Isnin, 31 Ogos 2015

Khurafat Di Kalangan Jemaah Haji Asia Tenggara

Assalamualaikum..


KHURAFAT DI KALANGAN JEMAAH HAJI ASIA TENGGARA

Pengaruh khurafat ternyata masih kuat. Di dalam masyarakat Islam Asia Tenggara masih kehadapan amalan-amalan khurafat di dalam berbagai-bagai lapangan kehidupan. Di dalam perniagaan masih percaya kepada feng shui. Dalam pertanian masih percaya kepada semangat padi. Dalam mencari rezeki di lautan masih ada yang percaya kepada gamala ikan dan berbagai-bagai lagi. Bukan sahaja di dalam mencari rezeki ada berbagai-bagai khurafat, ketika hendak melakukan ibadat kepada Allah pun masih diresapi berbagai-bagai khurafat. Antara yang ketara ialah khurafat-khurafat di dalam ibadat haji. Bagi Jemaah Haji Malaysia yang telah mengikuti Kursus Haji bersiri yang dianjurkan oleh TH, insyaAllah mempunyai ilmu pengetahuan yang lengkap dan terhindar daripada amalan-amalan khurafat.


KHURAFAT DI TANAH AIR SENDIRI SEBELUM TIBA DI TANAH SUCI

1.Tidak boleh memijak bendul rumah. Kalau dipijak alamat tidak akan balik semula.

2.Sesudah bertolak dari rumah, tidak boleh memandang ke belakang melihat rumah. Kalau dipandang, pekerjaan hajinya tidak sempurna kerana hatinya teringat-ingat ke rumah

3.Membawa uri, rambut dan kuku bayi untuk ditanam di Tanah Haram supaya anak tersebut menjadi orang ternama dan disukai ramai.

4.Setelah balik nanti mesti berkurung diri di rumah selama 40 hari yang disebut idah haji. Barulah haji itu berkat dan melekat di hati, kalau melanggar, sia-sialah haji.

ANTARA KHURAFAT DI TANAH SUCI

1.Mesti mencari tiang Jin di dalam Masjidil Haram. Peluk kuat-kuat boleh memanjangkan umur.

2.Boleh mendapat toyol dengan bersembahyang sunat sebanyak-banyaknya secara mengadap tiang tersebut untuk dibawa balik toyol itu sebagai khadam.

3.Jin yang dibawa balik dari Mekah adalah Jin yang baik kerana mereka adalah Islam.

4.Menampal duit syiling yang siap bergam di bawah pintu Baitullah dan dibawa balik untuk dibuat ibu duit bagi tujuan melariskan perniagaan, mendapat jodoh dan memurahkan rezeki.

5.Memungut anak-anak batu di Arafah untuk dibawa balik bagi tujuan, jika dicampak di dalam perigi ikan, maka ikan akan menjadi banyak. Jika ditabur di kebun tanaman, maka buah-buahan akan menjadi. Jika diletak di dalam kedai, maka akan laris.

6.Mencuri tali-tali khemah di Padang Arafah dan Mina untuk dijadikan tangkal bagi tujuan pelarisan untuk jualan dan memperbanyakkan tangkapan ikan.

7.Membawa balik Tanah Arafah untuk upacara “Memijak Tanah” buat pertama kali bayi untuk menghindarkannya dari sebarang penyakit dan gagah berani.

8.Tidak boleh melihat cermin semasa di dalam Ihram. Jika dilihat muka akan menjadi hodoh dan orang tidak suka melihatnya.

9.Menyapu-nyapu tiang masjid dan diusap ke muka untuk menambah seri wajah.

10.Mengetuk-ngetuk pintu dan gelang kuncinya di kawasan Saei sebagai simbolik kepada mengetuk pintu rezeki. Jika tidak membuatnya, rezeki akan tertutup selama-lamanya.

11.Kain ihram perlu dibawa balik dan diwasiatkan bila mati nanti hendaklah dikafan dengan kain itu bagi menghindar diri dari siksa kubur.

12.Beli khusus kain putih yang hendak dijadikan kafan dan basuh dahulu dengan air zam-zam di Mekah, disimpan dan diwasiatkan untuk dijadikan kain kafan. Dengannya Munkar dan Nakir tidak berani memukul badan yang dibalut dengan kain tersebut.

