Tips Tips Untuk Anak Menempuh Hari Awal Persekolahan

By Zahirah Dzahir - 1/17/2016 10:53:00 PG

Assalamualaikum..

Info dan tips yg perlu kita baca dan juga peringatan utk semua..
Dari FB Nur Haslaily

" Semalam yang memberi banyak muhasabah untuk kami. Kalau diingat terasa mahu menangis. Mak mana yang tak sayangkan anak. Tengah musim anak-anak baru masuk sekolah. Campur pula banyak kejadian culik kanak-kanak dan macam-macam kisah yang tak sedap yang hari-hari hinggap di telinga kita. 

Alkisahnya, Allah uji seorang ibu yang penyayang semalam. Sesi persekolahan anakanda berakhir jam 4.30 petang. Sekitar jam 5 petang saya terima Whatsapp dari En Suami Soleh. Ketika beliau dalam perjalanan untuk menjemput saya dari pejabat, beliau terjumpa dengan seorang anakanda soleh. Seusia dengan anakanda saya, 7 tahun umurnya. Baru 3 hari bersekolah. Berjalan seorang diri sambil mengalas beg besar di tengah jalan raya. Kira-kira 100++ meter daripada pagar sekolah. Kereta, bas, van lalu lalang mengelak ke kiri dan kanan daripada terlanggar anakanda soleh ini. 

En Suami Soleh berhentikan kenderaan dan tanyakan soalan, “Sayang nak pegi mana sayang?” Anakanda yang ini sangatlah baik, lurus dan berani. Beliau boleh tunjuk jalan balik ke rumah dengan betul walaupun agak jauh. Sayangnya bila sampai ke rumah, tiada siapa yang ada di rumah. Saya minta suami bawa semula anakanda soleh ini ke bilik guru di sekolah.

Saya di pejabat sibuk dapatkan nombor guru kelas anakanda soleh ini daripada guru kelas anakanda Mutawalli. Maklumkan pada guru kelas Mutawalli apa yang berlaku. Tak lama selepas itu saya terima satu panggilan. Ibunda anakanda soleh ini rupanya, suaranya cukup cemas dengan jelas sedang menangis. Saya yang menjawab rasa terketar-ketar, sejuk kaki dan tangan. Mengingatkan anak sendiri, saya rasa macam betul-betul berada dalam ‘kasut’ ibu ini. Iya, ibu mana yang tak risaukan anak. Ibu mana yang tidak sayangkan anak. 

Akhirnya anakanda soleh selamat sampai ke pangkuan ibunya yang penyayang. Rupa-rupanya ibundanya sudah pesan tunggu sampai jam 5 petang. Tapi anakanda soleh ini rasa lambat sangat-sangat. Jadi dia jalan sendiri nak balik ke rumahnya. 

Melihatkan persediaan yang telah dibuat, kami pun respek dengan keluarga ini. Nama dah diletakkan pada beg. Ibu yanng penyayang dah pesan tunggu di mana pada jam beraa. Nama ibu, ayah, nama kelas dan nama cikgu kelas anakanda soleh ini boleh ingat dengan baik. Dan lagi menakjubkan anak soleh ini boleh ingat dengan tepat jalan balik ke rumah walaupun sangat jauh untuk umurnya. Tapi betullah things happen. Pengajaran untuk kami ingat, kita tak akan pernah mampu menjaga anak-anak kita 24/7 meski pun kit aberhenti kerja untuk anak-anak. Semua Allah dah susun cantik ! 

Bila baca pengalaman ibu-ibu lain, rupa-rupanya kes seumpama ini bukanlah kes terpencil. Bila kanak-kanak panik, mereka boleh bertindak secara luar kawal. Tak salahkan anak kecil ni, baru 3 hari sekolah, masih fasa belajar berdikari dan menyesuaikan diri dengan sekolah. Tak tuding jari pada ibubapa/penjaga, memahami kekangan ibubapa yang bekerja di tengah bandar yang sentiasa jammed dan sangat tipis peluang dapat sampai ke sekolah ‘on-time’. Tak juga salahkan guru, guru pun ada mesyuarat dan kerja-kerja lain selepas tamat sesi persekolahan. Tak juga salahkan guard, laluan sangat sesak, nak jaga kanak-kanak lagi, nak jaga trafik lagi. Alhamdulillah Allah jaga anakanda soleh ini. Semoga Allah terus jaga anakanda soleh ini dah keluarga bahagia ini dan kita semua, Insya Allah

Untuk ibu-ibu yang ada anak baru masuk sekolah, anak pertama masuk sekolah khususnya. Saya kongsikan sedikit nasihat-nasihat yang saya kumpul dari kawan-kawan, keluarga, cikgu-cikgu dan orang yang lebih berusia. Sedikit tips-tips yang boleh diguna pakai untuk menempuh hari-hari awal persekolahan untuk anak-anak syurga :

1) TULIS NAMA ANAK – Tulis nama anak pada beg, kasut, pakaian dan semua kelengkapan tulis anak-anak. Bukan sahaja tak nak barang hilang, tertukar-tukar, tapi juga sebagai pengenalan jika sesuatu berlaku. 

2) LETAK MAKLUMAT IBUBAPA – Tulislah maklumat diri ibubapa, nama, no telefon, alamat rumah pada beg anak-anak. Alamat rumah bergantung pada kesesuaian, ada yang berpendapat ia merbahaya. Ada kawan saya nak bagi mudah letak je bussinesscard ibubapa. Untuk waktu-waktu terdesak maklumat ini sangat penting. Selepas kejadian semalam, baru saya sedar nombor telefon guru kelas juga penting.

