu diberi pendidikan dan tanggungjawab. Jangan jadikan dia ‘pets’. Yang kita manjakan dan belai-belai selalu tanpa kita beri didikan. Jangan sesekali menyangka anak kita tak akan melakukannya…….ia akan memberikan kita rasa selamat yang palsu.
6. Bila anak kita telah jadi anak dara, seolah-olah ada bauan atau haruman yang tersebar keluar dari rumah kita - lalu menarik banyak ‘bugs’. Fahamkan dia tentang nilai dirinya. Banyak anak gadis hari ini, termasuk anak gadis kita juga, kadang tergedik-gedik dihadapan kamera. Fahamilah wahai ibu, wanita itu seluruhnya adalah aurat. Sangat menarik perhatian. Sangat menggoda. Beritahulah pada anak kita. Tanamkan sifat malu pada dirinya.
Perbetulkan pakaiannya.
Jagalah dia.
Sedikit nukilan dan ibrah untuk dikongsi bersama.
Yang ada anak lelaki tolonglah ajarkan supaya menghormati perempuan, belas dan kasih padanya dan sentiasa melindunginya.
Ya Allah lindungilah anak-anak gadis kami!
Oleh :
Dr Ariza Mohamed
Pakar O&G Hospital Pakar Ampang Puteri
AJK Wanita Ikram WP

Selasa, 29 Ogos 2017

Kerang..Apa Namanya..

Assalamualaikum..

Confirm korang pernah makan kerang..termasuk la Mummy. Kerang memang sedap makan saja tak pun campur dengan masakan yang sesuai dengan dia. Semua tau bentuk rupa kerang. Kalau ada yang tak kenai kerang tu pelik jugak la kan.

Tapikan ada 1 jenis kerang yang Mummy tak besa tengok dan tak pernah makan. Dok survey cari dan tanya orang lain tapi ramai juga yang tak tau nama dia dan tak pernah tengok tak pernah makan. Ada skali tu masa bulan 4 lepas..fenomena kerang & lala murah di Jeti Kuala Sala, Yan yang di jual dengan harga RM 2 sekilo..murah sangat2. Sampai viral kerang ni. 


Cik Husband beli dari kawan dia. Tak tau pula kerang jenis ni..ingatkan kerang biasa. Besar tak seperti kerang biasa. Kulit tu macam ada bulu sikit.Bila rebus dah masak, kulit terbuka terkeluar ekor kerang ni. Memang terkejut jugak la, ni 1st time tengok kerang ni. Takkan nak buang dah rezeki kita cuba makan. Rasa kerang ni ok ja manis..sedap la jugak. Cuma ada yang kata tak lalu pasai rupa bentuk kerang tu ja. Tak rasa tak tahu rasanya. 



Kerabu kerang

Cik Husband pone kawan dia tanya..kawan dia kata  Kerang Laut ada yang kata Kerang Tanduk ada yang kata Kerang Berekor. Rasanya masing2 pun tak tau nama..pakat bagi nama untuk kerang tu.

Apa pun kejadian kerang tu..Maha suci Allah, pelbagai ciptaan Nya.


- Mummy Ira -

Isnin, 28 Ogos 2017

Kembar Cool..Mama Yang Gabra Lebih

Assalamualaikum..

Salam semuaa..Kejap masa berlalu..kembar dah pun nak masuk tahun 1. Alkisahnya bila nak masuk tahun 1, ni masanya parent pakat kelam kabut daftar nama untuk masuk sekolah. La tak pi daftar kat sekolah dah..kita isi online ja tapi kena juga pi sahkan kat sekolah mana2 yang kita dah daftar. 

Macam sekolah yang Mummy daftar untuk kembar..sudah semestinya sekolah Jalan Pegawai. Bekas sekolah Mummy dan Abg Haziq. Nak ikut jugak legasi tuu. Ingatkan tak ramai rupanya dah melebihi kuota. Ok la tak kisah sangat. Tiba2 dah info kata pelajar kena ambik ujian tapisan. Hanya nak ambik yang betul2 terpilih ja. Kiranya kalau tak dapat kena masuk sekolah yang akan dipilih sendiri oleh JPN Kedah.

Adoiii..gabra habis Mummy..sebabnya kembar pun tak berapa lancar bab tulis..baca dan mengenal. Masa hari ujian tu..kembar kool ja..faham tak faham pun tak tau. Yang kita ni dah berpeluh dah tunggu kat luar. 

Bila ditanya boleh ke tak jawab..mudah ja jawapan kembar " entah ". 
Bertambah la gabra Mummy korang..nakkk oiii..





