Rabu, 31 Ogos 2016

UPSR Dah Dekat, Haziq Ke Kelas Bimbingan Pecutan Akhir Bahasa Inggeris UPSR 2016

Assalamualaikum..


31/8/2016..Merdeka ..Merdeka..Merdeka..Saya ucapkan untuk semua..Cerita tentang hari ni ialah….

UPSR dah makin dekat..tak berapa hari ja lagi. Bak kata orang putih ‘ around the corner ‘ dah pun. Kita yang kecut perutnya. Haziq nampak kool ja. Lagi dekat exam lagi banyak latihan yang kena buat..perangat balik yang lepas2. Sekolah pun pakat dok buat kelas malam nak bantu tambahkan lagi latihan untuk pelajar lebih bersedia nak hadapi exam ni. Ada jugak pusat tuisyen dan cikgu pakat menambahkan lagi sesi ulangkaji..depa panggil ‘ Pecutan Akhir ‘

Macam siang ni cikgu Raifah Osman buat kelas Bimbingan Pecutan Akhir Bahasa Inggeris UPSR 2016 bertempat di rumah kelahiran Tun Dr Mahathir Mohamad. Bermula dari 9 pagi – 6 ptg. Daftar Rm50.  Sesi ni sesi teknik menjawab kertas Bahasa Inggeris Penulisan dan Pemahaman. Harap tu Haziq dan student yang ikut kelas ni dapat faham apa yang Cikgu Raifah sampaikan dan dapat praktikkan ilmu ni masa dalam dewan peperiksaan. Inshaallah. Terima kasih juga buat Cikgu raifah untuk ilmu yang telah diajarkan untuk hari ni..

Siri Ke 2 -Bimbingan Pecutan Akhir Bahasa Inggeris UPSR - 2016 31/8/2016
9.00  pg- 11.00pg : *Penulisan 014 - Section A & B*

11.00 pg-1.00 ptg : *Penulisan Section C*

1.00 ptg-2.00 ptg *REHAT*

MAKAN & SOLAT

2.00 ptg - 4.00 ptg :*Pemahaman Sect. B*

4.00 ptg - 6.00 ptg*Pemahaman Section A*

*Bawa bersama alat tulis dan dictionary*

*Makan & Modul disediakan*

*RM50*

Tentatif program 31/8 (Rabu)
8.00 -8.30 Pendaftaran
8.45 - Bacaan doa oleh 👳Ustaz Izat Hambali
9.00 - Kelas bermula
11.00 -Minum pagi
1.00 - Mkn tgh hari & 🕌solat
4.00-  Minum ptg
6.00 - Bersurai




- Mummy Ira -

Selasa, 30 Ogos 2016

Apakah Jenis Dengkuran Yang Berbahaya?

Assalamualaikum.


Berdengkur sewaktu tidur adalah perkara biasa. Selain daripada menyebabkan gangguan tidur teman sebilik anda ianya tidaklah berbahaya

1.Jadi, apakah jenis dengkuran yang berbahaya?

Dengkuran yang berbahaya ialah jenis kuat (kadangkala boleh didengari daripada luar bilik) disertai pernafasan yang terhenti selama beberapa saat menyebabkan paras oksigen dalam darah menurun.


Dengkuran seperti ini menyebabkan tidur yang tak puas dan menganggu prestasi belajar/ kerja pada siang harinya. Pesakit boleh tertidur sewaktu bercakap di telefon, sedang menghadap komputer dan lebih teruk; tertidur sewaktu sedang memandu kenderaan atau sedang mengendalikan mesin berat.

Ini adalah masalah yang disebut sebagai OSA (Obstructive Sleep Apnoea) iaitu pesakit berhenti bernafas sewaktu tidur akibat laluan pernafasan yang tersekat.

Jika kanak-kanak yang mengalami masalah ini, tanda-tandanya ialah(1):
  • Tidur yang berdengkur kuat dan pernafasan tersekat-sekat sewaktu tidur.
  • Tidur yang terganggu atau gelisah sewaktu tidur.
  • Kencing malam (jika dulu tak pernah terjadi)
  • Sering sakit kepala, lesu dan tertidur pada siang hari walau dapat tempoh tidur yang mencukupi.
  • Prestasi pelajaran yang merosot
2. Apakah risiko untuk mendapat penyakit ini?
 

Seseorang berisiko untuk mendapat OSA jika(2):
 - Ada sejarah ahli keluarga menghidapi OSA
 - 
Obesity (BMI >30 ke atas)
 - 
Ukur lilit leher yang tebal
 - 
Mempunyai lidah tebal dan salur pernafasan yang sempit (semulajadi atau disebabkan penyakit)
Merokok
Menghidapi darah tinggi atau kencing manis

3. Apakah ujian yang dilakukan untuk mengesahkan anda ada OSA?  


Pesakit yang disyaki mempunyai OSA akan dirujuk untuk Ujian Polysomnogram (Sleep Study) dimana pesakit perlu tidur didalam makmal tidur khas dan disambungkan kepada monitor untuk dipantau:

🔸Pergerakan mata
🔸Denyutan jantung
🔸Pola pernafasan
🔸Gelombang otak
🔸Bilangan pernafasan yang terhenti
🔸Paras oksigen darah
🔸Pola dan cara tidur

4. Apa yang perlu dilakukan jika saya disahkan ada OSA?



Anda akan dirujuk kepada pakar ENT (telinga, hidung, tekak) untuk pemeriksaan tonsil dan tisu salur pernafasan. Jika tonsil anda bengkak ianya perlu dibuang, tisu pernafasan yang tebal dan longgar perlulah dinipiskan dan diketatkan.

