Riuh Anak-Anak Dengan Aktiviti Menagkul Ikan

By Zahirah Dzahir - 10/24/2015 09:10:00 PG

Assalamualaikum..


Sekali sekala memang seronok kalau balik kampung ni..tambah pulak kalau musim orang pakat dok tangkap ikan..lagi meriah. Macam anak2 Saya ni anak bandar..bila dapat peluang camni memang seronok abes. Boleh join dengan kezen depa..lagi seronok..riuh jadinya. Kat kampung, nak masuk ke kawasan rumah mak sedara Saya ada la sungai kecik..so kat situ jugak depa pasang tangkul ikan. Selalunya dekat dengan tali air yang digunakan untuk mengairi sawah. Kadang2 musim hujan di mana air akan naik dan memenuhi tali air. Banyak ikan yang boleh dapat. Selalunya ikan puyu, sepat dan haruan.

Yang anak2 Saya pulak tak sabaq nak pi tarik. Setengah jam sekali pi tarik. Kalau ada tu pakat dok berebut pulak nak angkat ikan tu. Nak pegang dengan tangan..tak la..memasing takut. So guna cam kayu jaring tu dengan pertolongan kezen depa Daniel yang berani pegang ikan darat. 

Rasanya ada macam2 bentuk tangkul ikan ni..cam yg ni, kami kena tarik tali tangkul tu naik dan tali tu sangkut kat kayu yg disediakan. Nak tengok ikan masuk dak dalam tangkul tu. Tapi kali ni ikan tak banyak. Selalunya kalau dapat tu..hasilnya memang puaih hati..banyak.  Kalau banyak sangat tu, ada yg jual ada jugak yg dibuat perkasam.

ni tangkul ikannya..nampak macam biasa ja..tapi nak tarik tali tu susah jugak..

haziq dengan kezen daniel 
get ready dah pegang ( org panggei apa ntah benda ni )

hasil tangkapan..kadang2 banyak..kadang2 sikit..kumpul dulu..


aksi haziq n daniel tarik tangkul ikan tapi tak dapat pun ikan..sekoq ja dapat..

- Mummy Ira -

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!