Ahad, 28 Februari 2016

Soft Spot: Qurratu Ain: Penyejuk Mata: Pelega Hati.

Assalamualaikum..



CARI 'soft spot' SUAMI

Soft spot: Qurratu Ain: Penyejuk mata: Pelega hati.

Semalam saya ada terdengar suatu tazkirah menarik di radio IKIM. Ustaz tu menyampaikan satu point yang sangat menarik yang sebelum ni saya belum pernah dengar.
Ustaz tu cakap, orang lelaki ni kalau kita dapat jaga beberapa kehendak utama dia, maka segala masalah yang berlaku adalah masalah kecil bagi dia. DAN beberapa perkara ni mesti dicari oleh para isteri. Sebab tak sama mana-mana lelaki. Herher. 

Ustaz tu kata tak banyak pun. Ada 3-4 benda je.

Contohnya, 

1. Ada suami nak isteri teman sebelah setiap kali dia makan. Kalau isteri sibuk nak buat kerja basuh pinggan lah sapu rumah lah, maka suami tak selera makan, lepas tu benda-benda kecik lain pun jadi masalah. Sebab qurratu ain dia tak dijaga.

2. Ada juga suami yang qurratu ain dia adalah kopi. Setiap kali balik, dia cukup bahagia kalau di hulur secawan kopi panas sebelum sempat suami minta. Dia senyum, dia lega, tambah sayang.
Kadang-kadang ada isteri tak nampak, sampaikan suami ke dapur sendiri buat air.

3. Boleh jadi juga qurratu ain suami adalah bila isteri suka teman atau melayan hobi suami. Teman berkebun ke, teman suami bersihkan akuarium ke. Tak semestinya jadikan hobi suami tu hobi kita juga, cukup sekadar teman, bagi idea. Melayan. 

Ini contoh jeee, bergantung pada suami. Apa yang dia suka. 3-4 perkara paling penting

SITUASI. 

Ustaz cerita, pernah dia nampak seorang isteri marah-marah (membebel) suaminya depan org ramai, tetap suaminya tersenyum macam tak ada apa yang berlaku. Tak melenting, tak mengamuk. Rileks. 

Semestinya itu bukan perkara baik dari seorang isteri. Tetapi melihat tindakan suaminya yang tidak memberi respon negatif, ustaz percaya si isteri ini berjaya menjaga qurratu ain suaminya, beberapa kehendak utama suaminya terjaga. Maka masalah-masalah lain dirasakan kecil dan boleh diselesaikan.

Alangkah indah kalau isteri dapat jaga Qurratu Ain suaminya, insyaAllah selesai beberapa perkara besar dalam rumahtangga. 

Masalahnya, kadang-kadang orang lelaki ni pun tak tahu apa yang dia mahu. So, kita lah yang kene study dan perhati, apa yang mampu buat suami rasa terjaga, senang hati, mood jadi baik. Kadang-kadang benda kecik-kecik ni kesannya besar. 

Apa pun, ini sahaja belum cukup untuk menjamin kebahagiaan pasangan. Perlu ada kasih sayang, hormat menghormati, percaya, amanah dan lain-lain. 

Peace! Nak share takyah minta izin.
Ruqayyah Farhani,
 
#MaryamAnakSyurga


kredit fb Ruqayyah Farhani,

- Mummy Ira -

Sabtu, 27 Februari 2016

Tahukah Anda Mengapa OKU Memerlukan Petak PARKING OKU ?

Assalamualaikum..


Tahukah anda mengapa OKU dan keluarga OKU memerlukan petak PARKING OKU ? Salah 1 faktor adalah situasi seperti ini.......mungkin pada pandangan anda tiada apa yg silap. Bagaimana si bapa bersusah payah mengangkat anak OKU nya melalui ruang yang ada untuk meletakkan anak di kerusi penumpang?...Adakah mudah untuk mereka? Mungkin mudah untuk anda yang sihat tubuh badan, tapi tidak untuk mereka.

Begitu mudah anda merentap hak mereka sedangkan kuota tapak parking OKU hanya ada 1 atau 2 , mungkin 3 petak sahaja di setiap lokasi.... Mungkin diminda anda, hanya pemandu OKU sahaja yang layak untuk menggunakan petak tersebut.... Ada juga yang berpendapat agar keluarkan dahulu kereta tersebut sebelum memasukkan /keluarkan anak. Tetapi , jika si bapa berdua sahaja dengan si anak pada ketika itu wajarkah dibiarkan sahaja anak berseorangan di tepi kereta dulu ? Jika anak OKU tersebut diculik atau dilanggar oleh orang lain sementara si bapa sedang sibuk mengeluarkan kereta, siapa harus bertanggungjawab?

