Khamis, 30 Julai 2015

Pantang 44 Hari, 100 Hari, 6 Bulan Dan Setahun

Assalamualaikum..

Ramai yang tahu bab2 berpantang ni bagi ibu lepas bersalin ni. Cuma maybe ada sesetengah yang tak tahu tempoh2 dalam berpantang ni. Kalau kita dengaq kebanyakkan ibu2 banyak ikut pantang yang 44 hari. Sebabnya ada ibu2 yang bekerja dan ada juga yang tak berapa nak boleh ikut semua cara berpantang ni. Tapi..kalau sapa yang gigih betui dalam berpantang ni..depa akan ikut yang 100 hari, 6 bulan dan setahun.



Pantang 44 hari, 100 hari, 6 bulan dan setahun

Pantang 44 hari.
-Pantang keluar rumah

Pantang 100 hari.
- Pantang suami
- Pantang mandi air sejuk
- Pantang ber aircond
- Pantang angkat benda berat2 hatta dukung anak yg selain newborn
- Pantang kena hujan

Pantang 6 bulan
- Pantang makan selagi baby yg fully bf x start solid food. Kalau x fully bf pun elok pantang makan 6 bulan supaya badan benar2 sihat.
- Pantang excercise yg hardcore.

Pantang setahun
- Minuman berais
- Pantang laksa dan pulut

Rawatan yg boleh diteruskan even dh habis tempoh 44 hari

- Bengkung. Pakai diwaktu malam dgn campuran ubat barut supaya dapat mengempiskan perut dan menganjalkan kembali kulit perut. Pakai sampai perut kempis

- Tangas. Buat seminggu 2-3 kali dan berhenti masa period.

- Mandi Serum. Amalkan masa haid.

- Urut. Sebulan sekali utk kesegaran.

- Mandi bunga. Setiap kali lepas habis haid.

- Makan ubatan herba. Setiap hari sepanjang 100 hari pertama. Lepas tu utk maintenance, 2-3 kali seminggu.


Semoga info ni bermanfaat untuk semua.

kredit fb Rahsia Hawa's photo.

- Mummy Ira -

Jom Beli Bihun Produk Muslim - BIHUN TAYBA

Assalamualaikum..
Baru ni kawan saya ada share 1 post yang menarik dalam fb..pasai BIHUN kluaran produk muslim.. BIHUN TAYBA. Baguih la kalau camtu..tak payah dah kita beli bihun produk lain yang kita sendiri pun ragu2 status halal kluaran produk tu. Jom kita baca info dari fb Akhi Zakaria Al Haj's post.





"Berita gembira untuk umat Islam..

Sudah ada bihun produk muslim?

Jawapan: Ya

Alhamdulillah kini Bihun Tayba tampil dgn menyelesaikan position pengguna umat Islam.

Positioning Tayba memposisikan manfaat kedalam minda orang Islam mencari produk halal.

Mengikut Pakar Pemasaran, Pengasas dan pelopor teori Positioning, Jack Trout, positioning bermula dengan produk, bukan apa yang kita lakukan pada produk atau servis yang mahu ditawarkan tetapi apa yang mahu dipasakkan kedalam minda orang atau bakal penggemar jenama yang dicipta.

Secara mudahnya positoning adalah nilai tambah atau manfaat produk atau servis yang diposisikan kedalam minda bakal penggemar jenama yang ditawarkan sebelum kita menyelesaikan masalah atau memudahkan hidup mereka.

Positioning manfaat jenama kedalam minda pelanggan adalah proses membentuk persepsi mereka terhadap jenama kita yang akhirnya melekat didalam ingatan mereka pada bila-bila masa sahaja mereka terpandang nama, logo, warna atau terbaca

Itulah jenama Tayba

Kenapa perlu pilih Bihun Tayba???

Keistemewaan Bihun Tayba

1. Produk 100 % keluaran muslim

2. Dibuat oleh tangan Muslim

3. Warna Beras Asli

4. Produk Bersih & Suci

5. Dibuat dari beras terpilih

6. 80 % dari beras

7. Proses menggguna mesin automatik

8. Brand D Halal Shoppe

9. Slogan "Halal fitrahku"

10. Dijamin tidak basi

11. Kilang Bihun Tayba Kilang Muslim.

12. Sijil Halal Bihun

https://m.facebook.com/profile.php?id=1383455451981848

Gambar menceritakan Tayba produk muslim. Jangan tunggu lagi

Ingat bihun ingat Tayba.

Viral & Share

Tugas kita sebagai umat Islam. Tanggungjawab bersama agar umat Islam dpt berita yg sohih.

