Koleksi Kenangan Penghalau Hantu ED dan Lorraine Warren

By Zahirah Dzahir - 11/10/2015 06:09:00 PTG

Assalamualaikum...


Menghalau hantu memang kerjaya yang pelik dan menakutkan. Tetapi itulah yang dilakukan pasangan suami isteri Ed dan Lorraine Warren sejak awal 1950-an.

Lebih menarik lagi, kisah mereka yang terkenal seperti kes Amityville pada 1976 dijadikan filem dan yang terbaru, The Conjuring dan Annabelle. 

Filem The Conjuring dan Annabelle mengisahkan mengenai anak patung Raggedy Anne yang dinamakan Annabelle dan patung asal itu kini antara koleksi yang masih dalam simpanan Lorraine di rumahnya di Monroe, Connecticut, Amerika Syarikat bersama ribuan barangan lain.

Koleksi mereka boleh dianggap sebagai muzium ilmu ghaib terbesar di dunia.
Pasangan itu berkata, kaedah menghalau hantu yang mereka amalkan bukan sekadar berdasarkan amalan dan kepercayaan agama, tetapi juga bersandarkan sains.

Mereka mengasaskan Persatuan Kajian Psikik New England pada 1952 dan mendakwa berjaya menyelesaikan lebih 10,000 kes sejak 60 tahun lalu. 

Laman Facebook mereka turut mendedahkan sedikit sebanyak cara mereka bekerja.
Ed pernah berkata: “Tak perlulah cuba menipu kami bahawa rumah kamu berhantu. Saya berupaya merasakannya jika benar.” katanya.

Ed meninggal dunia pada 2006, tetapi Lorraine yang kini berusia 80-an masih bekerja menghalau hantu.

Rumah pasangan itu mempunyai pelbagai kenangan pelik, menarik dan menggerunkan.
Antaranya cermin yang kononnya digunakan untuk menyeru makhluk ghaib, organ yang bermain dengan sendirinya serta batu nisan kanak-kanak yang digunakan untuk upacara pemujaan.

Pelbagai topeng, peralatan voodoo dan barangan dari Afrika serta Mesir juga boleh dilihat di situ.

Peralatan vodoo dan topeng

LORRAINE menunjukkan patung Annabelle yang asal.
  
PASANGAN Warren mendakwa banyak barangan di dalam
 koleksi mereka berhantu.
Kediaman pasangan Warren
                                                        ED dan Lorraine Warren
 sumber harian metro

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!