Adakah Anak Anda Membesar dengan Sempurna? Oleh Dr Tee E Siong

By Zahirah Dzahir - 9/04/2015 05:00:00 PTG

Assalamualaikum..

Adakah Anak Anda Membesar dengan Sempurna?

Cara paling mudah dan berkesan untuk memastikan sama ada pengambilan makanan anak anda adalah sempurna dan dia mendapat pemakanan yang optimum adalah dengan mengawasi berat badan dan ketinggiannya. Dengan ukuran-ukuran ini, anda boleh mengira Indeks Jisim Tubuhnya atau Body Mass Index (BMI) dan membuat perbandingan dengan standard Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Mengetahui BMI untuk umur anak anda akan membolehkan anda menentukan sama ada dia membesar pada kadar yang berpatutan, atau mengesan jika dia kurang berat badan atau berlebihan berat badan. BMI juga boleh memberi kepastian kepada ibu bapa tentang keadaan normal anak mereka dan membantu ibu bapa membuat keputusan mengenai diet dan gaya hidup bagi anak mereka.

Jangan menentukan adakah anak anda bertumbuh dengan sempurna dengan membandingkan anak anda dengan kanak-kanak lain kerana ketinggian dan saiz mereka mungkin meningkat pada kadar yang berbeza.

Menilai Pertumbuhan

Adalah disarankan agar anda merekod BMI anak anda dan buat perbandingan dengan standard pertumbuhan lebih kurang 6 bulan sekali. Mengukur pertumbuhan fizikal anak anda adalah mudah dan mengambil masa kurang daripada 10 minit untuk dilakukan. Berikut adalah caranya:

Bahagian 1: Mengira BMI

Langkah 1: Timbang Berat Badan


Langkah 2: Ukur Tinggi


Langkah 3: Kira BMI


Bahagian II: Mentafsir BMI

Di dalam carta, cari BMI anak anda pada paksi menegak dan umurnya pada paksi mendatar.

Tandakan titik di mana kedua-dua nilai ini bertemu. Carta tumbesaran adalah khusus bagi jantina dan umur, oleh itu pastikan anda menggunakan carta yang betul untuk anak anda.


Mengapa BMI?
 
BMI-untuk-umur semasa kanak-kanak merupakan penentu BMI masa dewasa dan berhubung kait dengan faktor risiko klinikal penyakit-penyakit kronik (seperti penyakit kardiovaskular) kemudian hari sebagai orang dewasa. (Sumber:WHO)

Setiap carta rujukan pertumbuhan mempunyai kawasan berlainan yang memberitahu kategori BMI anak anda:
  • Jika BMInya berada pada kawasan merah carta, dia “berlebihan berat badan.”
  • Jika BMInya berada pada kawasan merah jambu carta, dia “berisiko berlebihan berat badan.”
  • Jika BMInya berada pada kawasan putih carta, dia “normal berat badan.”
  • Bacaan BMI pada kawasan kuning carta menunjukkan anak anda “kekurangan berat badan.”
Apa Yang Perlu Dilakukan ?

Tidak kira sama ada anak anda normal, kurang atau berlebihan berat badan, pilihan terbaik adalah untuk memberi mereka imbangan pelbagai nutrien daripada kumpulan makanan yang berbeza. 

Anda juga harus menggalakkan aktiviti fizikal secara tetap dan amalkan tabiat makan yang baik (rujuk artikel sebelumnya “Pemakanan Sempurna untukPertumbuhan”)

Carta pertumbuhan boleh membantu menyaring masalah pertumbuhan, namun ia bukanlah sebuah alat diagnostik. Jika anda mempunyai sebab untuk mempercayai anak anda tidak membesar dengan normal, berjumpalah pakar pediatrik anda dengan serta merta.

sumber dari http://mypositiveparenting.org/

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!