SALAH FAHAM TERHADAP PARACETAMOL 6

By Zahirah Dzahir - 4/10/2016 11:35:00 PG

Assalamualaikum..


SALAH FAHAM TERHADAP PARACETAMOL 6

"Apa beza panadol yang dijual dalam pelbagai bentuk? Ada panadol actifast, ada panadol mestrual dan sebagainya. Boleh doktor komen?" 

PANADOL yang dibuat oleh syarikat farmaseutikal GSK mempunyai beberapa bentuk.

1. PANADOL REGULAR 
mengandungi Paracetamol 500mg yang boleh diambil oleh orang dewasa setiap 4-6 jam, sama ada sebiji atau dua biji setiap kali pengambilan.

2. PANADOL EXTEND 
mengandungi Paracetamol 665mg, dan boleh bertahan sehingga 8 jam. Oleh itu diambil sebiji setiap 8 jam.

3. PANADOL EXTRA 
mengandungi 500mg paracetamol dan 65mg cafeine, untuk sakit yang lebih kuat dan tidak menyebabkan ketidakselesaan perut.

4. PANADOL ACTIFAST 
mengandungi Paracetamol 500mg dan 173mg Sodiumuntuk tindakan yang dua kali ganda lebih cepat. Oleh kerana mengandungi Sodium, pesakit darah tinggi dan jantung yang dinasihatkan untuk mengambil sodium yang rendah dalam pemakanan agar berhati-hati.

5. PANADOL MENSTRUAL
 mengandungi paracetamool 500mg dan Pamabrom 25mg. Pamabrom bertujuan untuk mengurangkan kembung perut ketika haid.

6. PANADOL SOLUBLE 
mengandungi paracetamol 500mg dan sodium 427mg, Ia mudah larut dalam air. Kandungan sodium dalam ubat ini agak tinggi, pesakit darah tinggi dan jantung yang dinasihatkan untuk mengambil sodium yang rendah dalam pemakanan agar berhati-hati.

Oleh kerana PANADOL dijual dalam pelbagai bentuk pernyediaan, pesakit harus berbincang dengan doktor atau pegawai farmasi, walaupun ia boleh dibeli tanpa preskripsi.

Drzubaidi HjAhmad

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!