Sabtu, 15 Oktober 2016

Sedap..Sedap Telur Masin / Telur Itik

Assalamualaikum..

Salah 1 makanan favourite Saya ialah telur masin @ telur itik. Kebetulan pula  mak mertuaku suruh pi ambik kat rumah dia..rezeki di petang hari. Sedap telur masin @ telur itik ni..rasanya ramai jugak kot yang suka makan telur masin @ telur itik. Apa beza antara 2 telur ni.  Ada yang kata telur masin ada yang kata telur itik. Yang betuinya tak dak beza pun . Telur yang sama cuma nama ja yang berbeza. Cuma telur masin ni masin sikit sebabnya masih bersalut dengan arang hitam tu. Telur itik kurang masin sebabnya dah dibuang salut hitam tu. Kalau kat tempat Saya, pi beli kat pasar pun..kena bagitau nak telur itik ka telur masin. 

 Telur masin

 Telur Itik

Sebelum makan telur masin ni, kita kena buang dulu salut hitam ni..basuh bersih2. Cara masak tu ikut kita. Nak rebus boleh, nak buat masak lemak boleh, nak buat masak pedas pun boleh.  
Kalau yelur ni kita rebus,  cara nak makan dia.. kita belah 2. Ikut la kita nak korek keluar isi telur masin tu pun boleh, guna sudu..nak biar isi telur dalam tu pun boleh. Kalau kita buat masakan yang berkuah..kita pecahkan, buh ja dalam periuk tu.

 Telur masin/Itik rebus

Masak Lemak

Dah masak..tunggu apa lagi..makan laaa.  Sedap wehh..makan dengan nasik panas2 ..sedap baq hanggg..

- Mummy Ira -

Tiada ulasan :