Checklist Barang Sebelum Bersalin: Bawa Apa Ke Hospital?

By Zahirah Dzahir - 12/10/2015 06:43:00 PTG

Assalamualaikum..

dari FB Reedyashop


Checklist Barang Sebelum Bersalin: Bawa Apa Ke Hospital?

Hopefully it would be helpful

Sebelum tu, barang yang paling penting sekali!
  • IC/ Kad pengenalan
  • Buku Merah @ Buku Rekod Check Up di Klinik KesihatanGuarantee Letter (GL) bagi penjawat awam
  • Handphone - memudahkan communication semasa di wad/labor
Keperluan Ibu Di Wad
1) Kain batik – 2 helai
2) Tuala – sehelai
3) Toiletries – berus gigi, ubat gigi, sabun mandi, shampoo. (Beli yang travel kit) Mudah dibawa.
4) Maternity pad – 12 pcs
5) Baju – Sepasang
Untuk dipakai sewaktu keluar wad. Nak balik rumah dah.

6) Tudung – Sehelai
Bawa tudung paling mudah dipakai dalam wad. Sebab kalau hospital kerajaan, memang duduk ramai-ramai. Orang lelaki keluar masuk.

7) Biskut atau roti – Kalau lapar, kita boleh makan terus. Tak perlu nak beli dah.
8) Air zamzam , kalau takda air suam pun ok. Kita perlukan banyak air. Sediakan di tepi katil.
9) Stokin dan baju sejuk – 1 pasang
10) Pakaian dalam – bawa utk 2 hari
11) Buku merah – Buku ni macam passport anda ye. Bawa ke mana-mana sahaja anda pergi. Nak ke hospital lagilah kena bawa.
12) Plastik besar – Untuk letak baju-baju kotor

Checklist Barang Ibu dan Bayi Sebelum Bersalin di Hospital


Keperluan Bayi Di Wad
1) Baju lengan pendek – 3 pasang
2) Baju lengan panjang – 1 helai
3) Kain lampin – 5 helai
4) Tuala – 1 helai
5) bedung reedyababy – 1 helai
6) Nappy – 10pcs
7) Mitten dan booties – 3 set

Keperluan Ibu ke Labour Room
1) Hanya bawa kandungan anda. Baju nanti akan ditukar nurse selepas bersalin. Pakai baju hospital ye. 

Keperluan Bayi ke Labour Room
1) bedung reedyababy
2) Baju lengan panjang – Labour room sejuk oooo…
3) Nappy – 1
4) Mitten and booties – 1 set

Share Itu Prihatin

Sila share artikel ini di media sosial, mungkin ada di antara kenalan anda yang memerlukan. Yakinlah, setiap satu manfaat yang dikongsi, ada balasannya bagi kita.

kredit FB  Reedyashop

- Mummy Ira -

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!