Khamis, 26 Mei 2016

Selamat Bercuti Dan Selamat Berpuasa

Assalamualaikum...


Subhanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar.
Allahummasolli Ala'muhammad..


Ok..hari ni hari akhir ank bersekolah..sekolah akn cuti selama 2 minggu..buat ank2 yg nak exam..cuti, cuti jugak..belajar jangan lupa.. selamat bercutiiii..

Dan juga cuti minggu ke 2 akan masuk bulan ramadhan..maknanya puasa pun akan bermula selama sebulan..jadi selamat berpuasa untuk semua..

*macam2 gaya ada sblm pi sekolah..



- Mummy Ira -

Kongsi Tetap Kongsi..Berebut Tetap Berebut..

Assalamualaikum..


Ikutkan tak nak beli tab2 ni..besa la kalau beli nnti kembar ralit pulak nak main tab ja. Tapi bila tak beli pun henset Mummy pulak jadi mangsanya. Jadi setelah ditolah tambah kira..Cik Husband pun beli la jugak. Beli yg besa2 ja. Beli la sorang satu..tu pun ada yg suruh kongsi. Nak kongsi camnanya..kembar ni barang apa pun.. kaler, bentuk yg sama pun tetap berebut sesama depa. Kadang2 pening jugak kepala ni. Cuma tak mention ja sapa punya just pesan jangan berebut kena kongsi. Tapi dalam dok pesan pun berebut jugak.

Dah nama pun kembar berebut camna pun ttap nak berkongsi jugak..jadinyaa bila nak tngk katun..buka ja de2 tab..memasing pilih katun yg mana depa nak tngok..letak ja sebelah menyebelah..boleh la pakat kongsi tngk katun yg mana depa pilih..kan senanggg..jangan kacau henset Mummy sudahhh..



- Mummy Ira -

Bila Tradisi ber Bedak Sejuk Kembali

Assalamualaikum...


Lama dah tak pakai bedak sejuk ni. Kalau dulu masa budak2..bedak sejuk ni buleh dikatakan tiap2  malam kena pakai. Kira dah jadi amalan la. Tapi masa kian berubah..koi besaq kami pun tak pakai dah.

Dulu nak dapat bedak sejuk ni mudah jaa. Tok @ My Mom yang akan buat bedak sejuk ni. Sekarang tak buat dah..kalau nak beli ja.


Bedak sejuk ni baguih pakai kalau masa panaih..dia buleh bagi kita rasa sejuk. Rasanya tu yg nama dia 'Bedak Sejuk'.  Maybe cara buat bedak sejuk tu sama. Beras yg direndam tu lama ada yg sampai bertahun2 . Rasanya tu yg buatkan bedak tu sejuk.

Camna ntah tetiba buleh pakai balik bedak sejuk ni.  Saja beli bedak sejuk ni bagi ank2 pakai..nampak cam sejuk n selesa pulak..depa pun tak bising kira ok la tu. So..bermulalah balik tradisi pakai bedak sejuk niii..

- Mummy Ira -

5 Tip Pakai 'Heels' Cara Selamat

Assalamualaikum..


Tidak dapat dinafikan, kasut bertumit tinggi merupakan pelengkap gaya seorang wanita. Kita mudah tertarik dengan rekaannya dan matlamat untuk tampil lebih menawan berbanding berkasut rendah. Tetapi sebenarnya, tiada yang baik mengenai kasut bertumit tinggi selain dari rekaannya. 


Mungkin ramai wanita tidak sedar atau pura-pura tidak sedar bahawa pemakaian kasut bertumit tinggi boleh memberi impak negatif pada badan. Namun disebabkan terpengaruh dengan kata-kata, ‘no pain, no gain’ , semuanya ditolak ke tepi. Namun jangan risau, ada beberapa senaman yang boleh dilakukan bagi anda yang gemar bertumit tinggi. Sekurang-kurangnya kita mampu menjaganya.

Putaran kaki
Pergelangan kaki akan menjadi stress setelah seharian kaki terperangkap di dalam kasut bertumit tinggi. Jadi, anda boleh lakukan senaman kaki dengan memusingkan tapak kaki beberapa kali. Perkara ini boleh dilakukan sambil duduk ketika menyiapkan kerja atau di mana-mana sahaja. Lakukannya sehingga 40 ke 50 kali.

Lakukan ‘calf raise’
Senaman ini sesuai dilakukan untuk anda yang ingin menguatkan otot di bahagian betis dan peha. Langkahnya amat mudah iaitu berdiri di bahagian penjuru, dan naikkan tumit anda beberapa inci sehingga anda betul-betul berdiri menggunakan jari kaki anda dan turunkan sedikit demi sedikit sehingga anda dapat merasakan regangan di otot kaki anda.

Pusingan buku lali
Stilleto tinggi mungkin akan menampakkan anda  lebih seksi tapi bayangkan, berjalan dengan kasut itu mampu melemahkan otot anda malah ia menyakitkan. Untuk meredakan kesakitan kaki, cuba berdiri dan naikkan tumit kaki anda. Lakukan bulatan penuh menggunakan buku lali kaki anda sebanyak 20 kali. Kemudian urut kaki anda secara putaran terutama di bahagian buku lali. Cara ini mampu mengurangkan regangan pada buku lali dan membuatkan kaki lebih selesa.

Regangan
Lakukan beberapa jenis regangan seperti duduk rehat dengan melunjurkan kaki selama 10 minit. Cara ini dapat membantu memperbaiki pengaliran darah. Cuba juga untuk mengangkat hujung kaki beberapa kali bagi memberi kelegaan kepada buku lali.

Jumpa doktor anda
Jika anda pemakai tegar kasut bertumit tinggi, anda amat disarankan untuk berjumpa dengan doktor pakar berkaitan seperti Orthotik dan juga Prostetik bagi menjalani rawatan manipulasi kaki. Ia bertujuan untuk membetulkan tulang yang sering bergesel dan juga untuk mengurangkan kadar geseran tulang tersebut.

Tidak salah ingin bergaya mengikuti perkembangan fesyen dengan bertumit tinggi, namun janganlah memakainya dalam tempoh yang lama dalam satu-satu masa. Penjagaan kaki dari awal amat penting supaya ia tidak memudaratkan anda ketika tua kelak.  Amalkan langkah penjagaan dengan senaman kaki seperti di atas agar kaki anda kekal sihat. 

majalah rapi