Pertandingan VIDEO PENDEK ' Sehati Sejiwa' Sempena Bulan Kemerdekaan 2015 Anjuran PMB Kedah

By Zahirah Dzahir - 9/01/2015 02:17:00 PTG

Assalamualaikum..

Sebelum ni entri pasai pertandingan Selfie Instagram..yang ni

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK ‘SEHATI SEJIWA’ SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN  2015

* Terbuka untuk rakyat negeri Kedah

PENGENALAN

Perbadanan Menteri Besar Kedah akan mengadakan PERTANDINGAN VIDEO PENDEK ‘SEHATI SEJIWA’ sempena bulan kemerdekaan pada tahun ini.


PERKARA : PERTANDINGAN VIDEO PENDEK ‘SEHATI SEJIWA’ SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN 
 
TEMPOH PERTANDINGAN : 25 OGOS 2015 HINGGA 12 SEPTEMBER 2015 

 
TEMA : SEHATI SEJIWA




Pertandingan adalah terbuka kepada seluruh rakyat Negeri Kedah dan penyertaan adalah PERCUMA. Pemenang akan ditentukan oleh juri professional. Pemenang pertandingan Video Pendek masing-masing akan menerima hadiah berupa wang tunai. 

Tempat pertama RM1000.00, 
tempat kedua RM750.00 dan 
tempat ketiga RM500.00 
5 hadiah saguhati sebanyak RM200.00. 
Sijil penyertaan turut diberikan.

OBJEKTIF PERTANDINGAN 
 
• Memaparkan gelagat rakyat negeri Kedah menyambut hari kemerdekaan;
• Merakyatkan amalan kibaran jalur gemilang di lapangan dan media sosial;
• Menonjolkan gambaran semangat kemerdekaan di kalangan masyarakat di peringkat
kampung-kampung dan taman-taman perumahan serta bandar.
• Mempamerkan secara video kepada rakyat Kedah tentang gambaran sambutan kemerdekaan mengikut cara tersendiri.


SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN 
 
1. Pertandingan ini hanya terbuka kepada rakyat Negeri Kedah;
 

2. Penyertaan adalah PERCUMA;
 

3. Video Pendek ini mestilah berdurasi selama 2 minit hingga 3 minit dan mestilah yang asli serta belum pernah digunakan untuk sebarang pertandingan dan penerbitan, dimuatnaik ke laman page Facebook PERBADANAN MENTERI BESAR KEDAH mulai 25 Ogos sehingga 12 September 2015;
 

4. Tema pertandingan ini ialah “SEHATI SEJIWA”.
 

5. Konsep video pendek perlu berunsurkan semangat patriotik dan memaparkan gelagat menyambut kemerdekaan serta setiap hasil berkenaan mempunyai jalur gemilang. Video pendek berunsur negatif atau memberi gambaran dan maksud yang tidak baik adalah tidak layak untuk dipertandingkan;
 

6. Kos penyertaan pertandingan ini ditanggung sendiri;
 

7. Peserta bebas menggunakan sebarang jenis perakam iPhone/iPad (OS) atau sebarang peralatan yang menggunakan sistem ANDROID serta drone.
 

8. Suntingan atau ubahsuai seperti pengubahan brightness, cropping, softening
dan sharpening terhadap hasil kerja menggunakan aplikasi video pendek adalah
dibenarkan. Teknik cantuman gambar (collage technique), super impose, trick
image, dan gambar dimanipulasi adalah tidak dibenarkan;
 

9. Peserta boleh menghantar seberapa banyak video pendek tetapi peserta hanya
layak memenangi 1 hadiah sahaja;
 

10. Pihak penganjur Perbadanan Menteri Besar Kedah(PMB Kedah) mempunyai hak milik ke atas video pendek pertandingan dan berhak menggunakan bahan tersebut untuk sebarang tujuan tanpa sebarang bayaran kepada peserta;
 

11. Pemenang-pemenang akan diumumkan pada hari yang akan ditentukan kelak oleh pihak penganjur.
 

12. Setiap peserta dikehendaki memuatnaik video pendek tersebut ke laman page Facebook PERBADANAN MENTERI BESAR KEDAH.
 

13. Setiap hasil kerja perlu mempunyai maklumat seperti berikut:-
- Nama peserta
- Lokasi video pendek
- Caption (sendiri)
- #SehatiSejiwa , #KedahMerdeka, #KedahAmanMakmur dan #KedahSerataRata


KRITERIA PENGHAKIMAN 
 
1. Pemenang akan ditentukan oleh Juri Profesional ;
2. Penilaian dan penghakiman adalah berasaskan pematuhan syarat-syarat pertandingan
seperti yang digariskan.
3. Penilaian dan penghakiman terhadap karya gambar adalah lebih tertumpu
pada ’Tema’ dan ’Daya Kreativiti’, bukannya pada kemampuan merakam video pendek secara profesional.
4. Namun demikian, kualiti video pendek juga akan diambil kira dalam pemberian markah. Keputusan panel hakim adalah muktamad.
5. Pemenang akan dihubungi oleh pihak urusetia melalui saluran media sosial.


SEBARANG PERTANYAAN, SILA RUJUK:- 
 
1. Facebook (fan page) : Perbadanan Menteri Besar Kedah
2. Email : pmbkedahinfo@gmail.com
3. Penyelaras :

En. Mohamad Amin Abd Rani ditalian 019-4722003 atau 
En. Tarmizi Hassan ditalian 019-4422283.


sumber fb MMFC

- Mummy Ira -

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!