Viral/Trending - Gambar Pengantin Solat Cetus Kekecohan

By Zahirah Dzahir - 8/27/2015 06:00:00 PTG

Assalamualaikum..

* Maaf ya kalau entry ni ada yang berasa.




Kecoh jadinya apabila sekeping gambar yang memaparkan sepasang pengantin yang baharu sahaja bernikah menunaikan solat sunat ‘bersama’ mendapat kritikan hebat daripada pengguna media sosial tempatan.

Gambar itu mencetuskan pelbagai reaksi akibat kesalahan yang ditunjukkan adalah amat jelas di mana posisi atau kedudukan makmum iaitu si pengantin perempuan yang dikatakan kurang tepat dari segi syarak.

Selain itu potongan gaun pengantin perempun yang digunakan untuk bersolat juga adalah agak ketat sehingga memaparkan jelas bentuk tubuh pinggulnya sendiri apatah lagi terbuka dipandang bukan muhrim.

Memang memakai telekung bukan benda wajib, namun bagi wanita, pakaian untuk solat mestilah longgar dan tidak menampakkan secara nyata rupa bentuk tubuh badan demi mengelakkan bahaya ‘fitnah’ mata.

Bak kata seorang netizen yang beri komen pedas terhadap gambar itu. “Suami bayar mas kahwin, lelaki lain yang jamu mata free.. tu namenye belanja,” ulas seorang pengguna hanya dikenali Wan Mohamad Fadhli.

Bukan niat kami untuk menjatuhkan maruah individu tersebut, namun perkara seperti ini yang mungkin pernah berlaku adalah sebenarnya pengajaran bagi dijadikan renungan buat kita semua bersama agar tidak berulang lagi.

Di dalam kaedah tatatertib sembahyang, seorang suami yang mengimamkan isteri ketika bersolat jemaah harus berada di hadapan isteri dan kedudukan isteri pula mesti di belakang suami, bukannya di tepi suami.

Kedudukan di tepi imam itu adalah posisi lazim untuk seorang makmum lelaki jika solat dilakukan secara berdua manakala jika bertiga atau lebih, barisan saf adalah dalam keadaan lurus melintang panjang di belakang imam.

Seperti mana gambar kombo ditunjukkan oleh personaliti terkenal, Ustaz Don mengenai kedudukan sebenar untuk bersolat jemaah bagi pasangan suami isteri berdua sahaja, inilah rupanya bentuk posisi yang betul.

 

Saya rasa nak salahkan pengantin pun tak boleh jugak..Sepatutnya sedara atau org disekeliling yg tegur..bkn tngk n kata belakang..kot nak kata yg muda ni kurang ilmu agama..patut la ditegur..takkan tak dak sorang pun, family ka, ahli2 masjid ka kat situ yg tau hukum hakam bab2 camni..takkan pakat pejam mata tngk jaa..klu tak tunjuk muka pun..mesti ada yg tau sapa pengantin ni..kesiankan, dah jadi viral pun crita ni..semoga dijadikan iktibar untuk semua..

kredit kedahnews.com

- Mummy Ira -

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!