14 Bonus Wanita Yang Tak Suka Pakai Makeup
By Zahirah Dzahir - 10/27/2015 03:30:00 PTG
Assalamualaikum..
sumber google
Jarang wanita tak suka bermain dengan alat solek. Tambah
pula kalau tengok kulit wajah semakin bermasalah dan kusam. Sebenarnya seronok
juga guna alat solek, tengok wajah sendiri berubah jadi lain.
Tapi tahukah anda banyak kelebihan orang yang tak bersolek.
Artikel ini kongsi 14 bonus bagi anda yang tak suka sapu makeup di wajah, jom
semak!
1. Jimat duit
Sudah tentulah anda boleh berjimat. Bukan murah nak beli
alat makeup, lagi pula kalau nak cari yang sesuai dengan kulit wajah. Harus
pakai duit lebih. Anggaran untuk sebulan bahagian bibir saja pun dah beratus. Jadi
mana yang tak bersolek, confirm boleh menabung lebih!
2. Kulit lebih sihat
Kulit boleh elak daripada masalah jerawat atau jeragat. Alat
makeup pun ada yang mempunyai bahan kimia, jadi jika kulit tidak ditutup dengan
bahan solekan, kulit boleh bernafas bebas, bukan?
3. Lebih yakin dengan natural beauty
Wanita selalu guna makeup sebab nak naikkan seri dan mungkin
atau tutup noda dan pori-pori, Kalau dah terbiasa tidak menggunakan makeup,
anda rasa alat solek bukan keperluan.
4. Tak kotorkan baju
Sakit hati juga kalau tetiba makeup terkena baju. Nak kena
cuci pun ada caranya. Tapi kalau tak guna makeup, tak payah nak fikir masalah
ini.
5.
Boleh terus tidur
Tidur anda akan lebih
nyenyak saat tak menggunakan makeup. Yelah, anda tak perlu fikir tentang
masalah jerawat atau noda hitam yang akan timbul.
6.
Solat tanpa perlu cuci muka
Nak solat pun senang,
tak perlu nak cuci wajah dulu. Wajah tanpa makeup akan lebih mudah dibersihkan
daripada menggunakan makeup. Ambil air wudhuk pun lebih sempurna tanpa was-was.
Dan untung juga waktu anda tidak akan banyak terbuang hanya untuk membersihkan
wajah.
7.
Peluh bukan satu masalah
Cuaca panas dan anda
pula berpeluh? Masa ni tak perlu nak risau makeup tu cair. Bebas makeup, bebas
masalah!
8. Gosok mata sesuka hati
Wanita selalu lupa menggosok mata mereka kerana mengantuk
atau gatal, tahu-tahu eyeliner dah comot. Tapi kalau anda tak menggunakan
makeup anda boleh menggosok mata tanpa sebarang masalah.
9. Terus masuk bilik tidur
Kadang dah balik lewat dan penat, anda tak perlu bimbang
jika tertidur dengan makeup di wajah.
10. Mata tak sakit
Tidak ada lagi kes tercucuk biji mata saat menggunakan
maskara atau eyeliner. Eh, pernah terjadi tau!
11. Tak payah tahan kalau nak menagis
Bila-bila masa saja anda boleh menangis, tak perlu nak risau
wajah anda bertukar jadi macam badut jika solekan anda bukan kalis air.
12. Gigi bersih tanpa gincu
Boleh gelak sesuka hati dan tak payah fikir adakah gincu
tersapu di gigi. Kita mana tahu, kadang dah sedar bila tengok cermin.
13.
Tona kulit serata
Warna kulit wajah
anda akan selalu sesuai dengan kulit tubuh, kerana anda tak pakai bedak asas
yang salah.
14.
Rasa yakin dan tidak malu
Anda akan lebih yakin
dengan anugerah yang Allah berikan. Rasa selesa dan senang untuk ke mana.
Bersiap pun tidak makan masa, tidaklah pasangan mengeluh! Dan paling untung
lelaki akan nampak kecantikan sebenar anda.
sumber mingguan wanita
* Ada yg suka pakai make up ada tak suka..Tak semua orang sama. Make up ka tak make up ka..ikut atas keselesaan diri memasing..ye dakk..
- Mommy Ira -
1 orang berborak di sini!
kanz?.. i tengok mood dan tempat..baru makeup.. bukan apa dah lumrah wanita kadang-kala ingin kelihatan cantik dengan makeup.. kadang kala lebih suka tanpa makeup lansung..
BalasPadamsuka tengok fazura.. kadang-kadang makeup , kadang-kadang lansung tanpa makeup...