SENARAI NAMA PENGEDAR BIHUN TAYBA SELURUH MALAYSIA
PENGEDAR DIPERLU SETIAP PARLIMEN SEGERA HUBUNGI 0199511444


1). KELANTAN

1. KOTA BHARU -
D HALAL SHOPPE -
09-7444144

2.BANDAR BARU TUNJUNG
SYARIKAT JAFFAR RAWAS -
017-5424011

3.KOTA BHARU
MASYI STORE HALAL - 019-3089106

4.PANJI-
USTAZ MAN
019-9555463

5. TUMPAT
Wakaf Bharu - Koperasi Kariah Masjid Wakaf Bharu- 0199511444

6.PENGKALAN CHEPA
Chempaka -
Ustaz Nik Razi-
0199430305

7. PASIR MAS
Tendong -
Nusaibah-
013-2368143

2). TERENGGANU

1. BESUT -
019-2124331
CIKGU ZA

2.KUALA TERENGGANU - 0199844310
Mohd Amin

3). PAHANG

1. TEMERLOH -
PAK LONG IMRAN
012-31334741

2.MARAN/JENGKA/KUALA KRAU
NORMAH
013-9140353

4). SELANGOR

1. HULU SELANGOR - Hairani (Bukit Sentosa) 0133252866

2. KUALA SELANGOR - Syed Kamaruddin (Puncak Alam)
0122160701

3. SERDANG -
BANGI - ZAWAYI 019-6105255

4. PUCHONG - 0193244717 AZ ZUHDI SHOP

5. KELANA JAYA - Mubil BAROKAH MART 0193060119

6. SUBANG
Al - Huffaz Fath Collection 018 - 3251843 (usj/putra heights)

7. SHAH ALAM S3
USRAH HALAL 0132917012

8.SHAH ALAM S7
GMH S7 - 019-3249171

9. KAPAR
PAK CHAT-016-6866166

10. KLANG -
Hajisan (Pulau Indah) 012-9115784

11.KLANG
EN. Nuruddin
016-2003337

12. KOTA RAJA - Hafiz (Kota Kemuning) 012-2664409

13. KUALA LANGAT - Man (Saujana Putra/Banting) 016-6305515

14. SG BULOH JERAM
EN FITRI
011-21217750

15. HULU LANGAT
USTAZAH HIDAYAH
017-9755276

16. SG BULOH K.L
UST FAIZAL
011-19312879

17.BATU CAVES/SERI GOMBAK
UST ALAUDDIN
017-2005453

18.BANDAR BARU BANGI
MOHD SYAM
0162179004

19. BANGI
KAK INA
0126788167

20. SERDANG
AFFIZAH
0126379037

5). KUALA LUMPUR

1. WANGSA MAJU - 019-2816962 INTAN

2. SETIAWANGSA - 0196607712 KAK CIK

3. SEREMBAN-
0192664977

1.KUALA PILAH
ALANG
013-2499040

2.SEREMBAN/NILAI
NORDIANA KAMARUDIN
0192664977

8). PERAK

1. PARIT BUNTAR ..en jamil 0195908262

2. TAIPING - 019-4300453 MY HIJRAH HALAL

3. TELOK INTAN - FULL ONE 013-9635879

9).PULAU PINANG

1.KEPALA BATAS.- En Azwan 0124822441

2.PENANTI - PASAR MINI AN NAHDHOH - 019 5717156

3. BUKIT MERTAJAM - BUMI BEST 013-4735584

10.KEDAH

1. LANGKAWI - EN ZALI 019-5599173

2.BALING Umar/sarah 0195546220

3. KULIM - BANDAR BHARU - MY HIJRAH HALAL 019-4300453

4.KILANG LAMA KULIM - KS IDAMAN AGENCY -0194741766

5.KULIM - KOPERASI KARIAH AL HUDA - 0194736998

11. PERLIS

 
2.KANGAR - HAUMAIRAZ
H FROZEN - 019-4574652

12) MELAKA

1.Hijrah Water Sdn Bhd -012-7176444

13) JOHOR BHARU

2. MERSING -Zulkifli 0197711615

3. KOTA TINGGI - Siti Zaharah 019 -7832608

4. PASIR GUDANG Hajah Hanidah - no 0197203301

5. JOHOR BHARU (Skudai) - Hajah Halidah 0197599100 075211828

------------------------------

Kalau ada yang ragu2..cuba call dan dapatan kepastian dari stokis yang berdekatan dengan tempat anda.


Jom kita share dan sebarkan. 