3) HAFAL NOMBOR TELEFON IBUBAPA - Kenalkan anak-anak dengan nombor telefon ibu, ayah atau penjaga. Ajar mereka menulis nombor telefon itu berulang kali. Sebut juga berulang-ulang kali supaya mereka boleh mengingati nombor-nombor tersebut dan sekali-sekala uji pula ingatan mereka. Tapi sebelum tu nama ibu, ayah atau penjaga pun perlu untuk anak-anak hafal.

4) SIMPAN NOMBOR GURU KELAS – penting untuk ibubapa simpan nombor guru kelas. Zaman sekarang lagi mudah sebab sekolah dah ada group whatsapp kelas, telegram sekolah, fanpage sekolah dan saluran-saluran komunikasi yang lebih mudah untuk dihubungi.

5) INGAT JALAN PERGI/BALIK RUMAH - Galakkan anak-anak untuk selalu melihat keluar kenderaan sepanjang perjalanan pergi balik dari rumah ke taska/tadika/sekolah. Gambaran bangunan-bangunan, mercu tanda dan simbol jalan yang berulang kali dilihat secara tidak langsung akan terakam dalam minda mereka dan tersimpan sebagai memori kekal. Sesekali perlu uji minda anak-anak dengan memberi peluang kepada mereka untuk menjadi ‘co-pilot’ atau ‘tour-guide’. Minta bantuan mereka pula menjadi juru pandu arah ketika dalam perjalanan dari rumah ke taska/tadika/sekolah dan begitu juga sebaliknya. Latihan ini bagus untuk menguji ingatan samada mereka boleh tunjuk atau tidak jalan pergi/balik ke rumah. 

6) PANIC ACTION – Untuk kes-kes tertentu mungkin perlu dedahkan anak-anak dengan senjata kanak-kanak yang tidak kurang hebatnya adalah “jeritan” dan “gigitan”. Pastikan mereka hanya mengunakan 2 senjata ini dalam keadaan yang benar-benar terdesak jika mereka benar-benar memerlukan. Sesekali boleh buat demonstasi menjerit, tetapi pastikan dahulu tingkap kenderaan sudah tertutup rapat.

7) FUNGSI KECEMASAN KENDERAAN – Bagi kes dalam kenderaan, perlu untuk kenalkan anak-anak dengan fungsi hon kenderaan, sistem kunci kereta dan lain-lain. Buat demonstrasi cara-cara penggunaan hon kenderaan. Dan yang paling penting, ingatkan mereka untuk mengunakannya hanya ketika berdepan keadaan kecemasan.

8) AJARKAN DOA-DOA – anak-anak zaman sekarang dah semakin matured dan advanced. Selalunya kecil-kecil lagi dan menghafal surah-surah lazim dan doa-doa ringkas. Mudah-mudahan doa-doa ringkas yang diajar boleh membantu mereka di waktu-waktu yang mereka perlukan.

9) SELUAR – Ini tips tambahan untuk anak lelaki. Untuk minggu-minggu awal persekolahan dinasihatkan oleh cikgu-cikgu untuk ibubapa bekalkan anak-anak dengan seluar tambahan. Bukan apa bimbang anak kecil ini secara tak sengaja terbuang air. Rasa malu tu kadang-kadang boleh mengganggu emosi anak-anak. Hee. Lagi satu penting untuk ajar anak-anak lelaki ajar cari buka dan pakai tali pinggang, bimbang tak pandai buka sampai terkencing dalam seluar. Satu lagi perlu juga ajar untuk pakai seluar kecil di dalam. Ada kes kemalangan yang tak diduga, terzip kemaluan anak lelaki yang akhirnya perlu di bawa ke klinik. Simple tapi kena berwaspada, sebab ia boleh mengganggu ‘cuaca’ anak-anak syurga 

10) DOA IBUBAPA – seperti biasa, nasihat daripada mereka yang lebih berpengalaman, tinggalkan anak dalam doa. Serahkan anak-anak dalam jagaan Allah. Letak pergantungan pada Yang Maha Kuasa. Teringatkan anak doakan anak selalu. Sedekahkan fatihah dll. Perkara yang insya Allah saya yakin semua ibuayah sentiasa buat setiap masa. 

Ini yang termampu ditaip untuk masa ini. Simple tips tapi berdoa mudah-mudahan ada manafaatnya. Mungkin banyak point yang boleh ditambahbaik. Banyak perkara keselamatan perlu didedahkan dan diulang tayang dengan lebih awal kepada anak-anak kita.

KALAU KAWAN-KAWAN YANG LEBIH BERPENGALAMAN ADA TIPS SHARE LA YE. 

Perkara-perkara yang kami perlu alert dan mungkin terlepas pandang. Mudah-mudahan ada manafaat untuk ibu-ibu muda yang baru ada anak masuk darjah satu, macam saya. Terlalu banyak perkara baru yang saya belajar dari semua orang. Good thing is semalam Allah bagi kami peluang kenal dengan pasangan suami-isteri, ibubapa, guru-guru, pengurusan sekolah yang sangat supportive dan prihatin. Alhamdulillah. Lots more to learn. "

Semoga Allah melindungi kita semua daripada ujian yang tidak mampu kita hadapi. “Cukuplah Allah bagi (menolong) kami dan Dia sebaik-baik Pelindung” (Ali Imran 173).

Kredit FB  Nur Haslaily

- Mummy Ira -

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!