Isnin, 28 September 2015

Kuasa Allah, Gerhana Bulan Penuh Tiba Tiba Muncul Di Arab Saudi

Assalamualaikum..

gerhana bulan penuh 

JEDDAH – Jemaah haji dari serata dunia yang berada di Arab Saudi dapat menyaksikan gerhana bulan penuh Isnin ini, iaitu fenomena yang jarang-jarang berlaku di negara yang menempatkan kota Makkah dan Madinah itu.


Persatuan Astronomi Jeddah yang dipetik portal ArabNews sebagai menyatakan, penduduk di Arab Saudi dijangka mampu menyaksikan gerhana bulan penuh sebelum waktu syuruk atau terbit matahari pada pagi Isnin.

Fenomena alam semesta yang cukup nadir itu juga dapat dilihat dengan jelas di seluruh rantau Timur Tengah selain benua Amerika Utara dan Selatan, Eropah dan Afrika, lapor pelbagai media massa tempatan pada Ahad.

Beberapa ulama menegaskan kejadian ciptaan Allah SWT itu tiada kaitan dengan peristiwa berdarah tragedi kren tumbang di Masjidil Haram dan rempuhan jemaah di Mina baru-baru ini yang menyaksikan ratusan mati syahid.

Menurut laporan itu lagi, Presiden Persatuan Astronomi Jeddah, Majid Abu Zahirah yang juga seorang jurutera berkata, gerhana bulan penuh berbeza daripada apa yang pernah dilihat warga Arab Saudi sejak 30 tahun lalu.

Ujar beliau, ini adalah gerhana bulan penuh yang jarang berlaku, malahan hanya muncul sebanyak empat kali sahaja dalam abad ke-20. Ia pernah direkodkan berlaku pada 1910, 1928, 1964 dan kali yang terakhir pada 1982.

Majid bahkan menjelaskan lagi: “Garis pusat ukur lilit pada bulan tersebut akan menjadi 13 peratus lebih besar berbanding saiz gerhana bulan separuh penuh yang pernah berlaku ketika April lalu.“

Tidak seperti kejadian gerhana matahari, seseorang tidak akan ada masalah untuk mencerap fenomena gerhana bulan itu secara langsung dengan penglihatan mata kasar atau pun hanya menggunakan teropong biasa.

“Di Arab Saudi, pelbagai peringkat gerhana bulan tidak dapat dilihat. Kami hanya dapat melihat separuh pertama gerhana dan kemudian ia akan beransur-ansur mencapai gerhana penuh,” katanya kepada ArabNews lagi.

Masa bagi peringkat gerhana bulan di Arab Saudi adalah sama. Sebahagian akan bermula pada pukul 4.07 pagi (9.07 pagi waktu Malaysia) dengan permulaan kemasukan sebelah kanan atas bulan ke bayang-bayang bumi.

Proses alamiah tersebut tambah Majid, akan berterusan lebih daripada sejam. Manakala sekitar masa subuh pada pukul 5.47 pagi (10.47 pagi waktu Malaysia) pula fenomena gerhana bulan penuh akan terjadi secara sepenuhnya.

“Ini akan dapat dilihat hanya di bahagian barat Arab Saudi termasuk meliputi tanah suci Makkah dan Madinah, tetapi tidak akan dapat dilihat di kawasan timur dan tengah negara berkenaan,” kata beliau.

Bulan akan muncul paling besar dapat dilihat mata manusia apabila ia berada dalam kedudukan paling dekat dengan bumi untuk tahun ini pada pukul 5.50 pagi (10.50 pagi waktu Malaysia). – Agensi
 
- Mummy Ira -

Kajian Dapati Lelaki Berbadan 'Sado' Tidak Kuat

Assalamualaikum..

 
London - Memiliki tubuh badan yang sasa atau ‘sado’ mungkin menjadi idaman ramai lelaki kerana percaya otot yang lebih besar menjadikan mereka lebih kuat.