- Mummy Ira -

Rabu, 29 Julai 2015

Alhamdulillah..Akhirnya MHaziq Muqri Setuju Nak Pakai Alat Bantuan Pendengaran

Assalamualaikum..

Nampak gayanya Haziq Muqri mmg kena pakai jugak alat bantuan pendengaran ni. Ikutkan dulu dah pi chek kat hospital n kena pakai dah alat ni tapi Haziq Muqri tak mau. Kami tak mau paksa..biar dulu..pujuk pelan2. Tapi bila kami terang punya terang nak bagi dia paham..bagi memacam contoh yang dia mmg kena pakai, akhirnya Haziq Muqri nak pakai.

Bukan de 2 telinga Haziq Muqri tak dengaq..cuma sebelah kiri ja..yg kanan ok. Bukan tak dengar lansung tapi kurang sangat dengar. Baru ni buat audio test mmg tahap pendengaran telinga kiri makin kurang tahap pendengaran dia. Doktor ada bagitau ikut dia nak pakai ka dak coz ada sesetengah budak yg tak mau pakai, begantung ( dengar ) hanya dengan sebelah telinga ja TAPI doktor kata juga kalau boleh tu pakai laa. Takut nanti tahap pendengaran tu boleh jatuh ke tahap yg teruk. 

Doktor bagitau jugak..esetengah budak yg tak mau pakai tu..depa malu..so mak bapak pun tak mau paksa..bukan apa..nnti kalau beli tak pakai rugi duit. Alat ni bukan murah..boleh cecah beribu ringgit. Nasib kami baik coz ada kezen yang keja bahgian promote n joi alat bantuan pendengaran ni..lagi mudah dapat penerangan terpeinci  tentang pemakaian alat ni

Sebab utama kami suruh Haziq Muqri pakai ni sebabnya untuk belajar. Takut dia tak dengar n paham apa yg cikgu ajar. Doktor juga ada bagitau bila kita dengar hanya sebelah telinga..kadang2 tu kita tak brapa nak paham apa yang orang cakap. Dengar tapi tak jelas apa yang dicakapkan. Maybe atas nasihat kami n Haziq Muqri rasa apa yg doktor cakap tu betui..last dia nak juga pakai. 

Kami pesan kat dia jangan malu kalau orang kutuk..buat tak tau dah. Yang penting Haziq Muqri boleh dengar dengan baik dan belajar betul2 sampai berjaya..konpom org tak boleh nak kata apa dah. 

Yang paling penting kita sebagai mak bapak ni jangan malu kalau anak kita ada masalah. Cuba cari jalan..selesaikan. Bantu n tolong depa.  Kena berusaha dan terus menyokong anak kita supaya mereka boleh menghadapi hari2 yang mendatang. 

 ni masa audio test nak tengok tahap pendengaran telinga kiri tu

 ni alat demo ja..pakai dalam seminggu..
 
pilihan warna untuk alat ni..

#Alhamdulillah #LifeMustGoOn

- Mummy Ira -

Resepi Kerepek Bawang

Assalamualaikum..

 

Resepi Kerepek Bawang

Bahan-bahan :

bahan pedas :

3 cwn tepung gandum
2 batang serai*
2 inci lengkuas*
4 biji bawang putih*
7-8 biji bawang merah*
4 sb cili mesin/giling(nak pedas lebihkan)
2 sudu kecik udang kering (ditumbuk)
garam + ajinamoto secukup rasa
1/2 cwn air

bahan putih :
3 cwn tepung gandum
5-6 sb butter/majerin
garam + ajinamoto secukup rasa
air secukupnya

cara-cara :
-doh pedas
1) blenderkan bahan bertanda * hingga lumat sebati. tapis asingkan bhn2 blnder gn airnya ketepikan
2) dlm bekas yg lain masukan tepung,garam+ajinamoto,udang kering,cili mesin dan bawang yg diblnder tadi. kemudian gaul sebati sambil masukan air yg diasingkan tadi.
3) bentukan doh yg agak-agak boleh dicanaikan. bahagi tepung kepada 6 bulat2.

-doh putih
1) masukan tepung garam+ajinamoto,majerin dan air. jadikan doh.
2) bahagi tepung kepada 6 bulat2.

- 1) selesai membuat doh utk kedua2nya. canai tepung pedas. dan kemudian yg putih. gabungkan. canai kedua2 lapisan sehingga nipis. gulung. kemudian potong nipis2 dengan pisau yg tajam.
2) goreng hingga kekuningan. dan siap untuk makan...

Selamat mencuba n selamat makan 


- Mummy Ira -

Resepi : BLACK PEPPER SAUCE Dari Chef Amer Hamzah

Assalamualaikum..