- Mummy Ira -

Ahad, 27 Ogos 2017

Kenduri Kahwin Di Kampung Dengan Nasi Apollo

Assalamualaikum

Salam semua..lama sangat Mummy tak bersiaran. Bukan tak mau bersiaran tapi ada masalah dengan komputer. Makanya terpaksa la stop sat dari menulis. Ikutkan banyak sangat story yang Mummy nak kongsi tapi tak macam tu la jadinya..semuanya salah komputer (komputer jugfa yg salah )..hehehe

Ok..dah macam banyak sangat story yang Mummy nak kongsi..kita mula dengan cerita kenduri kahwin kezen Mummy yang berbulan lepas. Tapi bukan nak cerita pasai pengantin, nak cerita pasai Nasi Apollo.

Korang pernah dengar tak Nasi Apollo..bukan Apollo yang pi angkasa tu. Ni nasi Appolo yang kita akan jumpa kerapnya masa musim kenduri. Selalunya kita boleh jumpa kat kawasan kampung sebabnya kampung masing lagi amalkan "pakat' tradisi kenduri tolong ramai2.


Digunakan untuk mengukus nasi dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa. Rasanya yang boleh dapat nama apollo tu sebabnya bentuk tu lebih kurang macam kapal angkasa apollo (agaknya la )


Nasi akan diisi dalam talam dan disusun dalam bekas macam rak tingkat. Ikut rak tu boleh letak banyak mana. Dah habis susun elok2 masukkan sikit air ke dalam setiap talam tu. Depa kata nak bagi nasi tu cepat masak.



Bila dah cantik susun talam tu atas rak dan akan ditudung dengan tudung apollo tu untuk diwap/kukuskan.


Bekas tu akan dililit keliling dia dengan kain untuk menahan wap dari keluar. Ha..masak nasi apollo ni bukan guna dapur gas ya..guna kayu api ja. tak tau kalau ada yang guna gas


Tak pasti pula berapa lama masak nasi apollo ni. sapa yag masak ni kira tau la bajet masa, masak ka tak nasi tu. Dah masak macam biasa laa..angkat bawak keluar setiap talam tu..tuang masuk dalam bekas besar.

Kejadian nasi bila kita wap/kukus ni memang cantik. Nasi dia akan seroi/serin 1 1..kiranya tak macam kita masak nasi macam biasa dia lembut n kalau cedok tu berketul2. Tapi..masak nasi guna cara apa sekalipun..kena tahu cara masak juga..silap masak nasi tu boleh lembik..keras..tak pun mentah. Betul tak...



- Mummy Ira -

Selasa, 30 Mei 2017

Homemade Roti Jala - Boleh Makan Sampai Kenyang

Assalamualaikum

Minggu ni minggu masak lagi..kira menu homemade..dah tak tau nak masak apa, buat roti jala semua makan. Untuk bekal adik kat wad KMC sama. Roti jala ni makan cicah dengan gulai daging + ubi..perghh..sedap..

Nak buat ni senang ja, tepung gandum, telor, kunyit bagi kuning sikit, garam sikit bgi ada rasa. Lepaih tu blend je la bgi halus, kalau tak halus nnti beketoi plak n telekat dalam acuan dia. Dah abes blend get ready untuk men-jala-kan adunan tu..cam gambar kat bawah ni..

ni adunan yg dah di blend

 ni acuan roti jala

 ni cara nak men-jala-kan adunan tadi..ikut suka nak 
buat putaran camna pun..

 biar sat tunggu masak..bru angkat..

dah masak, angkat lipat ka gulung ka..ikut citarasa..

ni yang dah siap

gulai daging + ubi

tadaa..dah siap..boleh la makan..

ikutkan menu ni senang ja..dah masa tu lapang..teringin nak makan..buat jaa..klau beli pun takut tak sedap..buat sendiri boleh makan puas2 dan konpom sedap.. ;-)

- Mummy Ira -

Jumaat, 27 Januari 2017

Kuih Cara Berlauk Homemade

Assalamualaikum..

Haa..Saya nak story palk tentang salah 1 kuih favourite saya..Kuih Cara..yang ni mesti korang pernah makan. Ada yang rajin buat sendiri, ada juga yang beli. Kadang2 pasar malam or pasar pagi/tani or gerai makan pagi ada jual kuih ni..Ikutkan nak buat tu mudah ja. Kalau sorang ja nak makan tak berbaloi plak nak buat..kalau ramai..memang berbaloi. Tapi atas org jugak..kalau rajin n teringin nak makan.. untuk sorang makan pun dia akan sanggup buat.

Ni la homemade kuih cara.. Saya agak2 ja nak buh banyak mana..tepung gandum, santan 
( guna susu lemak rendah pun boleh ), garam, telur, kalau lembut tambah tepung..kalau keras sikit tambah air. Daun pandan yg dimesin, tapis untuk kuih cara tu kaler hijau.  Tak pun nak tukar kaler macam kaler kuning ka, boleh guna Safron Yellow Colour Powder.

