Viral/Trending - 'Sorry Saya Tegur Sebab Saya Tak Boleh Tengok'

By Zahirah Dzahir - 10/05/2015 03:48:00 PTG

Assalamualaikum..

Saya ada baca post ni dalam facebook..memang dah jadi viral.  Apa yang Saya boleh kata..buat si suami kena la ada tanggungjawab..dah si isteri yang buat semua takkan si suami nak goyang kaki ja.Tak kira la masa mana pun..kat rumah ka kat luar ka. Takkan nak harap si isteri ja..


SEORANG wanita menjadi saksi kepada seorang lelaki yang didakwanya tidak bertimbang rasa dalam memberi layanan terhadap isterinya ketika berada di kedai makan di Kuala Lumpur, kelmarin.

Melalui perkongsian di Facebook, wanita berkenaan berkongsi bagaimana dia melihat seorang isteri sibuk menguruskan makanan untuk suami dan anak-anaknya namun kemudian dia dimarahi.

"Si isteri bahagikan makanan untuk anak-ank yang lebih kurang 6 tahun dan 4 tahun dan ada 'baby' mungkin dalam 7 bulan dalam 'stroller'," tulisnya.

Katanya, ketika wanita tersebut mahu menikmati makanan, anak kecilnya pula menangis.

"Si isteri pun ambil dan dukung sambil makan. Hubby (suami) dah selesai makan, bukan nak tolong pegang anak dan monitor anak tapi sebaliknya ambil telefon dan mengadap telefon. Isteri terkial-kial makan," tulisnya lagi.

Kesibukan wanita tersebut menyebabkan dia lambat menikmati makanannya sendiri, membuatkan lelaki tersebut marah.

"Apahal terkial-kial makan? Lembablah awak ni," kata lelaki tersebut yang bermain telefon bimbit dan tidak membantu menjaga anak kecil.

Melihat tindakan lelaki itu, wanita berkenaan kemudian bertindak menegur lelaki terbabit.

"Encik kalau you nak wife you makan cepat you tolonglah dia pegang baby tu. Tolonglah tengokkan anak-anak yang makan berterabur ni, so cepatlah dia boleh makan. Bertimbang rasalah. Sorry saya tegur sebab saya tak boleh tengok." katanya kepada lelaki tersebut.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian hampir 13,000 pelayar yang majoritinya menyokong tindakan saksi menegur pasangan terbabit.

"Adakala perlu juga teguran atau nasihat walaupun 'sentap'.... semoga masih ada rahmat untuk keluarga mereka, juga keluarga kita, amin.....," tulisnya lagi.


- sinarharian-

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!