Saya ada jumpa 1 resepi yang menarik dalam facebook..resepi BLACK PEPPER SAUCE..kkdg ramai dok tengok n baca pakat dok cari resepi ni..jom kita cuba resepi dari Chef Amer Hamzah

 

Chef Amer Hamzah Punya BLACK PEPPER SAUCE. Selamat mencuba! smile emoticon

Bahan - bahan :


40 gm mentega
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
5 gm bawang Holland
10 gm carrot
10 gm Celerry
1 keping Bay Leaf
1 gm Thyme
1 gm Oregano
1 gm Parsley
15 gm lada hitam biji
20 gm serbuk Stok Perang ~ jenama Knor
20 gm tepung
600 ml air
15 gm gula
5 gm garam
5 gm serbuk secukup rasa
25 ml krim tenusu

*Bawang putih, bawang merah, bawang Holland dikisar halus
*Karot dan celery juga di kisar
*Lada hitam pula ditumbuk atau dikisar kasar
(Bahan-bahan ini dikisar tanpa menggunakan air)

1. Mula-mula panaskan mentega
2. Tambahkan sedikit minyak olive oil
3. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan bawang Holland hingga garing
4. Kemudian masukkan karot dan celery masak lagi hingga garing
5. Selepas itu kita masukkan pula daun bay dan herba kacau perlahan
6. Masukkan pula tepung dan serbuk stok perang dan kacau hingga ia menjadi pes yang pekat dan hitam
7. Masukkan lada hitam dan kacau dengan api perlahan hingga naik bau
8. Tambahkan air dan bahan perasa, didihkan perlahan sambil di kacau hingga kuahnya sedikit pekat
9. Akhir sekali masukkan krim dan kacau rata.

Jom SHARE sama-sama...
Selamat Mencuba..

kredit Media Sensasi'

- Mummy Ira -

Ahad, 26 Julai 2015

Meriah Musim Buah Di Hari Raya

Assalamualaikum..

Bulan posa n raya kali ni..kena plak musim buah durian n rambutan. Jenuh makan buah. Sebabnya bulan posa, mana nak sempat makan buah. Tunggu malam la pulak..tu pun kalau boleh makan lagi..kalau kenyang pakai tak makan la buah tu.

Yang bestnya jalan jalan raya kali ni..pakat kurang makan kuih. Semua balun makan buah. Kena plak kalau tuan rumah tu ada dusun..lagi sedap makan laaa. Macam pak sedara Saya ada dusun buah durian n buah rambutan pun belakang rumah jaa..so jadi pesta makan buah je laa. Orang pi beraya semua di jamu buah. 

Tapi musim buah durian pun dah nak abes..rambutan tu ada la lagi. Tapi ada lagi la orang dok jual buah2 ni. Tak pa sekurang kurangnya dah puas makan buah durian n rambutan. Lepaih ni pakat perabih plak kuih raya..dah asyik makan buah jaa..kuih tak makan punnn..

 seronok memasing dapat makan buah

- Mummy Ira -

Lagi Perjumpaan BFF Di 'Open House' Raya

Assalamualaikum..

Lagi kisah perjumpaan BFF sempena raya ni..tapi bukan gathering laa..cuma salah sorang BFF ni buat open house. Hari ru jumpa kat Sungai Petani..kali ni kat Alor Setar ja.  Dapat la jumpa kejap walaupun tak jumpa semua. Ikutkan memasing dok area Alor Setar ja tapi main ngan memasing ada kerja..dok wasap n calling ja la.

Kira ok latu..dapat gak jumpa..Thanks to Suhana..BFF aka tuan rumah yang buat open house ni. Makan semua sedap2 n mengenyangkan. Ada laksam, soto, lontong, bihun sup, buah, serunding. Sayang, Saya tak dan nak snap pic. 

Bila ada kelapangan boleh la berkumpul camni lagi. Harap2 boleh la kita kekalkan ukhuwwah fillah ni hgga akhir hayat. 

 BFF.. Suhana ( tuan rumah ), Linda, Ummi, yg besaq tu Saya laa
 
- Mummy Ira -

Khamis, 23 Julai 2015

Petua Mudah Kempiskan Perut Buncit.

Assalamualaikum..
Petua Mudah Kempiskan Perut Buncit.

PETUA 1 (Asam Jawa)

 
Ambil sedikit asam jawa dan bancuh di dalam segelas air panas. Biarkan semalaman. Esok paginya, minum air bancuhan asam jawa tersebut. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

PETUA 2 (Daun lidah buaya, asam jawa)

 
Ambil sedikit daun lidah buaya. Masukkan dalam sebuah periuk dan tambahkan dengan air asam jawa. Didihkan bahan-bahan tersebut dengan api kecil sehingga pekat. Kemudian tutup api dan biarkan ia menyejuk dengan sendiri. Setelah dirasakan suam sedikit, lumurkan ramuan tersebut pada perut.

