Fundrive (MAOC) Tour de JLKC in Kedah

By Zahirah Dzahir - 9/20/2015 12:43:00 PG

Assalamualaikum..


Baru baru ni 16/9 sempena Hari Malaysia..kelab alza telah anjurkan Fundrive -  Tour de JLKC in Kedah. Kali ni My Husband tak lepas peluang untuk ikut sama dan yg sefamily pun ikut. Rasanya lebih kurang 40 buah kereta azla ikut fundrive ni..kebanyakkanya bawak family. Tapi, hari tu hujan..so aktiviti tu terbatas la sikit. 


Perjalanan bermula dari tesco stargate tandop akan melalui LRUS keluar cukai tingkap Selatan ke cukai tingkap Pendang(7km) terus menghala ke arah Pendang akan masuk ke simpang jalan Air Putih sehingga ke persimpangan kanan ke jln Bkt Jambul terus sehingga simpang tiga bkt jambul/pendang/bkt jenun belok ke kanan jln ke bukit jenun sehingga ke jalan bukit lembu menghala ke persimpangan jalan gurun/jeniang dan belok kiri keluar ke jln utama ke jeniang/sik sehingga ke pekan Sik lampu tukar ganti pekan sik belok ke kanan menghala terus ke  Lata Mengkuang.

Kat Lata Mengkuang boleh la tahan..ada tempat mandi tapi hujan..mandi la sat. Yang tak bestnya depa kata tak dak ayaq..kacau jugak laa.  Lepas mandi nak mandi dgn ayaq apa. Nasib baik bawak air mineral..anak2 dapat la mandi sorang sikit. Menu makan, pakat bawak portluck..mmg meriah dengan makanan. Macam2 jenis menu ada. Rambang mata pulak tngk menu banyak tu..tak tau nak makan yg mana.  Maklumlah hari pulak hujan..tu yg lapaq lebih tu.


Selesai kat Lata Mengkuang, konvoi bergerak ke Ladang Anggur Sik, Saya sefamily tak masuk pun. Tiket kena bayaq..dewasa RM 6..Kanak kanak RM 3. Sebab kami tak masuk, buah anggur pun tak brapa ada, nak tngk apa. Lagipun kalau masuk kembar bukan nak tngk buah..buat belari main aci ligan dalam tu..kacau..so kami tunggu kat luaq. Ada family yg masuk ada yg tak.


On the way balik..melalui jalan tasik Beris/Nami/Lamdin/Lampam/Kg Bukit, keluar simpang tiga Kg Bukit belok ke kiri menghala ke Pokok Sena melalui Bkt Payong/Bkt Lada sampai lampu tukar ganti hadapan Balai Pokok Sena belok ke kiri terus sehingga ke jalan lama Pekan Langgar kesimpang tiga belok kiri ke Jalan Titi Hj Idris sampai di lampu tukar ganti Titi Hj Idris belok ke kanan melalui Jln Datuk Kumbar terus ke persimpangan tiga jln datuk kumbar/jln alor mengkudu belok ke kiri terus untuk ke CP4 Jln Alor Mengkudu melalui MydinTmn Saga hingga ke Pekan Spg Kuala belok ke kiri terus ke Tesco Stargate.


Sronok dapat ikut fundrive ni..Cuma yang letih sikit tu, bnyk dok atas kereta n kembar pulak dok buat perangai..hari pulak hujan..tak buat apa sangat. Apa pun..janji dapat bawak anak2 pi jalan jalan n depa sronok.



- Mummy Ira -

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!