Tiga Tahap lLmu..

By Zahirah Dzahir - 1/08/2016 10:36:00 PG

Assalamualaikum..



Tiga tahap ilmu....

1. Barangsiapa yang sampai ke tahap pertama, dia akan menjadi seorang yang sombong.

Yang dimaksudkan dengan sombong bagi peringkat pertama di atas ialah dia merasakan bahawa kononnya dia sudah tahu banyak perkara.

- Merasakan dirinya mulia dan disanjung kerana ilmu yang dia ada.
- Timbul perasaan sombong dengan berani melabel orang lain apabila berbeza pendapat.
- Bahkan kadang2 akan memperlecehkan alim ulama yang lebih alim darinya. Padahal dirinyalah yang masih jahil dan masih banyak kekurangannya
- Kebanyakkan kita semua juga masih di peringkat ini.
- Suka melabel orang lain salah, hanya kita yang benar kerana hanya berlandaskan ilmu dan pengalaman kita.


Jangan terlalu lekas melabel. Teruskan belajar dan belajar supaya hikmah semakin menebal di dalam diri.

2. Barangsiapa yang sampai ke tingkatan kedua, dia akan menjadi seorang yang tawadhu`.

- Lebih suka merendah diri dengan ilmu mereka walaupun di dalam dada mereka sudah banyak ilmu dan pengalaman.
- Kerana ilmu dan pengalaman yang banyak itulah yang menyebabkan mereka faham tentang hakikat ilmu. Lalu mereka berasa tawadhu`(merandah diri)


3. Barangsiapa yang sampai ke tingkatan ketiga, dia akan merasakan bahawa dia tidak tahu apa-apa.

- Semakin tinggi ilmu mereka pelajari semakin kuat perasaan ingin menambah ilmu seolah-olah merasakan mereka masih tidak tahu apa-apa.
- Merasakan masih begitu banyak pintu dan jendela ilmu yang belum dipelajari kerana lautan 

ilmu itu luas tidak terhingga, Sampai-sampai seorang penyair berkata :

ما حوى العلم جميعا أحد
لا ، ولو مارسه ألف سنة

“Tak ada seorangpun yang dapat menguasai semua ilmu yang ada,

Tak akan bisa, meskipun ia mempelajarinya selama seribu tahun lamanya”.
 

(Miftahus Sa’adah, Ahmad bin Musthafa : 1/6).

sumber facebook 

- Mummy Ira -

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!