PETUA 3 (Limau nipis, kapur sirih)

 
Sediakan limau nipis dan kapur sirih. Perah air limau ke dalam piring atau mangkuk, campur dengan kapur sirih dan gaul hingga sebati. Lumurkan ramuan tersebut ke perut dan balut perut dengan sehelai bengkung. Lakukan setiap malam sebelum anda masuk tidur.

PETUA 4 (Limau nipis, air)

 
Air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda juga akan beransur turun.

PETUA 5 (Teh Cina, limau nipis)

 
Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

PETUA 6 (Teh hijau, Serbuk kayu manis, madu lebah)

 
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

PETUA 7 (minyak kelapa)

 
Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Sejukkan, kemudian sapu ke perut. Biarkan seketika selama 10 minit. Kemudian bilas. Amalkan setiap hari.

PETUA 8 (kapur makan, daun sirih, minyak kayu putih, limau nipis)

 
Bagi wanita selepas bersalin yang ingin mengempiskan perut kembali, amalkan campuran bahan ini untuk berbengkung. Campurkan sedikit kapur makan, beberapa helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan sesudu air limau nipis. Sapukan pada perut dan berbengkunglah seperti biasa.


Pakat cuba la nooo..

kredit Produk Kesihatan Berasaskan Herba Tradisional 100% Buatan Orang Kampung 

- Mummy Ira -

Jom Kita Derma Darah

Assalamualaikum..

Saya tak pernah lagi la derma darah..teringin tu teringin..tapi tak pernah pi derma pun. Jom pakat kita pi derma darah. 

Stok Darah jenis O, A & B SANGAT RENDAH seluruh negara ketika ini. Bantuan dan sokongan anda amat diperlukan untuk selamatkan nyawa pesakit 


Ktiteria asas untuk menderma darah 


ANDA LAYAK MENDERMA DARAH SEKIRANYA :

1. Sihat tubuh badan.


2. i) Berumur di antara 18-65 tahun untuk yang pernah menderma.

ii) Berumur di antara 18-60 tahun untuk pertama kali menderma.

iii) 17 tahun (perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa/penjaga).

3. Berat badan 45kg ke atas.

4. Tidur minimum 5 jam.

5. Tiada masalah kesihatan.

6. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah.

7. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut :

Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual).
Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial.
Bertukar-tukar pasangan seks.
Mengambil dadah secara suntikan.
Menjadi pasangan hubungan jenis kepada golongan di atas.
8. Pendermaan terakhir 3 bulan lepas

9. Bagi penderma wanita; tidak mengandung, tidak datang haid, tidak menyusukan anak.

10. Jangan menderma jika anda :

Pernah tinggal di United Kindom (England, Northern, Ireland, Scotlaand, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan (terkumpul) atau lebih.
Pernah tinggal di Europe dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 5 tahun (terkumpul) atau lebih.




Maklumat lanjut mengenai #dermadarah boleh didapati di www.pdn.gov.my | KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA | www.fb.com/medicaldevelopment

- Mummy Ira -

Kalau Anda Rajin Boleh Cuba - 30 PETUA MELAYU LAMA

Assalamualaikum..

Kalau anda rajin..boleh cuba petua petua melayu lama..banyak juga petua yang boleh kita ikut..tapi kena rajin n bebetui ikut..jom baca..yang mana kita boleh ikut n buat..buat jaaa..

30 PETUA MELAYU LAMA

1. MENURUNKAN BERAT BADAN

Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.


• Caranya : sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air mnuman setiap kali selepas anda makan tengah hari dan makan malam.
Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkan meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.


2. ELAK KENCING MALAM UNTUK ANAK KECIL
Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecl madu lebah dan terus hirup. Amalkannya disebelah pagi dan sebelum masuk tidur. Mudah-mudahan, anak kecil anda akan berhenti kencing malam atau setidak-tidaknya dapat mengurangkan jumlah dia buang air kecil.

3. TEPUNG UBI PENAWAR RUAM

Cara yang baik untuk menghindarkan ruam dari tubuh bayi anda ialah dengan melumurkan tepung ubi selepas mandi. Pastikan bahagian-bahagian utama yang menjadi sasaran serangan ruam seperti di leher, punggung dan dada di lumur.