Renung – renungkan.....Jangan disalahgunakan petak OKU kami!..Jom jadi agen kami prihatin dengan membantu "share" maklumat ini pada masyarakat...….. 

#aduanOKU

Malaysian Advocates for Cerebral Palsy MYCP

Pengantin Sekarang Ramai TAK SOLAT ?

Assalamualaikum..



Pengantin skrg ramai TAK SOLAT .

Ini fakta zaman sekarang. Bila jadi pengantin memang semua nak nampak cantik dan pakaian pun mengerlip. Tapi sayangnya kecantikan itu takut dicemari lalu meninggalkan solat yang wajib buat diri.


Akibat nak bermekap, mak andam sampai ke rumah pengantin seawal jam 11 pagi. Maka si pengantin pun menadah muka selama sejam dua lamanya, akhirnya siap bermekap stlh hampir jam 1 tengahari.

Dah tahu zuhur masuk setengah jam lagi, terus disarungkan busana perkahwinan yg ketat membaluti seluruh tubuh wanita. Tak ada seinchi pun kelonggaran, malah lebih ketat lebih mengujakan.

Itu belum lagi menyentuh hal mak andam separa alam yang tdk dpt dipastikan jantinanya lelaki mahupun wanita. Maka bersentuhan la kulit sang ajnabi bertopengkan wajah si pari² untuk menatariaskan pengantin akhir zaman yang hanyut dgn kejahilan diri.

Apatah lagi jika mak andamnya lelaki, walau bersarung tangan tetap dia ajnabi dan si bakal suami pula jenis berpenyakit bisu bila isteri disentuh lelaki yg juga halal untuk dinikahi si bakal isteri.

Akhir zaman, majlis pernikahan yang sepatutnya mengundang seribu keberkatan dan malaikat rahmat turut sama mendoakan, tlh dicemari dengan kemaksiatan yang tiada berkesudahan.

Busana yg anggun disarung tadi di bawa pula ke majlis pernikahan untuk mnjadi saksi penyatuan dua hati. Saat sah menjadi isteri, maka tertanggunglah segala dosa atas bahu si suami yg dayus membiarkan sang bidadari menjadi tatapan nafsu ajnabi.

Hilanglah kesucian dan jatuhlah maruah seorang isteri sebelum mlm pertamanya lagi. Manakan tidak, beratus psng mata melirik menjamu kecantikan si pengantin rupawan yang tidak memberatkan hukum menutup aurat buat dirinya.

Belum lagi disebut tentang perihal solat yang dianggap remeh di hari persandingan kedua mempelai. Sibuk menjamu telinga dgn bunyi karaoke sampaikan azan pun diperlekeh dan solat juga tercicir.

Pengantin takut merosak kecantikan majlis dan wajah hanya kerna sudah lengkap berbusana, lalu solat yg fardhu tinggalkan tnpa ada rasa malu melayan tetamu.

Maka bermulalah episod cinta yang disaksikan kemurkaan Allah swt buat kedua mreka. Namun masih beria berkata LOVE TILL JANNAH.


*peringatan untuk kita 

copy_paste dari group whatsapp

- Mummy Ira -

Sabtu, 13 Februari 2016

Jangan Sesekali Kita Cakap Bohong..Sekali Orang Dah Tak Percaya...

Assalamualaikum..


Masyaallah depan kita bukan main baik lagi..rupa rupanya belakang kita dia tipu kita hidup2..bila kita tanya mengaku sungguh2 tak tau apa..padahal memang dia tau n buat kesalahan tu. Muka nampak lembut tapi , Allah saja yang tau betapa buruknya hati dan perangai sorang tu. So, tak payah nak sembunyi2..nanti orang akan tahu jugak..tambah pulak kalau yg dibuat tu memang benda yang salah. Sat ja Allah nak tunjuk.

Betui bila orang kata..jangan sesekali kita bohong orang berulang ulang kali..sampai 1 tahap org takkan percaya dah dgn apa yg kita cakap dan buat..susah bila kita dok bohong org ni..sebabnya bukan senang depa nak dapat balik kepercayaan tu..

 

- Mummy Ira -

Kalau Anak Anda terkena Chicken Pox..Ini Yang Harus Dilakukan..

Assalamualaikum..

Kalau anak anda terkena chicken pox.. Ini yg harus dilakukan..

Kalau ini pengalaman pertama anak anda diserang chickenpox, baik anda baca tip ini sehingga habis untuk mengetahui apa yang patut dilakukan.