13.Kalau berlaku hujan, maka mandilah di bawah curahan air dari pancur emas agar sembuh segala penyakit dan tidak akan terkena penyakit hawar.

14.Tiang-tiang masjid boleh dibeli untuk diwakafkan. Sekiranya ada orang yang menawarkannya, maka jangan disoal banyak, beli sahaja akan menjaminkan masuk syurga.
Dan berbagai-bagai khurafat lagi yang masih diamalkan oleh masyarakat Islam Asia Tenggara.

AMALAN KHURAFAT DAN KAITANNYA DENGAN HUKUM SYARAK

Mengamalkan perkara-perkara khurafat atau kepercayaan karut adalah ditegah oleh syarak kerana di samping ketiadaan manfaatnya ia boleh merosakkan akidah seseorang dan ia juga menambahkan amalan-amalan bid’ah yang buruk sepertimana tersebut dalam hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:

“…………Setiap yang bid’ah itu sesat dan setiap yang sesat akan ditempatkan di dalam neraka”.

Mengamalkan amalan khurafat dengan tidak disedari boleh menjauhkan diri daripada Allah SWT, walhal kedatangan jemaah haji ke Tanah Suci ialah untuk menghampirkan diri kepada Allah serta menyuci diri dari segala dosa dengan tujuan mendapatkan haji mabrur.

PUNCA AMALAN-AMALAN TERCELA DAN TERPAUTNYA SESEORANG KEPADA AMALAN KHURAFAT

Di antara punca-puncanya adalah seperti berikut:

◦Tidak mempunyai asas yang kukuh di dalam pengetahuan agama di mana mudah menerima perkara-perkara yang dianggap menarik baginya.

◦Mempelajari dari guru-guru atau ketua-ketua yang tidak bertanggungjawab.

◦Terikut-ikut dengan amalan jemaah haji lain kerana menyangka amalan itu adalah amalan yang betul.

◦Sudah terbiasa melayani nafsu ammarah.

CARA-CARA MENGHINDARINYA

Bakal-bakal haji hendaklah mengikuti dan mempelajari hukum-hukum agama sebelum menunaikan haji. Penceramah-penceramah hendaklah dipilih dari kalangan mereka yang benar-benar berkelayakan. Tajuk siri khurafat perlu dimasukkan ke dalam kurikulum ibadat haji dengan ditekankan keburukannya.

Jangan mudah terikut-ikut dengan amalan jemaah haji lain yang tidak diketahui puncanya.

Dalam kursus haji ditekankan bahawa Tanah Suci Mekah bukanlah tempat berehat atau tempat melepaskan kemarahan atau komplen sewenang-wenangnya. Perlu ditekankan bahawa di dalam pekerjaan haji mesti akan ditemui berbagai-bagai dugaan Allah yang perlu diterima dengan sabar.

Sebarang amalan yang dipetuakan kepadanya oleh orang yang diragui keilmuannya hendaklah dipastikan terlebih dahulu dari orang lain yang lebih berwibawa. Bertawakal lah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa.

Tunaikanlah haji semata-mata kerana Allah.

Pihak Tabung Haji juga telah menyediakan kursus dan bimbingan haji yang sempurna kepada Jemaah haji kita. InsyaAllah jemaah haji Malaysia adalah yang terbaik.

*Pakar rujuk dan talian hotline bimbingan haji juga disediakan oleh Tabung Haji 24jam dengan menghubungi TH Contact Center 03 6207 1919.

sumber  https://www.facebook.com/DakwahJAKIM/posts/10153520177082398:0

- Mummy Ira -

Cara Mendidik Anak Dengan Memberi Nasihat 30 Saat

Asslamualaikum..

