Sabtu, 31 Oktober 2015

VAPE Melalui Pandangan Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Assalamualaikum..


Status ni saya share dari fb JAKIM. Jom baca..


Namun, bagi mereka yang TIDAK PERNAH MEROKOK dan bukan perokok tegar khususnya, MAKA telah PASTI bahawa hukum mereka menggunakan Vape untuk bersuka-suka sahaja atau kononnya mengikut trend adalah HARAM dari sudut hukum Syara'. -Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
 
Menggunakan vape bagi PEROKOK TEGAR dengan niat sebagai suatu ikhtiyar berhenti merokok, masih boleh diperbincangkan hukumnya. Tidak dinafikan ada yang MENGHARUSKAN namun dengan pelbagai SYARAT-SYARAT, antaranya :-

a. Mesti punyai plan tempoh sehingga dia mampu terus berhenti vaping juga akhirnya.
 

b. Jumlah nikotin yang digunakan mesti sentiasa menurun dari minggu ke minggu.
 

c. Tidak 'modify' alat vape & cecairnya sesuka hati, tidak juga menggunakan bahan tiruan kerana mudaratnya mungkin boleh menjadi lebih besar.
 

d. Tidak bermain asap vape di tempat awam dan menghembusnya kepada orang sekeliling atau menghalang sesuatu fokus pemandangan yang penting seperti ketika memandu kereta dan sepertinya.
 

e. Memahami bahawa tiada kajian saintifik yang konkrit lagi bahawa vape kurang berbahaya berbanding rokok, justeru kekerapan menghisapnya mesti dikurangkan dari semasa ke semasa.
 

f. Membuktikan kepada diri & insan sekeliling bahawa penggunaan itu berjaya memulihkan beberapa mudarat sosial & kewangan berbanding merokok biasa. Sebagai contoh, hubungan keluarga semakin baik kerana bau yang tidak sebusuk rokok tembakau, kos bulanan untuk vape berkurangan berbanding kos dikeluarkan kerana merokok tembakau biasa, kebersihan mulut semakin baik dan banyak lagi. 

Hal ini penting untuk dinilai kerana asas kaedah Fiqh bagi yang sudah terjebak dan sangat sukar berhenti sertamerta yang boleh digunapakai adalah
"Melakukan sesuatu yang kurang mudaratnya (di antara dua mudarat) adalah dibenarkan" Iaitu sebagai suatu proses kepada pemberhentian terus merokok.


Namun, bagi mereka yang TIDAK PERNAH MEROKOK dan bukan perokok tegar khususnya, MAKA telah PASTI bahawa hukum mereka menggunakan Vape untuk bersuka-suka sahaja atau kononnya mengikut trend adalah HARAM dari sudut hukum Syara' disebabkan:-

a. Mudarat yang masih wujud padanya berdasarkan kajian-kajian saintifik sedia ada, khususnya pada kandungan nikotin, 

b. Keselamatan pada alat vape yang belum teruji sepenuhnya,


c. Mencerminkan budaya dan imej tidak sihat serta akhlak tidak terpuji berdasarkan uruf setempat.


d. Unsur mengganggu manusia lain dan persekitaran dengan asap dan bau masih wujud dalam penggunaan vape.


Apa yang pasti, menguji kesan baik dan buruk dari vape memerlukan kos tinggi dan waktu, selain itu mungkin juga terdapat lobi dari penguasaha rokok biasa untuk mengelirukan awam dan pihak berkuasa berkaitan vape kerana tentunya disedari sekiranya vape menguasai pasaran perokok, maka rokok tembakau bakal berkubur, justeru itu, syarikat rokok tembakau yang kaya raya & penyumbang cukai yang besar sebelum ini pastinya TIDAK BERDIAM diri serta melancarkan 'perang info' dan lobi terhadap kewujudan vape diketepikan. Justeru itu, penerimaan sebarang maklumat hatta hasil kajian saintifik masih perlukan "cross referencing" dan semakan agar hasil kajian adalah berintegriti dan sahih.

