Sabtu, 23 April 2016

Cara Saya Lembutkan Batang Sayur Bayam

Assalamualaikum..

Saja Saya nak kongsi .. macam mana nak lembutkan batang sayur bayam. Kalau ada yg dah tau tu ok la. Kot la ada yg tak tau.

Bila kita masak sayur bayam..kkdang batang tu tak lembut sangat. Lembut tu lembut tapi keras sikit..nak buat camna..meh Saya tunjuk..

Semua tau kan ni sayur bayam

Asingkan dulu batang n daun.,.patahkan ja

  Lepas tu patahkan ikut panjang mana yg kita nak..dalam masa yg sama kita buang kulit nipis kat batang tu..skali patahkan buang kulit tu..tarik smpi ke bawah.  Begitulah  seterusnya.

Ni yang Saya dah buang kulit nipis tu..mmg tak nmpk beza pun..ttap sama. 
Ready utk masak..tak la susah2 nak masak batang tu lama sngt sebabnya kulit nipis tu dah dibuang..

Lebih afdal..Sya videokan camna nak buang kulit nipis tu..



Selamat mencuba..

- Mummy Ira -

Jumaat, 22 April 2016

"Saya Tak Boleh Beritahu Jumlah Harta Saya, Mak Saya Tak Suka" -TAN SRI SYED AZMAN SYED IBRAHIM.

Assalamualaikum..



TAN SRI SYED AZMAN SYED IBRAHIM...BILIONAIR MELAYU 'LOW PROFILE' YANG MEMILIKI 4 JET EKSEKUTIF, LEBIH 40 BUAH HELIKOPTER!

Beliau asalnya adalah seorang pegawai perisikan tentera yang berkhidmat selama 13 tahun dalam ATM hingga memperoleh pangkat Mejar. Pada tahun 1993, setelah berhenti dari tentera, beliau dan isteri memulakan perniagaan kereta terpakai. Anak jati Sungai Petani, Kedah ini kemudiannya mula berulang-alik ke London untuk membeli kereta terpakai sebelum menjualnya di Malaysia. Masa tu beliau tidak memiliki AP namun dia berkongsi AP dengan rakan-rakan yang memiliki permit tersebut. Lama kelamaan beliau berjaya juga memiliki AP dari kerajaan dan perniagaan keretanya semakin menjadi sebutan. 

Kemudian kerajaan mengambil keputusan memberhentikan pemberian AP terbuka dan hanya menawarkan franchise AP. Untuk mendapatkan franchise AP, Syed Azman perlu dilantik oleh syarikat kereta asing sebagai pengedar then barulah permit itu dianugerahkan kepadanya. Nasib menyebelahinya apabila beliau berjaya mendapatkan kepercayaan daripada Honda untuk melantiknya sebagai pengedar beberapa jenis kereta tersebut di Malaysia antaranya Honda Jazz. Kemudian Syed Azman mendapat hak untuk mengedar pula Chevrolet dan Suzuki.

Dalam satu temubual dengan akhbar The Star tak lama dulu, Syed Azman berkata, selama menjalankan urusan perniagaan, beliau bosan kerana masanya banyak habis di jalan lalu rakannya mencadangkan beliau membeli helikopter saja untuk ke sana dan ke sini. Pada tahun 2003, beliau membeli sebuah helikopter dengan harga US$1.5 juta bagi kegunaan hariannya, bila heli itu tidak digunakannya, beliau sewakan saja pada mereka yang berminat. Ketika itulah beliau sedar yang permintaan untuk helikopter ini tinggi di Malaysia. Lima tahun kemudian, beliau berjaya mendapatkan kontrak pertama untuk menyediakan perkhidmatan helikopter untuk membawa pekerja sektor minyak dan gas ke pelantar.

Dan hari ini, pemilik Weststar Aviation Services Sdn Bhd (WAS) itu memiliki lebih 40 buah helikopter, empat buah jet persendirian dan beliau juga memiliki kontrak bernilai RM8 billion bagi membawa pekerja pelantar minyak hingga menjadikannya antara lelaki Melayu terkaya di Malaysia ketika ini. Ini belum campur perniagaan peluru berpandu, peralatan pertahanan, hartanah, kenderaan, pembinaan etc. Walaupun harta dan asetnya mencecah bilion ringgit, Syed Azman enggan menyatakan jumlahnya. Beliau hanya menjawab: "Saya tak boleh beritahu jumlah harta saya, mak saya tak suka"

Hehehe...comel tak jawapan tu?

kredit fb Syahril A. Kadir

KENAPA CERITA PASAL ANAK-ANAK AUTISM - AisyahRozalli

Assalamualaikum..



