Sekolah Diarahkan Tutup 2 Hari Mula Isnin - Selasa ( 5& 6 Oktober 2015 )

By Zahirah Dzahir - 10/04/2015 10:44:00 PG

Assalamualaikum..
 
Akibat dari keadaan jerebu yang teruk..Sekolah di seluruh Malaysia kecuali di beberapa negeri diarah tutup selama dua hari dari 5 hingga 6 Oktober 2015 akibat masalah jerebu.

Menteri Pendidikan itu juga turut mengumumkan, sekolah terbabit tidak perlu menggantikan sesi persekolahan akibat penutupan itu.

Ikutkan sekolah petang Haziq Muqri ada KAFA..mula la cuti jugak. Besok ada exam UPKK tapi ditunda ke minggu depan. Haziq Muqri bagitau, pelajar pakat besorak gembira la bila pihak sekolah umum cuti sekolah selama 2 hari. Memang seronok la tapi ada juga sesetengah parent yg bekerja ni pening kepala..sebabnya dok nak kena pikir nak tinggai kat sapa la bila parent tu pegi keja. Kalau yg mmg dok ngan tok ka sedara ka neseri ka..ok la..kalau tak jenuh memikir jugak la parent tu.


Kalau boleh tu..

1. Kurangkan sebarang aktiviti luar
2. Kurangkan atau seboleh-bolehnya tidak merokok
3. Banyakkan minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Air kelapa juga membantu untuk mengurangkan kesan jerebu.
4. Sentiasa membasuh tangan setelah selesai melakukan sebarang aktiviti terutamanya aktiviti luar
5. Gunakan topeng pernafasan
6. Sentiasa pastikan persekitaran dalam rumah adalah bersih
7. Dapatkan khidmat nasihat perubatan dengan segera sekiranya sakit berlarutan

sumber facebook

- Mummy Ira -

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!