Jika OSA anda teruk atau masih mempunyai OSA walaupun setelah dibuang tonsil, doktor akan menyarankan anda menggunakan mesin bantuan pernafasan (CPAP: Continuous Positive Airway Pressure). Mesin ini perlu digunakan pada waktu malam bagi memastikan salur pernafasan tidak terhalang sewaktu tidur.

Jika OSA anda disebabkan obesiti, anda disarankan untuk menurunkan berat badan dan dirujuk kepada pakar pemakanan. Untuk kes teruk, pembedahan bariatrik boleh membantu supaya isipadu perut dapat dikecilkan.

5. Apakah yang akan terjadi jika saya biarkan saja masalah OSA atau tak mahu menggunakan mesin CPAP?



Keadaan kekurangan oksigen yang kronik bukan saja menyebabkan prestasi belajar dan kerja bertambah teruk malah ia membebankan fungsi paru-paru (3)  seterusnya akan menyebabkan kegagalan jantung (4).

Kesimpulannya; 



Bukan semua dengkuran itu berbahaya. Namun jika dengkuran itu kategori OSA ianya perlu diatasi secepat mungkin supaya fungsi tubuh boleh diperbaiki. OSA jika dibiarkan berpanjangan tanpa rawatan boleh menyebabkan paru-paru dan jantung rosak seterusnya membawa kepada kematian.

Oleh: Dr Hana Hadzrami
Pakar Anestesiologi & Rawatan Rapi


kredit  Dr Afiq Rahim / DAR

Kebaikan Kanta Sentuh yang Kita Perlu tahu

Assalamualaikum..


Apakah kebaikan kanta sentuh?

Kebaikannya boleh dikelaskan kepada aspek berikut:
  • Fizikal:
    • Ia selamat dan terdiri dari pelbagai jenis yang boleh menepati cita rasa anda
    • Ia tidak akan jatuh semasa anda sedang bermain, menari atau bersenam
    • Ia tidak akan berkabus jika anda bergerak dari kawasan sejuk ke panas dan lembap
    • Ia tidak akan memantulkan cahaya seperti sesetengah kaca mata
    • Fungsinya lebih baik berbanding kaca mata biasa jika anda aktif dalam kegiatan sukan. Ini kerana kanta sentuh memberikan medan penglihatan yang lebih luas,lebih jelas dan mengurangkan risiko kecederaan

  • Kosmetik:
    • Kanta sentuh membuat anda nampak lebih menarik dan bergaya!
    • Kornea atau anak mata yang tidak cantik boleh disembunyikan di sebalik kanta sentuh yang berwarna
    • Ia menaikkan tahap keyakinan diri anda
  • Optikal:
    • Kanta sentuh memberikan
    • Imej yang lebih besar
    • Penyebaran cahaya yang lebih baik
    • Kurang penyimpangan imej di bahagian sisi
    • Pandangan yang lebih luas
    • Penglihatan yang lebih jelas
  • Perubatan:
    • Kanta sentuh yang lembut boleh digunakan untuk
      • Luka/ulser di kornea
      • Bullous keratitis
      • Sindrom Steven-Johnson
      • Neuroparalytic keratitis
      • Exposure keratitis
    • Kanta sentuh yang keras boleh digunakan untuk:
      • Keratoconus
      • Mata kering
      • Astigmatism yang serius
Bilakah saya boleh mula menggunakan kanta sentuh?
  • Dapatkan nasihat pakar penjagaan mata (optometrist).
  • Pada umur 11 tahun, mata anda sudah cukup matang, dan anda boleh memakai serta memahami arahan penggunaan kanta sentuh dengan baik.
Adakah penggunaan kanta sentuh mempunyai sebarang keburukan?
  • Masalah boleh berlaku jika kanta sentuh dibiarkan terlalu lama dalam mata dan tidak direndam dalam solusi khas
  • Dalam situasi ini, anda boleh mendapat jangkitan pada mata, parut dalam kornea dan jadi buta
Kerosakan pada kanta.
  • Anda boleh mengelakkan kerosakan kepada kanta sentuh dengan menyimpannya di dalam bekas yang telah disediakan
  • Anda perlu pastikan kuku anda pendek bila memakai kanta sentuh
Kehilangan kanta
  • Untuk mengelakkan kanta anda hilang, pemakaian kanta sentuh mesti dilakukan di atas meja
http://www.myhealth.gov.my/kanta-sentuh/