Aksi Selfie Yang Pelik

By Zahirah Dzahir - 11/10/2015 10:22:00 PG

Assalamualaikum..


Trend mengambil gambar selfie memang sudah menjadi kebiasaan pengguna telefon pintar yang aktif bermedia sosial terutama anak muda. Ada sahaja gambar selfie yang hendak diambil dan dikongsikan di Instagram, Facebook dan sebagainya dari semasa ke semasa.

Ke mana-mana sahaja hingga ke tandas pun mahu mengambil gambar selfie malah di dalam tandas sekalipun. Sibuk berkongsi gambar selfie, mungkin kita tidak sedar kita membuatkan rakan dan orang lain naik jelik dengan kita kerana gambar itu apatah lagi seperti menunjuk dan mahukan ‘likes’.


Bergambar sendiri jangan sampai menjengkelkan orang lain



Selfie berpura tidur
Bergambar atas katil menunjukkan muka bangun tidur pernah menjadi unik, namun kini tidak lagi kerana bukan semua orang hendak tengok muka ‘masam’ yang konon cantik dan semula jadi itu. Namun apa yang lagi teruk adalah selfie atas katil menutup mata seperti sedang tidur walhal kita sebenarnya masih berjaga dan mengambil gambar itu sendiri menggunakan tangan dengan mata tertutup. 

Walau mata tertutup kononnya sedang tidur, namun tangan yang terjungkit itu nampak sangat tangan yang sedang mengambil gambar.

Selfie gunakan kanak-kanak
Memang kanak-kanak banyak yang comel, tapi tidak perlu rasanya menggunakan mereka untuk berselfie dan mintak ‘likes’. Kadang-kadang ada pula yang berselfie sebelah kanak-kanak, tapi sendiri yang buat muka comel kononnya sama comel dengan kanak-kanak itu. Ya, kanak-kanak itu memang comel, apa kata ambil dan muat naik gambar dia sahaja tanpa kita sekali buat comel di sebelahnya tentu orang tak jelik melihatnya.

Selfie muncung itik
Gambar selfie jenis ini memang dari dulu lagi ramai setuju ia menjelikkan. Mulut dimuncungkan untuk nampak kurus dan efek muka runcing, namun nampak seperti muncing itik atau kekejangan mulut . Pelaku yang kebanyakannya gadis nampak seperti terlalu mencuba hendak jadi cantik dalam gambar diambil sendiri walhal muka menjadi jelik. Tambah teruk lagi kini lelaki pun tidak segan silu bergambar gaya ini. Makin jelik dibuatnya.

Selfie di gim
Pergi ke gim memang sihat untuk badan. Bentuk tubuh yang ‘fit’ pula memang bagus untuk keyakinan diri sendiri, namun tidak perlulah terlalu kerap menunjuk badan di laman sosial. Pelaku selalunya memang sering melihat diri sendiri pada cermin, namun itu tidak mencukupi gamaknya. Ada sahaja gambar badan hendak ‘ditayangkan’ yang seolah-olah menunjuk dan menyuruh orang turut mengagumi badan mereka. Lama-lama nampak seperti obses dengan diri sendiri pula.

Selfie latar belakang jelik
Sekarang ini mengambil gambar keseluruhan badan memang menjadi kebiasan selain gambar muka. Namun mengambil gambar keseluruhan badan selalunya akan menampakkan latar belakang di mana kita berada. Latar belakang yang kotor dan bersepah sememangnya menjelikkan. Tidak kiralah jika kita secantik atau sekacak mana pun jika latar belakang seperti bilik atau rumah dalam gambar kotor dan bersepah memang tidak senang handak melihat gambar itu. Memang menjelikkan dibuatnya apatah lagi ia menunjukkan tahap kebersihan kita.

kredit Basyar Mustapha ( Harian Metro)

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!