1. Segera berjumpa doktor
Mula-mula sekali jika anda mengesyaki anak mungkin diserang chickenpox, segera bawa dia berjumpa doktor untuk pengesahan dan mendapatkan rawatan.

2. Bagi anak minum air kelapa
Ini petua orang tua-tua yang sangat berkesan untuk merawat chickenpox. Air kelapa bagus diminum ketika awal terkena chickenpox kerana ia dikatakan membantu mengeluarkan chickenpox tersebut ke seluruh badan. Air kelapa juga bagus dibuat mandi oleh pesakit chickenpox.

3. Kuarantin anak daripada pengasuh/nurseri
Anak anda memang wajib kena kuarantin. Jika tinggal di rumah pengasuh atau nurseri, ia bermakna anda tidak boleh menghantar anak sepanjang dia tidak sihat. Chickenpox mudah berjangkit. Nanti ada ibu bapa lain yang akan menjeling jika anda terus menghantar anak ke nurseri atau rumah pengasuh.

4. Bergilir jaga anak
Inilah masanya ibu dan ayah perlu berkorban. Banyak kerja di pejabat? Ia bukan alasan jika anak kena chickenpox terutama jika anda tiada pembantu rumah. Anda berdua perlu bergilir-gilir mengambil cuti untuk menjaga anak di rumah. Kalau banyak kerja pejabat, boleh sahaja buat dari rumah. Asalkan ada internet di rumah, tiada masalah!

5. Sapu losyen calamine
Doktor akan membekalkan anda losyen calamine. Mesti sapu losyen ini dengan kerap pada badan anak untuk mengurangkan kegatalan. Kalau petua orang lama dulu, menyarankan pesakit chickenpox tidur beralaskan daun semambu. Kini dengan losyen calamine, tak perlu guna lagi mencari daun tersebut. Dengan losyen calamine, rawatan lebih mudah dan cepat.

6.Ambil paracetamol kanak-kanak
Pastikan anda ada termometer untuk memantau suhu badan anak. Jika badannya panas, ambil sirap paracetamol kanak-kanak untuk mengurangkan demam yang boleh mencecah suhu sehingga 39 darjah selsius.

7.Pakaikan lampin sahaja
Jika anak anda masih memakai lampin pakai buang, biarkan dia hanya berlampin sahaja sepanjang di rumah. Ini bagi mengelakkan badannya cepat berpeluh jika anda memakaikan dia pakaian. Badan yang berpeluh dan panas akan menyebabkan anak mudah gatal.

8.Minum banyak air masak
Anak anda mungkin tiada selera makan. Bagi memastikan dia tidak mengalami dehidrasi, bagi anak minum banyak air serta makanan berbentuk cecair seperti sup, jus buah atau yogurt.

9. Kerapkan sesi penyusuan susu ibu
Bayi berusia enam bulan ke bawah tidak boleh diberi makanan lain selain susu ibu. Tetapi ibu yang menyusukan anak boleh minum atau makan makanan yang berkhasiat. Jadi, kerapkan penyusuan susu ibu kerana susu ibu adalah penawar terbaik untuk anak. Begitu juga jika anak anda masih menyusu susu ibu walaupun dia sudah mula makan makanan pejal.

10. Banyak bersabar
Anak anda akan banyak merengek, menangis dan meragam. Jangan cepat hilang sabar dan marahkannya. Dia terlalu kecil untuk menahan kesakitan yang dialami. Jika orang tua yang kena chickenpox pun boleh merintih kesakitan, apatah lagi anak kecil yang tidak faham apa-apa lagi. Layanlah kerenah dan kemahuannya, banyakkan memeluk dan memberi perhatian kepada anak.

11. Elak makanan laut
Jangan bagi anak makan makanan laut selagi dia belum sembuh daripada chickenpox. Begitu juga bagi ibu yang menyusukan anak. Elak makan makanan laut.

12. Vitamin E hilangan parut
Selepas anak sembuh daripada chickenpox, ia akan meninggalkan kesan parut di badan anak. Tentu anda susah hati melihat parut tersebut. Anda boleh cuba menggunakan kapsul Vitamin E dengan cara mengeluarkan cairan kapsul itu dan lumurkan pada parut anak anda.Minyak tea tree juga dikatakan boleh membantu menghilangkan parut.

13. Banyakkan berdoa
Sebagai seorang muslim, doa adalah senjata ampuh paling mujarab apabila menghadapi musibah. Selain berusaha dengan rawatan moden dan tradisional, jangan lupa banyakkan berdoa memohon kepada Yang Maha Esa kerana dialah sebaik-baik Penyembuh.

kredit fb Wanita Idaman