Wallahu 'alam

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

5 Langkah Atasi Hidung Berdarah

Assalamualaikum..

google



5 Langkah Atasi Hidung Berdarah
Oleh:Web Rapi

Jangan takut! Jangan cemas! Setiap masalah ada penyelesaiannya. Setiap penyakit itu ada rawatannya! Cuma, kesedaran awal tentang pencegahan gejala hidung berdarah perlu didedahkan supaya masalah ini dapat dihindari. Kadang-kadang perkara remeh pun boleh buat hidung berdarah.

Ikuti tip-tip ini untuk mengelakkan pendarahan pada hidung:-

SUHU BADAN TERLALU TINGGI
Faktor cuaca antara penyebab berlakunya gejala hidung berdarah pada seseorang. Keadaan udara yang terlampau (terlalu sejuk dan panas) boleh mencetuskan hidung berdarah. Ini kerana tubuh badan tidak mampu menyesuaikan diri dengan suhu yang naik atau turun mendadak. Rawatan pencegahan yang boleh anda lakukan adalah dengan memperbanyakkan mengambil air kosong atau air suam bagi memastikan badan sentiasa sejuk dan tidak terhidrat. Jangan biarkan hidung anda kering. Semasa cuaca sejuk dan kering, sapukan gel petroleum pada bahagian hujung hidung anda. Selain itu, anda juga boleh melakukan kaedah mudah dengan membasahkan hidung serta pastikan kawasan hidung sentiasa lembap.

PERSEKITARAN
Hidung berdarah juga boleh berlaku disebabkan faktor persekitaran seperti pencemaran. Udara yang kotor dan tercemar akan mengganggu selaput lendir pada hidung. Akibatnya, hidung mengeluarkan darah. Keadaan tempat yang penuh dengan asap rokok, asap kenderaan boleh juga menjadi puncanya, jadi elakkannya. Keradangan seperti masalah alahan hidung yang tidak terkawal atau selalu bersin boleh menyebabkan hidung berdarah. Oleh itu, anda harus mengutamakan kebersihan persekitaran rumah anda. Pastikan tiada habuk yang melekat pada sudut-sudut rumah yang boleh menyebabkan alahan pada anda.

PENGGUNAAN UBAT
Ubat jenis steroid yang kerap diambil untuk melegakan hidung tersumbat mungkin boleh menimbulkan pendarahan hidung ini. Jadi individu yang tidak sesuai dengan ubat tertentu juga boleh mengalami hal yang sama. Untuk mencegah gejala ini, maklumkan dan mintalah nasihat doktor jika ubat tersebut tidak sesuai dengan anda dan menyebabkan hidung berdarah.

RESDUNG ATAU JANGKITAN
Pendarahan hidung boleh dicegah dengan mengubati penyakit sinusitis atau resdung. Resdung akan menyebabkan hidung anda kerap berair, gatal dan berbau yang boleh mengundang kegatalan pada hidung. Masalah ini akan menyebabkan anda akan menghembus hidung dengan kuat dan mudah juga terjadi seseorang yang mengalami masalah resdung akan bersin dengan terlalu kuat. Hembus dengan perlahan dan hanya apabila anda betul-betul perlu menghembus. Hembusan yang kuat boleh menyebabkan hidung berdarah. Oleh itu, anda harus merawat masalah resdung dengan segera kerana masalah resdung yang teruk bukan sahaja akan menyebabkan hidung berdarah tetapi juga boleh mengundang penyakit lain.

TABIAT
Tabiat adalah kebiasaan yang selalu seseorang itu lakukan dalam kehidupan seharian. Tabiat berkaitan hidung yang kerap dilakukan adalah mengorek hidung. Sekiranya hidung kering dan berkerak jangan sesekali mengorek dengan kuku yang tajam dan terlalu dalam. Mengorek hidung dengan terlalu kuat boleh mencederakan dinding selaput lendir. Darah akan keluar menyusuri lubang hidung. Anda perlu berhatihati dan sebaiknya gunakanlah pelembab atau minyak bayi bagi membersihkan rongga hidung. Berlembutlah dengan hidung anda.