KENAPA CERITA PASAL ANAK-ANAK AUTISM?

Kenapa ramai yang sangat sibuk menceritakan tentang autism? Kenapa hingga perlu ada bulan dedicated untuk kesedaran autism?

Dalam circle of friends saya di facebook, ramai yang terdiri dari terapis, guru-guru dan ibu bapa yang melibatkan diri dan mempunyai anak-anak istimewa. Anak-anak istimewa itu pula, bukan hanya autism. Ada ibu bapa yang punya anak-anak dengan Global Developmental Delay, Intellectual Disability, Down's Syndrome, Cerebral Palsy, Fragile X Syndrome dan banyak lagi kondisi yang berbeza.

Namun, kenapa autism yang sering ditekankan? Saya ada terbaca posting seorang ibu yang juga punya anak istimewa mempersoalkan: Apakah anaknya tidak seistimewa anak-anak autism?

Saya punya adik yang menghidapi cerebral palsy. Tahun ini, kakngah usianya 28 tahun. Ke mana sahaja kami pergi, keluarga kami tidak akan pernah dibiarkan sahaja. Sentiasa akan ada mata memandang kami. Dan sehingga usia kakngah 28 tahun ini pun, orang masih memandang setiap kali kami keluar bersama-sama. Tapi, pandangan orang ramai itu seringnya adalah pandangan simpati. Bisik-bisik yang kami dengar ialah "kasihan dia". Anak-anak kecil yang menghampiri kakngah atau yang bertanya pada ibu bapa mereka, "kenapa orang tu tak boleh jalan?" akan dijawab oleh ibu bapanya dengan, "dia sakit. tak boleh jalan." Jawapan kepada persoalan keberadaan individu seperti kakngah di dalam komuniti amat mudah. "dia sakit" "dia OKU" "dia tak boleh jalan" "kasihan dia" "sabarnya ibu bapa dia" "untungnya ada anak syurga".

Namun.....

Situasinya amat berbeza dengan anak-anak autism. Ramai ibu bapa yang mengadu pada kami di Annahlu.

Bila anak autism mereka di bawa keluar, masuk ke dalam komuniti di pusat-pusat beli belah, berjalan-jalan bersama keluarga, pandangan yang dilemparkan kepada keluarga mereka tidak sama dengan pandangan yang diberikan oleh masyarakat kepada keluarga kami yang menyorong anak OKU di atas kerusi roda.

Saya seorang terapis. dan antara aktiviti terapeutik di Annahlu Therakids, Melaka ialah membawa anak-anak berjalan keluar sebagai aktiviti kefungsian dalam komuniti. Dan kami sentiasa diberikan pandangan-pandangan aneh apabila membawa anak-anak ini keluar, terutamanya anak-anak autism kami.

Bunyi-bunyi berulang yang dikeluarkan oleh anak-anak ini, "babibabibabibabibabi" "rarorarorarorarora" "aaa.aa.aa.aa..aaa". Perilaku-perilaku sensorial seperti menggoyang-goyang badan ke depan dan belakang sambil berjalan, ketawa secara tiba-tiba, berlari ke sana-sini sambil melompat-lompat, tangan mereka yang perlu dipegang erat sambil mereka membuat pelbagai aksi cuba melepaskan diri memang sentiasa akan mendapat pandangan aneh dari orang sekeliling. Itu saya belum cerita tentang tangisan, jeritan tantrum, berguling, berbaring di atas lantai shopping complex.

Bila di tanya oleh anak-anak yang melihat, "kenapa budak tu jerit-jerit?" "kenapa dia lompat-lompat?" "kenapa dia main air liur?"
ramai ibu bapa yang bisik-bisik "jangan tengok", "adik jangan buat macam tu", "tak elok kan jerit-jerit". Masyarakat sekitar yang melihat ada yang kerut-kerut kening. Ada yang menawarkan nasihat keibu bapaan bila terlihat anak autism yang terbaring tantrum di tengah jalan. Ada yang kata, "kenapa buat anak macam tu?". Tuduhan.... tidak pandai jaga anak, salah asuhan, anak nakal yang sering dilemparkan pada ibu bapa anak autism.


Pernah saya ditanya oleh seorang kakak. "Kenapa budak tu lasak sangat tu? Ajar la dia duduk diam elok-elok". Saya jawab, "dia autism, kak. Memang lasak sikit", sambil saya membetulkan duduk menghadap kakak tersebut untuk bercerita lebih lanjut tentang autism. "Alasan... nampak biasa je.. dah la kang dia langgar-langgar anak akak". Dan kakak itu terus bangun meninggalkan saya yang terkebil-kebil terkejut dengan balasannya.

