Perkembangan Terkini Baby Uwais.

By Zahirah Dzahir - 10/26/2015 02:03:00 PTG

Assalamualaikum..

*Perkembangan terkini Baby Uwais. Saya share dari fb abi Uwais Sayuti Wan Chik

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt buat semua yang sayangkan Uwais

Maaf atas kelewatan update terkini tentang Uwais.

Tengah hari ini kadar SPo2 (Oksigen) Uwais menurun ke paras +- 65 secara tiba-tiba ketika Ummi Uwais masuk ziarah terlebih dahulu.
Allahuakbar...bagaikan jantung Abi yang berhenti seketika bila mana mengetahui hal ini tadi.
Malah ketika Abi masuk tadi SPo2 Uwais juga menurun yang menyebabkan nurse Uwais terpaksa mengepam oksigen secara manual untuk naikkan kembali SPo2 Uwais.


Paras standard adalah 100, tetapi bagi Uwais sekiranya paras SPo2 sekitar 80-90 itu sudah baik menurut doktor berikutan keadaan dimana darah dalam jantung Uwais masih bercampur sebenarnya yang memerlukan Uwais jalani pembedahan bagi fasa kedua nanti.
3 pembedahan awal Uwais sudah jalani pada 15-17/10 ( 3hari berturut-turut) adalah Fasa Pertama. 

Walaupun pembedahan saluran jantung Uwais telah selesai dan tiada masalah berkenaan fungsi jantung selepas pembedahan, Uwais masih belum stabil sepenuhnya berikutan jangkitan kuman diparu-paru. Itulah yang paling merisaukan Abi sebenarnya.

Kita merancang dan Allah juga punya perancangan yang lebih baik. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al Ankabut yang bermaksud ;
Al-`Ankabūt:2 - Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
Redha, sabar, usaha & tawakkal insyaAllah

"Hati mana yang tidak gelisah
Jiwa mana yang bisa tenang
Anakanda kini sedang berjuang
Demi kelangsungan hidup yang mendatang"


Doakan Uwais cepat sihat, kuat dan sembuh seperti kita semua insyaAllah.
JazakAllah tabarakAllah buat semua yang telah, sedang dan akan terus memberikan segala bentuk bantuan, sokongan, doa dan segalanya buat Uwais.

Saya sekeluarga mendoakan Allah memberikan kebaikan, rezeki, kesihatan, rahmat dan barokah buat anda semua.


“Allahumma yassir wala tu’assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin.”
“Ya Allah Permudahkanlah Jangan Dipersulitankan dan Kau akhirkanlah dgn Kebaikan.”

"Menulis bukan kerana nama
Hanya cerita tentang rasa"


Abi Iman Furqan Uwais
26102015
13 Muharram 1437
1624

 

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!