Untuk inti pun buat simpel ja

tumis bawang putih dan bawang besar ,daging potong halus, cabai besar..
yg dah diblend..garam/gula..masak hingga kering dan biar sejuk sikit

mesin daun pandan..tapis dulu untuk dapatkan air kaler hijau..

Safron Yellow Colour Powder


 hasil blend semua bahan 






panaskan dulu loyang ni..buh planta sikit dalam setiap lubang. 
Tuang tepung tu agak2 penuh.. 
buh inti..nak bagi cepat masak tutup loyang tu.


Dah siap dan boleh makan.

Kadang2 Saya tak guna loyang kuih cara tapi guna cupcake maker..sebabnya malas nak guna dapur gas. Tapi ikut orang jugak la..ada yang lebih suka kuih acuan loyang tu.




Ikut orang jugak nak buat kuih cara manis ( gula ) or berlauk..ikut selera masing-masing.

- Mummy Ira -

Khamis, 26 Januari 2017

Bercuti di Salak Denai, Singgah Makan Mee Udang Ombak Lara

Assalamualaikum

Baru-baru ni Saya dan family sebelah Cik Husband sempat bercuti di chalet Salak Denai, Yan. Ni percutian kali 3 Saya ke situ. 
Kali pertama pi tahun 2012, kembar baby lagi dok kat chalet Siti Fatimah
Kali ke 2 tahun 2014, kembar besar sikitt kami dok kat chalet Siti Aminah
Kali ni pi dok kat chalet Siti Saffiyah.


Ikutkan area tu ada lagi chalet macam Salak Denai ni. Mungkin dah selalu ke sini. Kami pilih yang ni. Macam biasa la, kena booking awai..kalau tak penuh. Ikut plan kami semua pi tidur semalam kat sana tapi Cik Husband pulak ada kerja. Makanya family yang lain tidur kat sana, kami pi ja keesokkan harinya. Kira pi pagi balik petang la.

Ok jugak dok kat chalet Siti Saffiyah ni. Kalau ada yang tau konsep chalet ni 1 rumah 1 kolam..tapi ada jugak chalet yg 2 kolam..1 kolam kanak2 dan 1 kolam dewasa.  Macam chalet yang kami dok ni.. setengah hari 200..kalau 1 hari 1mlm 300..dengan harga tu..ada 2 bilik aircond..1 bilik kosong..2 katil queen size..3 tilam single tambahan..3 bilik air ( 2 dalam bilik, 1 kat luar)..dapoq masak..peti ais..cerek letrik..tv..tempat bbq..kolam kanak2 & dewasa. Kira berbaloi dengan harga dia.








Saya pi 1 hari pun kira kira selesa la jugak..cuma yang kena jaga2 sikit tu kalau kita bawak budak kecik tu kena perati sama la..dah ada kolam jangan ralit. Bawak la siap2 barang yang kita nak bawak..macam perkakas masak rice cooker ka, arang untuk bbq, pinggan mangkuk gelas pakai buang senang, ikut la nak bawak apa pun. Saya siap bawak mop cuma terlupa bawak penyapu tolak ayaq tu. Bukan apa..meja makan tu dekat dengan kolam..pakat naik turun kan dah basah lantai..takkan nak bagi basah lantai tu.  Tolak la ayaq sekali sekala. Tapi ikut la..kalau nak bawak..bawak.. tak nak sudah.  Balik pun kat pukul 5 dah..sebabnya check out pun pukul 5.







Dalam otw balik tu kami singgah pi makan mee udang. Kalau tengok dalam fb ni..rasanya Yan glamer dengan mee udang tapi selama Saya yang dok dekat dengan Yan ni..tak pernah sekali pun pi makan mee udang. Ni dah BIL ajak singgah..pi ja lah nak rasa sedap ke tak. Kami singgah kat ‘Ombak Lara Mee Udang, Kuala Dulang Kechil’. Tepi laut tempat nelayan turun ke laut. Tudia nama kedai pun dah sedap. Rasanya ada banyak menu kat situ, tapi tujuan tu nak pi makan mee udang, oder menu tu. Macam Haziq oder nasi goreng udang. Apa yang specialnya..yang specialnya menu tu ada udang banyak, besar, manis dan fresh. Sedap jugak. Kira berbaloi la makan kat situ.







Ok..Saya pun tak tau nak cerita apa dah..yang tu ja la kot. Kalau ada yang nak tau info pasai chalet Salak Denai & Mee Udang ni boleh terus cari kat facebook naa..babai..

- Mummy Ira -