4. UBATI SAKIT DADA

Ambil beberapa ulas halia. Tumbuk hingga lumat dan perahkan airnya. Ambil satu biji telur ayam kampung. Keluarkan kuningnya sahaja. Campurkan bersama madu lebah tulin. Kacau rata-rata dan minum setiap pagi sebelum sarapan.

5. HILANGKAN URAT DI KAKI

Bagi ibu-ibu yang mengandung mereka sering mengalami masalah urat timbul di kaki dan ia berlarutan hingga bersalin. Di sini, ada satu petua untuk mengatasi maalah ini, ketika tidur anda mesti meletakkan kaki lebih tinggi dari kepala. Atau ambil sebesen air suam, rendamkan kaki anda selama 15 hingga 20 minit setiap hari. Lakukan hingga anda memperolehi hasil yang memuaskan. Atau, anda boleh mengurutnya perlahan-lahan dengan menggunakan minyak urut.

6. RASA GARAM DALAM MASAKAN

Untuk merasa garam dalam masakan memang menjadi masalah terutama jika anda berpuasa. Bagaimana cara terbaik untuk mengatasi masalah ini dengan meletakkan kuah di atas jari anda. Jika kuah itu tidak meleleh ia menandakan masakan anda cukup masin tetapi jika jari anda merasa perit ini menandakan masakan anda terlebih garam.

7. SIMPAN KELAPA PARUT

Masukkan kelapa dalam tapisan. Letakkan di atas periuk yang berisi air panas. Biarkan wap itu masuk ke dalam kelapa.

8. MENGHILANGKAN KEDUT
Wanita yang sudah berumur biasanya sangat takut kelihatan tua. Terutamanya di bahagian muka, kerana muka adalah bahagian yang mula-mula menjdi tumpuan pandangan seseorang. Bagaimanakah caranya untuk menghilangkan kedut-kedut yang mula berjinak-jinak di muka anda? Sebenarnya tidak sukar menghilangkan kedut-kedut di muka asalkan anda rajin melakukannya. Ambillah sebiji lobak merah. Parut hingga hancur. Kemudian ambil satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Campurkan semua ramuan itu dan kacau hingga sebati. Sapukan di tempat yang berkedut itu. Biarkan selama 20 minit, barulah dibasuh dengan air bersih. Lakukan selalu, Insya-Allah wajah anda kelihatan berseri dan kedut-kedut yang mula bertapak itu akan menghilang.

9. PENYERI MUKA

Selain dari menghilangkan kedut di muka, ada juga amalan yang boleh dilakukan supaya muka akan sentiasa kelihatan berseri. Caranya ialah, cuci muka setiap pagi dengan daun teh yang sudah direndam. Sapukan the tersebut ke muka, sepuluh minit kemudian basuhlah dengan air bersih. Ataupun anda sapukan muka dengan putih telur. Biarkan selama sepuluh minit. Kemudian bersihkan dengan air. Lakukan begitu seminggu sekali. Anda akan nampak keberkesanannya.

10. GARAM UBATI SAKIT GIGI

Sakit gigi memang amat menyeksakan.Apa lagi kalau terkena di tegah malam. Hendak ke klinik mungkin klinik tutup. Jadi anda terpaksa menanggung sakit sampai ke pagi. Kerana itu berikhtiarlah sebelum sakit gigi menimpa anda. Petua ini elok dilakukan bagi menghindar dari terkena sakit gigi. Caranya, campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi apabila hendak menggosok gigi setiap pagi. Jika ini diamalkan, anda bukan sahaja dapat menghindarkan diri dari sakit gigi dan mulut, malah gigi anda juga akan menjadi lebih putih dan berseri.

11. MULUT BERBAU
Mulut berbau tentu menimbulkan masalah apabila hendak bercakap dengan seseorang. Untuk mengatasinya, cuba ikut petua ini. Ambil tujuh helai daun sirih. Racik halus, kemudian diramas dengan semangkuk air suam. Campurkan sedikit garam, kumurlah setiap hari dengan air itu. Insya-Allah masalah mulut berbau akan dapat diatasi.

12. IKAN KERING TIDAK BERULAT
Benda-benda busuk selalu dihinggapi lalt termasuk ikan kering. Keadaan ini menyebabkan ia mudah berulat. Untuk mencegahnya, jemurkan ikan di tempat panas, taburkan sedikit serbuk lada hitam yang telah ditumbuk kasar ke atasnya. Cara ini lalat tidak akan hinggap lagi.

13. TUMIT KAKI TIDAK PECAH

Bagi anda yang menghadapi masalah ini, boleh mencuba petua ini. Ambil sebiji buah betik yang masih muda. Hiriskan di bahagian hujungnya agar mengeluarkan getah. Sapukan getah betik tersebut ke bahagian tumit yang pecah. Lakukan berulang kali beberapa hari jika ingin mendapat hasil yang memuaskan.