CARA MENDIDIK ANAK DENGAN MEMBERI NASIHAT 30 SAAT 

Di antara waktu yg paling mustajab utk didik anak ialah dgn memberi nasihat selama 30 -60 SAAT:

1. Sebelum anak tidur

2. Semasa anak SEDANG TIDUR (nasihati anak dgn bercakap dlm hati atau bisik di telinga)

3. Waktu anak bangun tidur, peluk anak & beri nasihat selama 30--60 SAAT

4. Selepas anak mandi

5. Selepas anak solat. Sekali sekala, jika ayah jadi imam solat di rumah, nasihati anak semasa atas tikar sembahyang. Ingat, ayah lebih afdal solat berjamaah di masjid/ surau

6. Selepas anak mengaji. Hati anak jadi murni lepas mengaji.

7. Selepas anak riadah atau bermain,

8. Selepas anak di doakan di kepalanya,

9. Bila anak terangsang emosi (spt lepas kena marah).

Pastikan anak2 mkn mlm sebelum maghrib (ikut Sunnah) utk mudah belajar di waktu mlm. Jika anak tak habis mkn, tak salah utk ibubapa menghabiskan makanan lebihan anak, drp MEMBAZIRKAN makanan tersebut. Adat org Melayu saja yg menegah amalan tersebut.

Tapi jika anak2 nak mkn dulu sbb ayah balik lewat atau solat berjemaah di Masjid, ELOK ASINGKAN MAKANAN UTK AYAH.

Janganlah suruh ayah memakan makanan & lauk pauk lebihan anak2. Malahan, makanan utk pembantu rumahpun patut di asingkan utk menghargai mrk. Kurang sopan menyuruh pembantu rumah memakan lebihan tuan rumah.

Inilah adab utk didik anak lebih berakhlak. Moga Allah rahmati kita semua.

Oleh: Dato Fadzillah Kamsah

- Mummy Ira -

Infografik Tips Ibubapa Cemerlang Anak Terbilang

Assalamualaikum..

Menjadi ibubapa adalah satu komitmen yang besar sepanjang hayat. Semua ibubapa mahu anak yang dilahirkan membesar sebagai anak yang berperibadi tinggi dan berjaya. Ketahui 10 tips untuk bertindak sebagai ibubapa cemerlang ke arah melahirkan anak yang terbilang.
Share The Love,
Rujukan Ibu Sedunia




- Mummy Ira -

Mana Nak Cari Minyak Unta Niii

Assalamualaikum..

Pernah dak dengaq Minyak Unta.  Nak habaq mai, Saya sefamili ni pengguna tegar Minyak Unta. Memang baguih sangat minyak ni.  Yang boleh guna minyak ni, My Sis la bawak balik dari Tanjung karang. Dia kata baguih minyak ni. Kira lepaih lepaih tu kalau habis, My Sis la akan restock minyak ni dari sana.  

Cuma sekarang susah dah nak dapat minyak ni. Haritu ada jugak joi kat Pekan Rabu..yang terbaru ni..pi beli depa kata tak dak dah. Suruh My Sis tlong belikan..dia pun kata kat tempat dia pun tak dak joi dah. Cuma sekali tu, dia jumpa kat TAR. .beli sedozen. 

Apa yang baguihnya minyak ni. Guna untuk urut badan.Lepaih orang besalin ( luka potong kat bawah tu boleh cepat lega..ni My SIL yang guna ). Haritu kena cerek panaih..cecepat saya buh minyak ni..mula tu pedih tapi koi hilang tak sempat nak naik gelembung ayaq bisa. Untuk luka luka pun ok dan banyak lagi..

Lain orang lain pendapatkan. Apa pun bagi Saya Minyak Unta ni memang baguih..



- Mummy Ira -

Solat Hajat Perdana - Kesejahteraan, Kemakmuran, Keamanan Negeri Kedah

Assalamualaikum..



SOLAT HAJAT PERDANA UNTUK KESEJAHTERAAN, KEMAKMURAN DAN KEAMANAN NEGERI KEDAH


Anjuran: Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman

Tempat: Stadium Sultan Abdul Halim, Jalan Suka Menanti, Alor Setar

Tarikh: 3 SEPTEMBER, 2015 (KHAMIS)

Waktu: MULAI 6.30 PETANG

Pengisian: 
- SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH
- SOLAT HAJAT
- BACAAN YASSIN
- SOLAT ISYA' BERJEMAAH
- FORUM AGAMA (Panelis: 1. Dr Bashir Aziz dari UUM selaku moderator; 2. Dato' Ustaz Alias Zakaria dari USM dan Ustaz Roslan Che Ros dari Jabatan Agama Islam Pulau Pinang.)


Imam solat : Dato' Hj Syeikh Roslan bin Hj Abdul Halim, Imam Besar Masjid Zahir.