- Mummy Ira -

Pelayar FB Biadab Kutuk Bayi Dikecam

Assalamualaikum..

Pelayar FB biadab kutuk bayi dikecam 
Salinan paparan yang dimuatnaik oleh mangsa di laman Facebook. 
Gambar bayi hanyalah gambar hiasan.  

TINDAKAN seorang pelayar yang melemparkan cacian terhadap seorang bayi yang menderita penyakit sumbing (cleft) dikecam sebagai biadab.

Perkara tersebut didedahkan oleh ibu bayi tersebut di laman Facebook menerusi beberapa salinan paparan perbualan yang berlaku di antara dia dan pelayar berkenaan.

"Patutlah sebelum ni you tak upload gambar anak you, rupa-rupanya anak you cacat. Kesian," tulis pelayar tersebut.

Tak cukup dengan itu, pelayar berkenan menuduh pula bayi tersebut terkena badi.

"You tak malu ke ada anak cacat?," tambah pelayar berkenaan.

Perkongsian berkenaan mendapat perhatian lebih 2,000 pelayar yang mengecam tindakan biadab tersebut.

"Takpa, mulut manusia, bukan boleh tutup.. depa ni ibarat kuman je," kata Mariana.

"Kurang ajar punya orang, biadab! Mempersenda anugerah dari ALLAH SWT," tulis Ain pula. - sinar harian

Khamis, 29 Oktober 2015

Iklan Pengambilan Guru Tahfiz Secara Kontrak thn 2016 - KPM

Assalamualaikum..

Iklan Pengambilan Guru Tahfiz Secara Kontrak thn 2016.

Kepada lepasan tahfiz..boleh la mohon kerja ni..

Baca bebetul borang ni dan untuk memohon boleh ke laman web

http://www.jobsmalaysia.gov.my/jcs/index.faces


 
 
 
- Mummy Ira -

Kisah-Kisah Lucu Datuk Ustaz Kazim Elias

Assalamualaikum

Kisah-Kisah Lucu Datuk Ustaz Kazim Elias 
 
Kisah-kisah lucu ini adalah berdasarkan pengalaman hidup yang pernah dilalui oleh al fadhil Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias yang diambil dari Fanpage beliau.. 

1.Masa pi langkawi ari tu..satu hamba Allah mai salam ngan saya,siap minta autograf lg, sy dok tengok org ramai dah masuk dlm feri,sy pun nak masuk tp dia asyik tanya macam2,org semua dah masuk dia dok tanya lagi, sy dah gabra buatnya kena tinggal feri, kes naya…tp selamba je dia kata, jgn takut ustaz feri tu takkan bertolak lagi,sy kata dah lambat ni, dia kata relak aaa ustaz, sy tanya nape relak pulak? Dia jwp dialah drebar feri tu selagi dia tak bwk tak gerak feri tu….ek elehhhhh

2.Satu masalah besar saya ialah tak leh bawak kereta,kira nak tido aje,asal bawak ngantuk asal ngantuk bawak…10 minit kereta bergerak alamatnya tido la saya…kawan saya pulak lg teruk 5 minit lepas makan mesti dia tido,ngantuk sangat2,dia pi jumpa doktor mengadu masalahnya yg mudah sangat tido selepas makan…doktor kata kat dia ,awak untung dapat jugak 5 minit,doktor kata dia lagi teruk 3 minit lepas makan terus dia tido..lagi teruk….

3.Jangan kata saya mereka cerita pulak..ni betul ni tak tipu..dulu 5 tahun dulu,saya pi ngajor kat JPS Ipoh,tingkat 5..habis ngajor turun pakai lif,saya ngan pembantu saya,bila masuk dlm lif tu ada sorang laki2,dia tegur saya..mangajar kat sini ke? Saya jwp ye..dia tanya pulak,kenal ke Ust Kazim,sy jwb kenal,dia kata dia ngaji ngan ust Kazim di kpg dia,dia tanya lg Ust Kazim tu sihat ke skrg,sy jwb sihat la kot,yg pembantu sy udah nak ketawa sampai ngadap dinding lif,saya pulak terkedu,dia kata yg dia minat giler kat ustaz Kazim,klu Ust tu ngajar dia mesti dok depan sekali..lg buat sy terkedu..ms nak keluar lif dia kata kalau jumpa ust Kazim kirim salam ye..padahal sy lah si Kazim tu,nak ngaku takut dia malu pulak..saborrr je la

