Mengapa Guru Pendidikan Khas perlu mengajar DUDUK?

By Zahirah Dzahir - 1/18/2016 10:50:00 PG

Assalamualaikum..


Khairul Anuar

Mungkin ada yang tidak tahu.

Mengapa guru Pendidikan Khas perlu mengajar DUDUK?


1. bagi murid yang tidak boleh/belum boleh/sedang belajar bercakap... mengajar duduk merupakan kedudukan terbaik kerana murid dapat melihat pergerakan mulut/ekspresi muka/ dan bagaimana sesuatu sebutan itu dikeluarkan agar dapat ditiru.
 
2. bagi murid yang bermasalah pendengaran/ ada baki pendengaran atau total lost pun... mengajar secara duduk akan memberikan impak yang sangat baik kerana mereka belajar bacaan bibir

 
3. bagi murid autism guru mengajar secara duduk akan memberi kesan keselesaan kepada mereka selain melihat apa yang guru sedang buat

 
4. bagi murid cacat penglihatan.. penting untuk guru duduk kerana arah datang suara guru akan dapat dikekalkan. ini penting bagi pelajar cacat penglihatan meneruskan konsistensi duduk mereka sendiri.

 
5. bagi pelajar hiperaktif/ ADHD kedudukan guru yang statik secara duduk akan memberikan mereka rasa 'keboringan' kerana kurang respon fizikal guru. Guru yang bertempiaran mengawal pelajar hyper adalah kurang disyorkan.

 
6. maklumat lanjut anda boleh hubungi saya (PM) untuk hadir kursus-kursus yang akan dibuat.

 
7. terima kasih.....


*sebab tu kebanyakan guru pendidikan khas mengajar secara DUDUK.... ada sebabnya dan bukan kes terpencil... muah3 dari cikgu khairul....


kredit Fb Khairul Anuar


  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!