Masalah Akibat Dari Peranakan Jatuh

By Zahirah Dzahir - 10/07/2015 05:08:00 PTG

Assalamualaikum..


Masalah peranakan jatuh boleh dikasifikasikan kepada tiga peringkat bergantung kepada kedudukan rahim seseorang wanita itu. Tahap yang pertama ialah apabila rahim turun daripada kedudukan asal tetapi masih berada di dalam lubang faraj. Tahap kedua pula ialah apabila sebahagian rahim sudah keluar dari lubang faraj. Manakala tahap ketiga dikenalpasti apabila seluruh rahim berada di luar faraj.

Masalah ini selalunya dialami oleh wanita yang sudah melahirkan anak terutama mereka yang bersaiz besar atau melahirkan anak menggunakan forceps ataupun vacuum. Walau bagaimanapun, adakalanya wanita yang mempunyai anak pun boleh mengalaminya. Berikut adalah kesan yang dialami wanita apabila peranakan jatuh:
  • Gangguan kencing
Ramai wanita yang mengalami prolapse atau peranakan jatuh akan berhadapan dengan masalah kencing sama ada sukar untuk kencing atau terlalu kerap kencing. Akan tetapi yang paling ketara ialah mereka sukar mengawal kencing terutamanya ketika batuk, bersin ataupun melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan tekanan dalam perut meningkat seperti ketawa.
  • Gangguan hubungan kelamin
Disebabkan berlakunya kelonggaran pada faraj terutamanya pada otot yang memegang faraj maka kekuatan mengemut ketika mengadakan hubungan kelamin akan berkurangan akibat kenikmatan melakukan hubungan seksual akan terganggu.
  • Sakit pinggang dan tidak selesa
Peranakan jatuh akan menyebabkan seseorang wanita itu rasa tidak selesa kerana ada sesuatu iaitu rahim terkeluar daripada farajnya. Keadaan ini lebih dirasai jika dia banyak berjalan atau berdiri. Oleh kerana peranakan yang jatuh itu menarik otot-otot sekitarnya, sering kali urat-urat pada bahagian pinggang juga akan tertarik lalu menyebabkan penghidapnya sakit pinggang.
  • Gangguan kesihatan
Jika peranakan jatuh yang dialami itu teruk iaitu apabila keseluruhan rahim terkeluar, selalunya pintu rahim akan bergesel pada seluar dalam lalu menyebabkan luka. Luka ini biasanya akan dijangkiti kuman yang menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak.

Sememangnya proses kehamilan dan kelahiran memang melemahkan dan melonggarkan tisu-tisu dalam badan khususnya tisu ligament dan otot yang memegang faraj dan rahim. Hal ini tidak dapat dielakkan tetapi pemulihan boleh dicapai walaupun tidak seratus-peratus. Yang pentingnya wanita perlulah mengamalkan latihan untuk menguatkan otot-otot di sekeliling faraj dan lantai punggung. Senaman berkala sewaktu hamil dan selepas kelahiran sangat penting untuk mencegah peranakan jatuh.

sumber mingguan wanita

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!