14. KEKALKAN KEPUTIHAN PERIUK

Jika anda masak menggunakan dapur kayu atau arang, tentu anda menghadapi masalah periuk hitam dan sukar dibersihkan. Bagi mengatasi masalah ini, sebelum memasak, sapukan dahulu bahagian luar periuk anda pencuci pinggan seperti Axion. Setelah siap masak, cucilah periuk dengan penggosok. Insya-Allah kotoran dan kesan hitam akan mudah dihilangkan.

15. HILANGKAN DARAH TINGGI


Jika anda menghidap sakit darah tinggi,ambillah daun kucai kira-kira seikat. Bersihkan dan tumbuk dengan sedikit garam. Perah ambil airnya, bubuh dalam mangkuk dan embunkan. Minumlah pagi-pagi sebelum makan apa-apa, Insya-Allah sembuh. Kalau sekali minum tidak sembuh, jangan berputus asa. Cuba dan cuba lagi. Selalunya penyakit tidak akan sembuh dengan sekali berubat. Kerana itu cubalah amalkan banyak kali, bersabar dan bertawakal.

16. KHASIAT DAUN JAMBU BATU

Kalau anda terkena sakit perut, buang-buang air, perut kembung, masuk angin dan citir-birit, ambillah beberapa helai daun jambu batu yang masih muda (pucuknya). Mamah daun jambu batu itu dengan garam lalu airnya ditelan. Atau daun jambu biasa yang masih muda dimamah halus dan ditelan. Insya-Allah mujarab dan sakit perut anda akan hilang dengan sendirinya.

17. CARA CUCI BARANGAN PERAK

Campurkan perahan air limau dan garam dalam semangkuk air dan cucikan barangan perak anda. Hasilnya ia lebih berkilat.

18. HILANGKAN BAU DAN PENING MAKAN DURIAN

Biasanya selepas anda nemikmati buah durian, mulut atau sendawa anda akan berbau. Dan pada sesetengah orang pula dia akan terasa mual, pening atau mabuk.Untuk mengelakkan semua ini ambillah pangsa durian tadi dan curahkan sedikit air di dalamnya. Ratakan air itu dan minumnya. Insya-Allah semuanya beres.

19. UBAT GIGI PENAWAR KULIT MELECUR

Cara yang paling mudah mengubati kulit yang melecur ialah dengan menyapu ubat gigi ke atas kulit berkenaan sebaik ianya terkena.

20. MINYAK TANAH HILANGKAN KUTU

Satu lagi petua mudah untuk menghilangkan kutu kepala ialah dengan melumurkan sedikit minyak tanah di serata kepala. Kemudian balut kepala dengan kain lembab. Biarkan selama dua atau tiga jam. Anda akan lihat kemudiannya kutu-kutu melekat pada tuala itu dan kepala anda bebas daripadanya.

21. ARANG KAYU PERAPI RAMBUT

Percayakah kayu arang dari batang getah boleh menghitam dan mengilatkan rambut. Caranya, keringkan arang itu beberapa hari kemudian tumbuk sehingga lumat. Selepas itu, campurkan dengan minyak kelapa. Lumurkan ramuan itu pada rambut setiap hari dan cucilah. Lakukan sekerap yang boleh.

22. PENAWAR BISUL/KUDIS

Ambil segenggam daun sengkuri. Petik daun muda dan keringkan sebentar, kemudian baru digiling dengan tujuhbiji mata kunyit serta sedikit melukut. Kemudian calitkan sedkit kapur sirih dan sapukan daun yang digiling tadi di atasnya. Sementara untuk menghilangkan bengkak bisul dan bissanya, sapukan cuka dan nila. Petua ini juga boleh menawarkan sakit beguk di leher. Bagi kudis pula, rebus antara 30 helai pucuk daun jambu batudengan dua gelas air. Campurkan secamca garam. Bila mendidih, biarkan ianya suam dan cucilah kudis atau gatal-gatal berkenaaan.

23. CARA HILANGKAN GRIS
Minyak gris biasanya sukar ditanggalkan jika terkena pakaian. Tetapi ada petua untuk menghilangkannya. Cuab titiskan secamca minyak tanah dan kemudian sapukan rata-rata sedikit sabun serbuk atau buku. Biar seketika dan kemudian sental kuat-kuat. Ulangi beberapa kali sehingga kesannya hilang.

