Soalan:
Saya baharu sahaja melahirkan anak. Baru-baru ini kawan saya memberitahu bahawa
orang yang melahirkan anak diwajibkan mandi wiladah.
Jadi, bagaimana keadaan saya sekarang ini kerana saya tidak melaksanakan mandi
wiladah tersebut?
Jawapan:
Memang terdapat sedikit kekeliruan dalam soal mandi wiladah ini. Akibat
kekeliruan tersebut, maka terdapat ibu yang melahirkan anak ‘mandi wajib’ dua
kali iaitu mandi selepas melahirkan anak (wiladah) dan mandi sekali lagi
selepas berhentinya darah nifas.
Perlu difahami bahawa tujuan
‘mandi wajib’ adalah untuk membolehkan seseorang itu menunaikan solat setelah
berlakunya hadas besar. Oleh yang demikian sekiranya seseorang ibu yang
melahirkan anak (wiladah) itu mendapati tidak ada darah nifas yang keluar
selepas wiladah, maka baharulah diwajibkan untuk mandi bagi membolehkannya
menunaikan solat. Akan tetapi sekiranya selepas
melahirkan atau wiladah, terdapatnya darah nifas (iaitu darah yang datang
selepas melahirkan anak), maka ibu tersebut tidak diwajibkan mandi wiladah,
sebaliknya hendaklah menunggu sehingga kering darah nifas tersebut, baharulah
ia mandi wajib untuk membolehkannya menunaikan solat.
Mengikut pandangan para fuqaha’
sebagaimana yang telah dinukilkan dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji ‘Ala Mazhab
al-Imam al-Shafie, darah nifas yang paling sedikit adalah datang sekali sahaja,
manakala kadar maksima ialah sebanyak 60 hari. Namun, secara kebiasaannya,
darah nifas keluar selama 40 hari.
Zahirah Dzahir.
Part Time Mommy Blogger | Full Time Housewife | Blogger Utara | Blogger Kedah | Mommy Anak 3 termasuk Kembar | Wife Haris Fadilah .
For Collaboration | Advertorial | Review | Event dan sebagainya. Boleh hubungi ieradzahir@gmail.com
0 orang berborak di sini!