10 Makanan Tidak Boleh Masuk Peti Ais

By Zahirah Dzahir - 5/25/2016 11:13:00 PG

Assalamualaikum..


Kita punya cara, kalau tak habis makan ka tak abis masak..syang nak buang makana atau sayuran yg dah diguna. So mesti kita akan simpan dalam petia ais. Tak pun sesuatu barang utk masak kita simpan dalam peti ais sebabnya takut rosak. Tapi sesetengah darinya tak sesuai atau  bertahan lama kalau simpan kat tempat yang sejuk.

Ada 10 Makanan Tidak Boleh Masuk Peti Ais


1. Bawang Merah
Kelembapan dalam peti ais membuatkan tekstur bawang merah menjadi lembik, mempercepatkan tumbuh akar dan tanpa sedar lebih cepat busuk. Seeloknya anda simpan bawang di tempat yang sejuk dan kering.

2. Kopi
Tidak ramai yang tahu sebenarnya, biji kopi atau serbuk kopi tidak elok disimpan di dalam petis ais. Ini hanya akan membuat kopi kehilangan rasa dan aromanya. Simpan kopi di tempat yang kering dan sejuk.

3. Minyak Zaitun
Kesan paling ketara, anda akan dapati tesktur minyak zaitun akan jadi cepat beku seperti mentega jika disimpan di dalam peti ais. 

4. Daun Kemangi
Daun kemangi akan lebih cepat layu jika disimpan dalam peti ais. Lebih baik anda rendam daun kemangi dalam air agar tetap segar.

5. Madu
Madu tidak akan rosak jika anda menyimpannya dalam kemasan yang tertutup rapat. Jadi anda tidak perlu menyimpannya dalam peti ais. 

6. Bawang Putih
Tekstur bawang putih yang anda simpan dalam peti ais akan berubah menjadi seperti kering dan kecut. Lebih tahan lama kalau simpan bawang putih dalam bekas di tempat yang kering dan sejuk. 

7. Roti
Roti akan lebih cepat kering jika disimpan dalam peti ais. Letak roti di dalam bekas yang ditutup sudah mencukupi, janji tidak melebihi tarikh luput.

8. Avokado
Mahu buah avokado cepat masak? Kalau peram di dalam peti ais, itu salah. Ini hanya melambatkan proses matang buah avokado.

9. Kentang
Menyimpan kentang dalam peti ais akan membuat teksturnya menjadi lembik dan rasanya menjadi manis. Lebih baik anda simpan dalam bekas di luar peti.

10. Tomato
Letak tomato di dalam peti hanya buat tomato jadi cepat kecut dan hilang rasa segar. Untuk jaga rasanya, elok anda beli secukup buat masak sahaja. Atau tomato yang dibeli boleh direndam dalam sedikit air. Tetapi jangan simpan terlalu lama, nanti tetap juga tomato jadi cepat busuk.

Lepas ni bolehlah kita tengok yg mana sesuai simpan dalam peti sejuk ka tak

mingguan wanita

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!