Objektif:
1. MEMOHON KEBERKATAN DAN RAHMAT DARIPADA ALLAH SWT

2. MENDOAKAN KESEJAHTERAAN RAKYAT NEGERI KEDAH
3. MEMOHON NEGERI DAN RAKYAT DILIMPAHI KEMAKMURAN
4. BERMUNAJAT DAN MENDOAKAN RAKYAT DAN NEGERI KEDAH SENTIASA DALAM KEADAAN AMAN DAN SENTOSA

MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIPERSILAKAN HADIR. SILA BAWA KELENGKAPAN SOLAT MASING-MASING.

Salam Hormat. Kerjasama sdra sdri sangat dihargai.
Yang menurut perintah,
Mohd Fisol Jaafar
Setiausaha Akhbar kepada YAB MB Kedah
31 Ogos 2015


Note tambahan: Kumpulkan kekuatan Islam untuk buktikan bahawa kita juga bersatu.
kredit MMFC 

- Mummy Ira -

Pelbagai Resepi Makaroni

Assalamualaikum..

Jom kita cuba ikut resepi2 mnakaroni ni. Share dari facebook.




Sup Makaroni

BAHAN-BAHAN
250 gm makaroni (direbus)
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 sudu teh herba campur
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
200 gm sayur campur(carot, jagung n kacang pes)
100 gm isi udang@isi ayam ( saya tak letak)
2 sudu teh tepung jagung( utk pekatkan kuah)

CARA-CARA

*makaroni di rebus dahulu & toskan
*tumis bawang merah n putih sehingga naik bau, kmudian masukan sos cili, tomato, sos tiram
*bila dah garing masukan air dan masak smpai mendidih
*kemudian masukan herba campur, isi ayam @ udang dan sayur campur
*tepung jagung di campur dgn sedikit air dan dikacau sebati, pas tu masukan ke dlm sup tadi utk pekatkan nya
*akhir skali masukan makaroni ke dlm sup tadi dan bleh tutup api
*siap utk dihidangkan
----------------------------------------------



Makaroni Goreng Creamy

BAHAN-BAHAN:
1 paket makaroni San Remo(bentuk C)
250 gm butter
0.5 - 1 kg udang (buang kulit)
1 paket sosej (potong bulat2 kecil)
1 botol Sos tradisional Prego
1 tin cendawan butang (potong kecil2)
1 tin sos cendawan
1 kiub ayam knorr
2 labu bawang besar (dimayang)
4 biji bawang putih (dimayang halus)
1 cawan air(boleh tambah kalau pekat sgt)
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak zaiton

CARA-CARA:
Rebus makaroni bersama sedikit minyak zaiton hingga masak. Toskan dalam bakul tos.
Goreng sosej hingga masak dan ketepikan.
Panaskan separuh butter dalam kuali. Tumiskan bawang2 yang dimayang tadi bersama kiub ayam knor hingga keperangan.
Masukkan sos prego + sup cendawan + air. Kacau sebati biarkan hingga mendidih.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan udang dan gaul sebati. Biar hingga masak dan agak pekat.
Masukkan makaroni dan sosej, gaul sebati dan padamkan api.(jangan gaul terlalu lama nanti makaroni hancur)
Sedia dihidang. Enak dimakan dengan sos. Sesuai untuk dihidang pada kanak2 juga.
*Boleh juga ditambah daging/ayam dan sayuran. Juga boleh tambahkan cili boh dalam tumisan tadi jika sukakan pedas
 

---------------------------------------------- 

  

Makaroni Keju Panggang

BAHAN-BAHAN:
300 gm makaroni | direbus dalam air
dengan sedikit garam hingga lembut
375 gm keju | diparut
250 krim putar
250 ml susu segar
5 keping daging panggang | dicincang halus
3 sudu makan keju parmesan | diparut
Sedikit serbuk buah pala
Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 400ºF atau 180ºC.
2. Campurkan setengah cawan keju, krim putar, susu segar, daging panggang, keju parmesan dan serbuk buah pala di dalam satu mangkuk. Kacau hingga sebati.
3. Masukkan makaroni yang telah direbus tadi berserta dengan garam dan serbuk lada sulah dan sebatikan.
4. Tuangkan ke dalam dulang pembakar. Taburkan lebihan keju tadi dan dibakar selama 20 minit hingga kekuningan di atasnya. Tabur keju parmesan.
 
sumber facebook

- Mummy Ira -