Tiada Kes Demam Kepialu Dilaporkan Dari Negeri Lain / Langkah Langkah Pencegahan

By Zahirah Dzahir - 10/25/2015 09:34:00 PG

Assalamualaikum..

PUTRAJAYA – Tiada kes demam kepialu (tifoid) baharu dilaporkan dari negeri lain yang mempunyai sejarah makan di Kuala Lumpur, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata sebelum ini satu kes masing-masing dilaporkan di Kelantan dan Kedah yang pesakit bekerja di Kuala Lumpur dan jatuh sakit semasa bercuti di kampung halaman.

“Walaupun tiada kes demam kepialu dilaporkan dari negeri lain yang mempunyai sejarah makan di kawasan terlibat (Kuala Lumpur) namun, pemantauan kes di negeri lain masih diteruskan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehingga 2 petang semalam, Dr Noor Hisham berkata empat kes baharu dilaporkan iaitu tiga kes di Kuala Lumpur dan satu lagi kes di Selangor dan menjadikan jumlah keseluruhan sejak Ogos lalu 52 kes (37 kes di Kuala Lumpur dan 15 kes Selangor)

Sehingga hari ini, katanya sembilan kes masih dirawat di beberapa hospital iaitu lima kes di Kuala Lumpur, Selangor (dua), Kelatan (satu) dan Kedah (satu).

“Kesemua kes berada dalam keadaan stabil dan tiada kematian dilaporkan,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata semenjak demam kepialu dilaporkan pada Ogos lalu, 304 premis makanan diperiksa dan 31 ditutup kerana didapati tidak bersih manakala 16 notis kompaun di bawah Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dikeluarkan kepada pemilik premis makanan.
Beliau berkata 1,394 pengendali makanan diperiksa dan diambil sampel klinikal dan sedang menunggu keputusan ujian makmal lanjutan.

Dr Noor Hisham menegaskan semua pengendali makanan wajib mendapatkan suntikan vaksin tifoid dan menjalani Latihan Pengendali Makanan di Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang diiktiraf kementerian.

“Ia merupakan satu keperluan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan pengusaha premis makanan yang gagal memastikan pengendali makanan yang bekerja di premis mereka mendapatkan suntikan vaksin tifoid, akan dikompaun di bawah Akta Makanan 1983.

“Pengedali makanan diingatkan agar sentiasa mengamalkan kebersihan diri yang baik termasuk mencuci tangan dengan betul serta pengendalian makanan secara selamat dan bersih,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan bersama Pihak Berkuasa Tempatan sedang mempergiat aktiviti penguatkuasaan terhadap kebersihan premis makanan bagi memastikan keselamatan makanan yang dijual.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa memilih premis makanan yang bersih dan mengutamakan makanan yang panas dan baru dimasak.

Maklumat berkaitan demam kepialu serta langkah pencegahannya boleh diperoleh daripada laman sesawang myHealth.gov.my dan www.infosihat.gov.my.- BERNAMA

Langkah-langkah pencegahan yang wajar diambil untuk mengelak daripada penyakit demam kepialu.



- Mummy Ira -

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!