Bagaimanapun, satu kajian sekumpulan penyelidik di Universiti Manchester Metropolitan di Britain mendapati otot yang besar tidak semestinya menjadikan anda kuat.

Kajian Profesor Hans Degens dan pasukannya mendapati tisu otot yang sederhana menghasilkan lebih tenaga berbanding tisu otot yang terlalu besar.

Hasil kajian kumpulan itu diterbitkan di majalah Experimental Physiology baru-baru ini.

Degens dan pasukannya mengkaji 12 ahli bina badan, enam atlet sukan dan 14 lelaki normal yang aktif secara fizikal.

Penyelidik itu kemudian mengkaji dan mengukur saiz sel otot setiap subjek bagi membolehkan mereka mengenal pasti tenaga yang dihasilkan serta kualiti otot.

Kajian mendapati, walaupun ahli bina badan memiliki sel otot yang lebih besar berbanding lelaki biasa, tenaga yang dihasilkan lebih rendah.

Atlet sukan pula didapati memiliki kualiti otot yang hampir sama seperti lelaki biasa yang aktif, tetapi mampu menghasilkan tenaga lebih cepat menjadikan mereka lebih kuat.

“Ramai antara kita kagum dengan otot besar ahli bina badan dan beranggapan mereka kuat seperti watak komik Incredible Hulk.

“Bagaimanapun, kami dapati sel otot ahli bina badan menghasilkan kurang tenaga berbanding lelaki biasa yang aktif,” katanya. - Agensi

- Mummy Ira -

Sabtu, 26 September 2015

Daging Oh Daging

Assalamualaikum..



Selalunya, Saya pi beli daging dengan My Mom. Dulu kerap jugak beli kat market besaq Alor Setar..sekarang jarang sudah. Kadang2 ja kalau daging tak dak..nak masak pi la beli jgak.

Kalau orang tanya, kat mana Saya beli daging..jawapan Saya..kat Sungai Baru/Kuala Sungai. Ada la penjual yang terpilih..yang mmg kami ni regular custemer kat situ. My Mom akan pone dulu..tanya daging elok ka tak..kalau ada..baru kami pi beli. 

Kat situ boleh la dapat daging yang elok n lembut. Saya tak pandai sangat tngk..My Mom pandai jugak tngk daging2 ni. Kalau nasib baik dapat la beli lidah lembu. Sedap jugak lidah lembu ni. Tambah kalau bakaq n cicah ayaq asam. Tapi tak sesuai la untuk budak2 kecik n belajar.

Selalunya beli banyak2..buat stok kat rumah. Tak payah sangat nak kerap pi beli. Nak masak ada ja dalam peti sejuk. Kan senang..:)

 lidah lembu
 
 yg ni kat market

- Mummy Ira -

Makan Makan Di Hari Raya Aidil Adha

Assalamualaikum..





Tak sempat pulak nak update blog ni..bila dah karang tak sempat pulak nak publish. Kira ada entry yg dok simpan pasai tak sempat nak publish. Tak pa, lambat ka cepat ka, janji Saya publish jugak.

Cam Raya haji yang lepas..tak sah kalau tak masak. Kali ni menu tu simple ja..tak renyah sangat nak buat. Cepat siap dan yang penting sedap.

Menu yang dimasak ialah..

Nasi Tomato

Ayam Masak Kicap

Udang Cendawan

Ayam Golek

Acar Timun Nenas..

Kenyang makan..apapun di sini..kira sempat lagi Saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua..

 - Mummy Ira -

Rabu, 23 September 2015

4 GOLONGAN ISTERI...

Assalamualaikum..

4 GOLONGAN ISTERI...

1. Isteri Siddiqin

Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.


2. Isteri Muqarrobin

Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin

Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasik

Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.


Semoga ALLAH menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena ALLAH, saling bersahabat karena ALLAH dan saling kunjung karena ALLAH."


sumber facebook

- Mummy Ira -