4.Hari tu ceramah kat satu tempat sempena maal hijrah,buat kat padang tepi tasik,cantik sangat viewnya,angin sepoi2 lagi..sy pakai baju kebangsaan mlm tu,siap iron dr pagi lagi..ceramah 2 jam,habis aje ceramah deme ajak makan malam,sy jwp sy tak makan malam,sy makan nasi je…he3…elok dok minum,satu pakcik,umur dlm 70an datang,dia tanya,ustaz…sy jwp ye,dia tanya lgi..umur ustaz ada ka dah 80 tahun?hampir tersembur air teh sy..sy jawab,dah dekat dah..dia jwp masyallah..memang Allah bg kat ustaz no,tak nampak langsung 80..boleh ceramah 2 jam lagi..dia tanya apa petua..sian kat saya kan..80 dah org tengok saya ni..adusss,nak wat camner jenis muka org lama…saborrrr je la

5.Selesai aje bayi yg baru dilahirkan,seorang nurse berbangsa cina serahkan bayi tersebut pd bapanya…Encik,sudah boleh ajan(azan)..mali angkat ini baby..kata nurse tu.Si bapa pun dgn sedikit gementar memaut anaknya,maklumlah anak sulung,gayat jgk nak pegang baby comelnya..bapa dgn penuh syahdu pun membaca..Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar..laa ilaha illahu wallahu akbar..nurse cina tadi kata..waa sudah tukar ka sikalang?selalu lain bunyi ini hali lain bunyi..pengalaman saya masa berbual dgn seorang nurse masa yg masuk wad dulu..bukan wad bersalin tau..jgn salah faham pulak!

6.Ketawa sendiri bila saya ingat balik hari perkahwinan saya…jujur saya cakap saya tak pernah bertentang mata dgn bapa mertua sehinggalah hari nikah,lepas solat asar saya tengok pekerja canopy sibuk angkat kerusi meja utk bw ke tmpt lain,sy kesian tengok sy pun nak tolong angkat,tukar baju tukar seluar sy pun joint sekali angkat kerusi..bapa mertua pun tengok dr atas kerusi,sy buat kerja la,tiba2 dia datang kat tempat yg kami dok kemas kerusi,dia tanya kat sy..dia tanya..Banyak ke tempahan bulan ni? Lepas ni nak hantar ke mana pulak?terkebil sy dibuatnya,laaa dia tak perasan ke sy ni menantu dia…? Adoi..sy jawab..banyak la kot…tu dulu..sekarang ngam sangat..

7.almarhum opah saya ni tak boleh jalan,duduk tersimpuh aje,bila balik rumah dia saya suka menyembang dgn dia.Dengan kain tudung stail org dulu dilipat2 atas kepalanya duduklah dia di muka pintu biliknya..selalu saya bawa kawan2 saya jumpa dia,dia seronok berbual ngan kawan2 saya.Yang paling suka borak dgn dia ialah sahabat saya Ustaz Mokhtar..ketawa opah ni bila diusik oleh Ustaz mokhtar..tp skrg dia dah meninggal,terbayang2 dimata saya,bila saya lalu depan pintu bilik dia rasanya mcm dia dok ada lg…satu hari Ustaz mokhtar ikut saya balik kpg..sampai dah lewat malam..minum kat dapur,nyembang ngan Pak Ngah sampai tengah malam..saya ngantuk,sy minta diri nak masuk bilik dulu,tinggallah Ustaz mokhtar terus berbual..dlm pukul 12mlm..pintu bilik saya diketuk dgn kuat bertalu2..apahal pulak ni?Ustaz Mokhtar terpa masuk kelam kabut,muka pucat lesi,terduduk dia atas katil.ape hal tar?sy tanya.Dia tanya saya balik,”bukan opah dah meninggal ke?”saya jawab :”ye.nape?”Dia jawab:”ana nampak dia tadi!dok tersimpuh tepi pintu,betul ana tak tipu syeikh!Saya punya nak tergelak tp saya tahan sekuat hati..sy pun buat2 suspen…:biar betul Tar..”Ustaz Mokhtar tak kata apa dah..sy tutup lampu,pekup muka kat bantal,sy gelak kat bantal tu..beringgut2 badan tahan gelak…hah3.Sebenarnya tu bukan opah yg meninggal tu tp adik bongsu dia,memang sebijik mcm arwah,duduk tersimpuh tepi pintu bilik mcm arwah jgk le..boleh bayang tak mcmna Ustaz Mokhtar bila bertentang mata ngan Opah Chik tu..mesti gabra habis kan.?.Besoknya ms nak balik baru ustaz tu tahu yg dia tengok smlm tu opah chik bukannya opah geng dia dulu..Mohktar..mokhtar…

