Tips Ringkas Cara Jaga Kereta Kita

By Zahirah Dzahir - 4/10/2016 11:59:00 PG

Assalamualaikum..


Tips Ringkas Cara Jaga Kereta Kita

Tip 1
Memeriksa dan menukar minyak hitam atau minyak enjin secara berkala atau berjadual, pastikan juga tidak berlaku sebarang kebocoran pada pam minyak. Pertukaran minyak hitam memastikan enjin terpelihara dengan baik. Pengguna minyak semi sintetik atau fully sentetik juga boleh mempengaruhi prestasi enjin kita


Tips 2
Sistem cooler atau penyejuk pada kenderaan juga perlu diberikan perhatian, cecair penyejuk atau air perlu diperiksa secara berkala, pastinya ianya sentiasa mencukupi.


Tip 3
Tukar minyak enjin dan minyak gear secara berkala dan mengikut jadual yang ditetapkan. Walaupun jarang berlaku masalah,namun perhatian kepada kedua dua jenis minyak nie penting kerana jika berlaku kebocoran, lagi banyak kos yang korang perlu tanggung


Tip 4
Bersihkan kenderaan anda setiap bahagian...emm nie paling sukar kan...namun itulah hakikatnya, boleh je hantar ke car wash tapi korang perlu pastikan juga kekotoran di kawasan tayar, pastikan tidak berlaku sebarang kebocoran pada getah yang melindungi drive sharp yang boleh menyebabkan anda terpaksa menanggung kos yang tinggi.


Tip 5
Gunakan minyak yang sesuai untuk setiap bahagian yang memerlukan minyak, terutama bahagian enjin


Tip 6
Membasuh kereta memang penting untuk menjaga kereta anda, namun polish juga perlu ,untuk memastikan korang menyingkir tar atau kotoran lain. Tar sebagai contohnya halus je, namun sekali melekat dekat keta korang, seksa nak membuangnya walaupu kecil je tar tu.


Tip 7
Guna gris oil bagi sendi atau part kenderan yang sering kali dibuka dan tutup


Tip 8
Untuk bahagian dalaman kereta, jaga bahagian plastik dengan baik. Jangan jemur kenderaan tengah panas, kalau terpaksa jugak, korang gunakan cover pelindung yang sesuai.


Petua 9
Memeriksa, bersihkan cover plastik yang menutup bahagian dalaman tayar.


Tip 10
Periksa minyak brek dengan berkala, pastikan ianya mencukupi, dan tidak berkurangan.Minyak brek, serta pad break juga perlu diperiksa secara berkala.


Semoga bermanfaat utk semua..

kredit fb  AMBL Servis

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!