Tema Bajet Kedah 2016 iaitu " Menjamin Kesinambungan Kemakmuran Rakyat"

By Zahirah Dzahir - 12/03/2015 05:51:00 PTG

Assalamualaikum..


Tema bajet Kedah 2016 iaitu " Menjamin Kesinambungan Kemakmuran Rakyat" akan menyaksikan corak perbelanjaan yang realistik dan berhemah. Peruntukan mengurus bagi tahun 2016 telah berkurangan sebanyak 2 peratus manakala pembangunan pula diturunkan sebanyak 6 peratus.

Bajet 2016 memberi tumpuan kepada keperluan perbelanjaan sebenar dan keupayaan menjana hasil negeri berdasarkan prestasi kutipan tahun-tahun sebelum.

Objektif Kerajaan Negeri bagi bajet 2016 ini dikekalkan seperti mana tahun-tahun sebelum ini dengan lebih memberi fokus terhadap:-

* Penyediaan Infrastruktur Bagi Meningkatkan Keselesaan Rakyat.
 


* Pembangunan Modal Insan, Sosial dan Agama.


* Kemakmuran Rakyat.


* Menggalak Pertumbuhan Ekonomi.


* Memperkukuh Tadbir Urus Kerajaan Negeri.


Bagi mencapai matlamat bajet, Kerajaan akan melaksanakan beberapa langkah iaitu:-

i. Memperkukuh kutipan hasil dan memperluas sumber hasil negeri,
ii. Merancang perbelanjaan optima,
iii. Mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan ke arah pencapaian sasaran.


Bajet 2016 adalah permulaan bagi Rancangan Malaysia Ke-11 yang merupakan RMK terakhir sebelum negara mencapai wawasan 2020 untuk menjadi sebuah negara yang maju. Cabaran getir yang dihadapi Kerajaan dalam menyediakan bajet kearah peningkatan pembangunan (developmental) adalah keterbatasan dana bagi mencapai hasrat negeri dalam usaha memakmurkan rakyat.

Bagi tahun 2016, Kerajaan Negeri tidak menyediakan peruntukan untuk projek-projek fizikal yang berskala besar, dan sebaliknya menumpukan kepada kerja-kerja menaiktaraf dan pemantapan prasarana awam sedia ada. 

Bagi melaksanakan projek berskala besar, Kerajaan Negeri akan memohon peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan. Kerajaan percaya dengan terjalinnya hubungan baik antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan, sumbangan ini akan disalurkan bagi membantu negeri Kedah mencapai wawasan 2020.

#KedahAmanMakmur #KedahSerataRata #HanyaDiKedah

sumber www.mukhrizmahathirfc.com

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!