#MatchForChildren: David dan Brooklyn Beckham Beraksi Dalam Perlawanan Amal Bola Sepak

By Zahirah Dzahir - 11/15/2015 11:20:00 PG

Assalamualaikum..

Match for Children merupakan satu perlawanan amal bola sepak yang dianjurkan oleh David Beckham sempena ulang tahun ke-10 sebagai duta untuk Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

Ia menyaksikan perlawanan antara  pasukan The Great Britain dan Ireland melawan Pasukan Pilihan Dunia di stadium Old Trafford,  Manchester semalam.

Dianggarkan lebih 75,000 peminat berhimpun di Old Trafford hanya untuk menonton lagenda Manchester United dan England itu beraksi di padang bersama pemain-pemain terkenal yang lain.

Antaranya ialah Ryan Giggs, Michael Owen, Paul Scholes, Ronaldinho dan Dwight Yorke.

Dalam perlawanan itu, David bergandingan dengan anak sulungnya Brooklyn, 16.

Pasukan Great Britain dan Ireland diketuai oleh Beckham di bawah kendalian bekas Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson.

Manakala, pasukan Dunia dikendali oleh bekas pengerusi Chelsea, Real Madrid dan AC Milan, Carlo Ancelotti.

Pasukan Great Britan dan Ireland berjaya menewaskan pasukan Dunia dengan 3-1.  

xxx 

 


Brooklyn Beckham vs Rest of the World XI | UNICEF Charity Match 14.11.2015 HD (English Commentary)
kredit - Football Moments 24/7

sumber google & youtube

- Mummy Ira -

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!