Tips Bagi Mengelakkan Diri Daripada Menjadi Mangsa Jenayah Siber.

By Zahirah Dzahir - 11/06/2015 10:40:00 PG

Assalamualaikum..

Cyber Crime Alert!!!

Tips Bagi Mengelakkan Diri Daripada Menjadi Mangsa Jenayah Siber.


1- Jangan respon pada e-mel yang mencurigakan dari pihak yang tidak dikenali.
 
2- Jangan dedahkan maklumat peribadi, akaun bank atau kad kredit kepada pihak yang tidak dikenali.

3 - Elakkan dari membuat transaksi pindahan wang semasa mengakses wi-fi percuma.
 
4- Semak kredibiliti peniaga atas talian (online) sebelum membuat pembelian atas talian.
 
5- Elakkan daripada menggunakan fungsi ‘Remember Password’.
 
6- Sentiasa ingat untuk daftar keluar dari mana – mana akaun media sosial.
 
7- Tidak terlalu mempamer perihal peribadi di dalam media sosial. Contoh: gambar peribadi, alamat rumah atau nombor telefon.
 
8- Elakkan dari berhubung dengan orang yang tidak dikenali melalui laman sosial agar tidak menjadi mangsa penipuan cinta internet.
 
9- Pastikan anda daftar masuk ke URL yang betul (maybank2u,cimbclicks). Pastikan URL adalah ‘https…’ dan jangan daftar masuk mengunakan pautan emel.
 
10- Jangan terpedaya dengan pelaburan di internet.
 
JANGAN JADI MANGSA JENAYAH SIBER!!!!


- Mummy Ira -

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!