Rabu, 9 November 2016

Jalan Jalan cari Makan Food Truck Raja Gulai

Assalamualaikum..

Dah berapa kali ulang mai makan kat sini tapi tak berkesempatan update dalam blog. Ok, kadang2 ni seronok juga sekali sekala jalan jalan cari makan. Kali ni Saya singgah makan dekat Raja Gulai Food Truck. Dok lalu banyak kali dah..dok tengok tapi tak singgah pun. Ni dah lalu saja singgah nak tengok apa menu yang sedap kat sini. 

 Tempahan makan jugak diterima..jadi sesapa yang nak buat makan2 ka..
nak tempah boleh contact depa

Nampak macam biasa ja Food Truck ni tapi ramai yang singgah mai makan. Bertempat di hujung corner sederet rumah kedai seberang kilang Continental ( Syme Tyres ). Kalau turun dari titi Ampang Jajar, ikut traffic light kanan..masuk kiri rumah kedai. Kalau dari Mergong, ikut traffic light kiri. 

Seawal 9 pagi dah ada. Kadang2 lambat sikit..maklumlah mai dari Jitra. Kiranya kita kena pi cepat sebabnya kalau lambat tempat duduk tak dak..tempat dok makan terhad. Kalau lambat alamatnya kena tunggu turn nak dok makan tak pun share meja dengan orang lain. Kalau tak salah Saya Food Truck ni habis berniaga ikut lauk tu ada ka tak lagi..kalau dah habis, tutup. Hari Jumaat & Sabtu cuti..
 
Menu tu tak la banyak sangat tapi menu utama mesti la gulai dah nama pun Raja Gulai.,Gulai Ayam Kampung..Gulai Itik..Gulai Ikan Isi..Nasi Putih, Ayam Masak Kicap. Menu tambahan macam masak Cabai Sotong, Telur Rebus masak merah kot ( saya pun tak pasti ) Sayur Kobis, Telur Rebus, Dalca kambing ( hari Khamis ) tapi menu2 ni ada tak tentu hari. Kalau ada makan mesti ada ayaq minum ..ya ayaq pun ada.

 Gulai Ayam Kampung
 Gulai Ikan
 Gulai Itik
 Ayam masak kicap
Menu2 lain tau kot menu apa

 sekali ayaq minum RM 16

Favourite Saya mesti la Gulai Itik. Sedap jugak itik ni. Makan pula panas2 memang sedap.  Macam harga pula..ayam kampng & itik besar..kira rm 6..harga yang lain Saya tak pasti. Saya rasa tak la mahal sangat..harga tu berbaloi dengan besar seketul ayam kampung & itik. Ramai yang kata murah..makan pun puas hati.

Macam biasa la..nak tau sedap ka tak..kena pi makan sendiri. Takut pulak satgi Saya kata sedap..ada pula yg kata tak sedap. Senang pi rasa n makan sendiri..☺☺☺



- Mummy Ira -

Jalan Jalan Cari Makan.. Mee Tulang Sedap

Assalamualaikum..

Ramai kawan2 Saya bagitau Mee Tulang kat Ukir Mall, Alor Setar sedap. Tak puas hati Saya singgah pi cari kat mana kedai Mee Tulang ni. Nak cari tak susah, pergi kat Ukir Mall ( lokasi Pekan Rabu sekarang ) naik escalator ke tingkat 1, kedai dia belah kanan. Maybe ramai yang tak sangka situ ada kedai makan, kalau tak tengok dan cari betui2, memang tak jumpa.


Masa Saya pi pun dah petang, Saya rush sikit sebab nak ke tempat lain lagi..so tak sempat nak explore apa lagi yang ada kat situ. Cuma Saya sempat snap menu makan apa yang ada kat situ. Ada Mee Tulang, Nasi Lemak, Kerabu Maggi, Air Botol & Sirap Limau. Harga pun ok la..padan dengan menu.


Tujuan pi nak makan Mee Tulang so oder menu tu je la..minum Sirap Limau.. Memang sedap, mee, kuah cukup rasa, tulang lembut..kira memang puas makan. Ayaq minum pun sedap. Kira boleh la mai makan lagi. 


Ok..alamat kedai:
No FL 17, Tingkat 1, Bangunan Ukir Mall ( pekan rabu ), Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar, Kedah.

Waktu berniaga : 12:00 tengahari - 6:00 petang 

No Contact :  018-637 2700 / 019-577 2700

Jumaat & Sabtu : TUTUP / CUTI
Info lanjut cer tengok kat fb depa Mee Tulang Tingkat 1
- Mummy Ira -

Jalan Jalan Pasar Tani Makan Nasi Dagang Kelantan

Assalamualaikum..

Saya jarang pi Pasar tani. Sebabnya tak dak benda yang nak dibelinya. Kalau pi pun hanya nak beli makan saja. Yang Saya tau Pasar tani ni ada hari Khamis kat area Pacific Alor Setar, Hari Sabtu area Giant, hari Ahad area Mergong. Tak tau npulak kalau ada kat tempat lain lagi. 

Kat Pasar Tani ni ada jual makan, baju, barang masak basah dan kering. Tapi selalunya kalau Saya pi saya tengok ramai yang pi beli makan..sebabnya banyak jugak menu yang ada kat situ. Macam saya dok pi situ confirm beli nasi dagang. Ada lauk ayam, ikan n daging..ada menu masakan dia sendiri. Saya dok makan nasi dagang, buh ayam n daging bakar ja.. Ok la sedap la jugak..boleh la makan. 




Jalan jalan kat Pasar Tani tapi hujan, nasi dagang tak buka..

- Mummy Ira -