RESEPI Cucur Kembung Lemak Manis ( FB Julianah Hy )

By Zahirah Dzahir - 8/25/2015 10:18:00 PG

Assalamualaikum..

RESEPI  Cucur Kembung Lemak Manis ( FB Julianah Hy )



Cucur yg paling sikit barang tp sedap sekali...makin sejuk.. makin sedap dimakan.. tekstur tetap lembut walau ditinggalkn semalaman... cubalah.. jgnkan budak2, emak dan bapak budak pun mesti suka makan..

Bahan A
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu manis
Secubit garam

Bahan B
3 cawan air panas mendidih (anggaran) (mesti mendidih mengelegak tau kah... suam2 kuku tidak mahu)

Caranya.. 
campurkan semua bahan A.. pastu masukkan air panas tadi perlahan2 ke dlm bahan A.. gaul guna sudu saja sekiranya tepung telah bertukar menjadi doh dan boleh digentel hentikan tuang air.. sejukkan seketika.. pastu bolehlah digental bulat2..dan digoreng dgn minyak yg betul2 panas..tp api sederhana saja tau..

Tips - ada 2 cara nak gentel..
1) dengan membasahkan jari dgn air; ataupun
2) dengan melumurkan jari/sudu dgn minyak;

Selamat mencuba

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!