8.masa tu saya ada pgram di Jordan..asal masuk hotel aje kenalah scan,kereta pun kena check jgk..takut bw bom kot,mula2 sampai semua kena scan kat pintu masuk lobby hotel,saya sekali scan lepas,takde besi kat badan…kawan saya pulak asal masuk bunyi,asal bunyi je masuk..mula2 dia buang talipinggang,bunyi jgk,buang kasut,bunyi jgk..”apa hal ni yop,bunyi aje..?”saya tanya..buang cincin,jam,pen bunyi lg..adoi..polisnya dah 3 org datang kat kawan saya ni,udah gabra dia,nak buang apa lagi..polis dok kepung dia,pegang sana pegang sini,dah 4 kali lalu bawah mesin scan dok bunyi jgk..last2 saya kata,…cuba buang gigi palsu tu,scan gigi tu,dia pun buang dan bila lalu tak bunyi dah..lepas…kata kawan saya..”gigi palsu aku ruper nye..nyusahkan aku aje..”nyusahkan aku tu bunyinya dah nyushakan aku je,maklumlah gigi dah tanggal…

9.Pengalaman selepas habis ceramah mmg seronok,ada yg sedih ada yg seram…hari tu balik dr satu tmpat ceramah,jauh jln pulak gelap.. Sekitar jam 1pg sunyi sgt kereta saya je berada di jalanraya..tiba2 saya nampak lembaga putih ditepi jalan, rambut panjang muka tak nampak, menunduk je kepalanya..masyaallah..saya ckp kat pemandu sy ..jangan tegur..dah jauh sikit saya kata ..jangan pandang belakang..nasib baik ingat david teoh hah3..pemandu saya tanya ,,ustaz , klu dia mai dok depan cermin kita nak wat ape?saya jwb jgn pandang depan…he3

10.saya ni kerap jugak keluar masuk hospital .maklumlah mcm2 penyakit..bila dah kerap masuk maka ramailah kenalan termasuk nurse n doktor.saya pernah masuk wad sbb tak leh tidur berminggu2, maka kerja saya nyembang aje le dgn deme..mesra bebenor he4.. Satu hati saya isi minyak kereta jumpa satu nurse cina. Saya tanya hai lama tak nampak..dia jawab waaa ustaz ..lama tak nampak sihat ke? Sy jwb sihat.. Sihat org tua. Dia tanya pulak,lama tak nampak bila mau masuk hospital lagi? Adoi itu soalannya…alahai

11.masa bujang dulu selalunya sy makan kat kedai la..kegemaran saya makan nasi goreng kampung, tiap2 hari makan tghari disitu,taukenya tau dah apa sy nak order.satu hari saya sampai, bila duduk je saya tanya makcik kedai, mana pakcik? Kejap je dia ke tandas, aiseyy.. x pe la saya tunggu,bila pakcik kedai tu keluar, terus dia panggil saya, hai lambat hari ni?nasi goreng mcm biasa ke? Saya tak terjawab.. Adoi.. Macamana ni ? Seluar dalam pakcik tu atas kepala dia!mati selera terus!

- Mummy Ira -