Sekarang anda nampak?

Kenapa pentingnya masyarakat untuk sedar akan kewujudan autism?

Sekarang anda nampak?

Kenapa pentingnya kita membantu sebarkan kesedaran bahawa anak-anak autism itu wujud?
Apa yang keluarga mereka perlukan bukan pandangan sinis anda, bukan kata-kata "double meaning" anda, bukan bantuan anda mencari punca anaknya autism dari keluarga sebelah ayah atau sebelah mak, bukan tuduhan anda bahawa anak autism nya adalah kifarah dosanya.

Mereka hanya perlu anda faham. Dan berhenti menjadi sinis.

Mereka mahu komuniti menerima wujudnya anak mereka yang sangat 'awkward' bila berada dalam komuniti sosial.

Anda tidak tahu. betapa ibu bapa yang punya anak berlari ke sana sini ini, dalam hampir setiap sujud mereka menitiskan air mata mengenangkan masa hadapan anak autism mereka.

Mungkin dengan penerimaan masyarakat yang lebih terbuka dengan kepelbagaian individu autism, anda telah membantu meringankan sedikit bebanan di bahu mereka.

Mungkin bukan anak anda, mungkin bukan keluarga anda...

Tapi, mereka adalah individu dalam masyarakat anda.


>AisyahRozalli<
20April2016@Annahlu Therakids


kredit fb AisyahRozalli

ANAK TAK NAK IKUT SEBUT.. APA NAK BUAT? - Aishah Kassim

Assalamualaikum..



ANAK TAK NAK IKUT SEBUT.. APA NAK BUAT??

Biasa kan dengar ayat di atas... Bila minta anak sebut,anak taknak sebut..

Well, semasa saya mengajar pun memang sebenarnya saya melalui masa-masa tersebut.. Memang bukan senang nak minta anak sebut, tambahan pula anak-anak yang lambat bercakap ni..


Tapi takpe, saya akan bg 3 teknik yang biasa digunakan untuk menggalakkan anak menyebut..

1. Teknik tunggu dan lihat
Teknik ni biasanya berjaya bagi anak yg sudah mula bercakap tapi terlalu sedikit.. Caranya:
Apabila anda menunjukkan objek/gambar, pandang tepat ke mata anak, besarkan sedikit mata dan bongkokkan sedikit badan ke depan.. Kelakuan ini adalah menunjukkan yang kita sedang menunggu jawapan..tunggu dalam 5-10 saat atau kurang bergantung daya tumpuan anak


P.s: pastikan anak sudah faham objek/gambar yang ditunjuk.. Jika tiada jawapan dari anak, anda perlu memberi jawapan..


2. Teknik kiu gerakan
Contoh:  

mengajar anak untuk meniru bunyi haiwan (kuek kuek kuek)

Caranya:
Buat gerakan haiwan seperti melompat atau berjalan dan sebagainya.. Pada masa yang sama buatkan bunyi haiwan itu sekali.. Contoh jika nebyebut bunyi kuek3x.. Buat lompatan 3x sebagai kiu.. Lompatan 1 (bunyi kuek), lompatan 2 (bunyi kuek), lompatan 3 bunyi (kuek)...
Seterusnya, giliran anak anda pula utk menyebut.. Buat lompatan tanpa suara dan tnggu anak anda untuk menghasilkan bunyi kuek tadi


Ps: beri bantuan jika anak tidak menghasilkan bunyi..


3. Teknik ambil giliran
Dalam teknik ini anda perlu melakukan demo terlebih dahulu pada anak
Contoh:

 mengajar menamakan objek/gambar

Caranya:
Tunjukkan gambar/objek.. Letakkan objek /gambar berhampiran mulut anda dan sebut.. Seterusnya giliran anak pula untuk menyebut, letakkan objek/gambar tadi berhampiran mukut anak pula bagi menunjukkan gilirannya pula untuk sebut.. Ingat tunggu 5-10 saat atau kurang bergantung pada tahap daya tumpuan anak
 

Ps: kalau anak tak sebut takpe.. Anda bagi sahaja jawapan..
Tapi dalam ketiga-tiga teknik yang saya sebut di atas, kesemuanya memerlukan ada untuk tunggu.. 

Jadi bila mengajar perlu ada KESABARAN... Jika masih tak sebut, ulang dan ulang lagi.. Dan guna teknik diatas berkali-kali...

Selamat mencuba
kredit - Because You Are Special - Aishah Kassim..
http://becauseyouarespecial.com.my/