Jumaat, 30 Disember 2016

Tahun 2016..Tahun Terakhir Muhammad Haziq Muqri Belajar Untuk Sesi Sekolah Rendah.

Assalamualaikum..

Tahun 2016, tahun terakhir Muhammad Haziq Muqri belajar untuk sesi sekolah rendah. 7  tahun Haziq belajar kat Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai ( SKJP ). Mula masuk prasekolah sesi 2010 hingga tamat tahun 6 sesi 2016, ni masanya haziq tinggalkan alam sekolah rendah, cikgu2 dan kawan2.


Cepat tak cepat masa berjalan. Haziq dah nak masuk sekolah menengah..dah masuk alam remaja. Jauh lagi perjalanan haziq dalam meniti kehidupan ni. Takut jugak bila fikir banyak lagi cabaran yang akan kita akan hadapi untuk tahun yang mendatang. Tambah pulak dalam mendidik anak2 yg koi membesaq ni. Ish, sedih pula rasanya.


Terima Kasih tak terhingga buat semua Guru2  Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai ( SKJP ) yang telah mendidik Muhammad Haziq Muqri. Halalkan segala ilmu dan tunjuk ajar yang telah diberi. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian. Saya juga mohon berjuta2 kemaafan atas segala salah laku Haziq sepanjang 7 thun ni. 
 
Life must go on..semoga Haziq akan terus belajar dan berusaha untuk berjaya dan berhati2 dalam meniti kehidupan yang mendatang. Semoga alam sekolah rendah ni akan menjadi salah 1 kenangan yang paling indah dan akn tersemat dalam hati haziq sampai bila2..


Alhamdulillah ..
Haziq dapat 4A 2B dalam UPSR 2016..
Tahniah juga student SKJP yg berjaya dapat 6A , 5A 1B, 4A 2B..
Tahniah juga untuk semua pelajar SKJP dan semua pelajar di seluruh Malaysia dengan apa jua keputusan yang telah diterima..

Terima kasih untuk semua guru SKJP yang telah berusaha mendidik pelajar hingga berjaya..
Untuk semua pelajar termasuk Haziq, ni baru permulaan..masa depan kalian masih panjang..jangan jemu..terus berusaha dan berusaha hingga berjaya..

Doa ibu bapa sentiasa mengiringi kalian untuk sentiasa berjaya dalam kehidupan..

 
Bila Mama terlebih rajin & ciwis.. sempat lagi berviva video bagai ni..nak buat macam mana..dulu2 tak dak versi2 ni..la kita buat kat anak2 ja..Video momen terindah untuk Muhammad Haziq Muqri sepanjang 7 tahun dia belajar kat SKJP..



- Mummy Ira -