Tips Awet Muda Pikat Encik Abang Sayang

By Zahirah Dzahir - 10/27/2015 03:21:00 PTG

Assalamualaikum..

20 petua awet muda pikat suami


Wanita kalau anda nak kekal awet muda dan ketepikan penyakit yang melemahkan sistem badan anda hanya perlu jaga beberapa amalan pemakanan. Paling penting anda cuba jaga 20 rahsia nenek moyang kali ini, serius bukan saja kulit wajah sihat tetap tubuh badan juga tidak mudah lemau. Jom semak...


1. Kerap mengambil makan tengah malam boleh meningkatkan peluang kanser perut.

2. Jangan mengambil lebih daripada 4 biji telur seminggu.

3. Makan punggung ayam boleh menyebabkan kanser perut.

4. Jangan mengambil buah-buahan selepas makan. Sepatutnya diambil sebelum makan.

5. Jangan ambil teh ketika tempoh haid.

6. Kurangkan pengambilan susu soya, tiada gula tambahan atau telur ke dalam susu soya.
7. Jangan makan tomato dengan perut kosong.

8. Minum segelas air kosong setiap pagi sebelum makan untuk mengelakkan hempedu batu karang.

9. Tidak makan 3 jam sebelum waktu tidur.

10. Kurangkan minum teh tarik, tiada nutrisi tetapi boleh menyebabkan diabetes dan tekanan darah tinggi.

11. Jangan makan roti bakar ketika masih panas dari ketuhar atau pembakar roti.

12. Jangan cas telefon bimbit atau sebarang peranti bersebelahan anda ketika tidur.

13. Minum 10 gelas air sehari untuk mencegah kanser pundi kencing.

14. Minum air lebih banyak pada waktu siang dan kurang pada waktu malam.

15. Jangan minum lebih daripada 2 cawan kopi sehari, boleh menyebabkan insomnia dan gastrik.

16. Kurangkan makan makanan yang berminyak. Ini mengambil masa 5-7 jam untuk dicerna, menjadikan anda letih.

17. Selepas 5 petang, kurangkan makan.

18. Pilih makanan yang menbuatkan anda segar macam ikan laut dalam, pisang, limau gedang, roti mil penuh, bayam, bawang putih, labu, susu rendah lemak, ayam, ceri.

19. Tidur kurang daripada 8 jam sehari boleh merosakkan fungsi otak. Tidur sebentar pada waktu tengahari (qailulah) boleh mengekalkan rupa muda.

20. Ubi keledek kuning dan ungu mempunyai zat yang baik untuk mencegah kanser.

sumber mingguan wanita 

- Mummy Ira -

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!