Benar @ Salah "Mencium Anak Ketika Tidur Menyebabkan Anak Degil!"

By Zahirah Dzahir - 12/28/2015 01:45:00 PTG

Assalamualaikum..

Sebelum ni ada Saya baca dalam facebook tentang hal ni..tapi tak tau betui ka tak info ni. Pada pendapat Saya nak cium anak ni bila2 masa pun boleh. Tidoq ka tak tidoq sama ja. Masa depa masih kecik ni, ada depan mata..cium puas2. Nanti bila dah besaq..ada sesetengah anak ni malu bila parent cium depa. So..cium je la nak cium anak2 tu..

Mohd Siddiq

Bismillah... Saya perlu menjawab "Mencium anak ketika tidur menyebabkan anak degil!". Ciumlah dah memang anak kita. Yang degil itu adalah benih mak bapak yang dah memang keturunan degil. 

Jangan gunakan riwayat yang tidak benar disangkutkan pada Nabi untuk mendapat hit post. Salah dan berdosa kita. Kesian Nabi Muhammad saw kerana baginda adalah manusia paling penyayang atas muka bumi. 

Fakta:

1. Secara Sains Biologi.
Apabila sentuhan kasih sayang termasuk ciuman ianya penawar dan melegakan saraf manusia. Jika luahan hati yang baik maka ianya mempengaruhi sistem deria untuk menerima perkara baik.


2. Secara Energi Gelombang
Apabila manusia mencium anaknya tidak kisah waktu tidur atau tidak, maka gandaan gelombang kasih sayang dipancarkan balik kepada orang yang menerima. Apatah lagi wave dipancarkan ibu/bapa pada anaknya.


3. Secara Amalan Kehidupan (Adab)
Ibubapa yang suka cium anaknya tidak kiralah waktu mana ianya adalah Anugerah tertinggi. Kehidupan menjadi baik dan anak anak dihargai. Timbul respect anak pada ibubapanya. Jika nak marah sekalipun, jika dicium anak yang nakal maka menangislah mereka akan kesilapan mereka. Kesan mendalam membentuk jiwa yang baik pada anak anak.


Saya boleh ulas 100 bidang lagi hal kemanusiaan dan simetri energi kehidupan. Tetapi amat sedih ramai share hal tidak ada faedah langsung dan berfikir secara halus dalam kemajuan ketamadunan diri.

kredit fb Mohd Siddiq

- Mummy Ira -

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!