24. PETUA SUBURKAN POKOK BUNGA
Taburkan sedikit serbuk kopi di sekeliling pangkal pokok bunga anda. Hasilnya, anda akan lihat pokok bunga subur menghijau.

25. PUTIH TELUR PENGHILANG PARUT

Jika pada tubuh anda terdapat bekas luka ataupun parut yang tidak mahu hilang, cubalah gunakan putih telur ayam kampung. Setiap kali hendak tidur, sapukan putih telur tersebut pada parut luka itu. Lakukan secara terus-menerus. Nescaya parut luka anda akan hilang.

26. BILA NASI BERBAU HANGIT

Kadang-kadang kerana kelalaian kita, nasi yang dimasak boleh menjadi hangus dan berbau hangit. Kerana itu anda jangan susah hati, cubalah cepat-cepat ambil pucuk daun pisang, masukkan ke dalam nasi tersebut dan tutup semula rapat-rapat. Insya-Allah bau hangit akan berkurangan.

27. UBAT DEMAM MALARIA

Daun betik yang masih muda ditumbuk hingga haluslau diperah. Air perahan ini bolehlah diminum sebagai ubat demam malaria. Selain itu, ia juga boleh diminum setelah selesai haid. Kerana ia boleh melancar dan membersihkan sisa-sisa darah kotor.

28. MENGHILANGKAN GATAL-GATAL

Ada cara mudah untuk menghilangkan kegatalan akibat peluh yang mengancam seluruh tubuh kita. Ambil sesudu makan tepung sagu dan campurkan dengan sedikit air. Titiskan cuka sebanyak empat titis. Setelah dikacau, sapukan bahan itu pada bahagian yang gatal. Lakukan setiap hari sehingga bintik-bintik gatal akibat peluh itu hilang dari tubuh anda.

29. MENGHILANGKAN BAU PEDAS (CILI TUMIS)

Memasak sambal tumis atau asam pedas, anda tentu terpaksa menumis cili boh atau cili giling. Apabila cili ditumis, anda tentu dapat rasakan mata dan hidung menjadi pedih dan berair. Seluruh ruang dapur malah seluruh rumah akan mendapat akibatnya. Untuk menghindarkannya, cubalah masukkan gula pasir ke dalam minyak penggoreng yang telah panas itu. Kemudian barulah menumis bawang dan cili tersebut. Insya-Allah, bau pedasdan cili tumis itu tidak akan mengganggu anda sekeluarga.

30. BINTIK-BINTIK MERAH DI BADAN

Kadang-kadang tanpa anda sedari, tubuh badan anda terkena bintik-bintik merah. Mungkon ini disebabkan terkena bisa serangga atau ulat bulu yang menyebabkan gatal-gatal atau pedih. Sekiranya anda mengalami keadaan demikian, janganlah panik. Ambillah sepotong kunyit, parut kunyit itu dan bubuh kapur sirih serta air. Panaskan ramuian tersebut di atas api, kemudian sejukkan. Setelah sejuk sapukan di bahagian bengkak-bengkak itu. Insya-Allah dalam waktu 5 minit penyakit tersebut akan hilang.


Semoga bermanfaat untuk semua..

kredit  Morocco White Express HQ


- Mummy Ira -

Selasa, 21 Julai 2015

BFF Gathering Ex Maahadian Ukhwah Hingga Akhir Hayat

Assalamualaikum..

Syawal ke-3..Saya beraya jauh sikit..nunnn di Sungai Petani. Hari ni juga hari yang saya tunggu sebabnya ada perjumpaan dengan BFF Ex Maahadian. Bukan senang memasing nak jumpa. Sebabnya memasing dok jauh. Bila ada peluang jumpa ni..jumpa n sembang puas puas. Walaupun masa agak terhad, seronok dapat jumpa bff ni.

Kawan2 camni yg susah kita nak cari..walaupun memasing dah ada life sendiri..dapat kawan2 baru..tapi kwan2 yg lama ttap tak lupa n semakin rapat cam satu family..bila ada masa n kelapangan pakat jumpa. Lagi best bila si pak2 buleh sembang rabung elok..kkdg bukan senang si pak2 ni nak nyembang rabung..tapi bila dah kenai rapat..ok laa.



So..tq buat bff semua..best sangat boleh jumpa ..walaupun tak semua..harap2 boleh la kita kekalkan ukhuwwah fillah ni hgga akhir hayat. 

SELAMAT HARI RAYA

- Mummy Ira -


Raya Oh Raya - Dapat Juga Bergambar Semua

Assalamualaikum..

Kali ni dapat juga Saya ambik gambar wajah anak2 bersama sepupu sepapatnya. Kiranya anak saudara Saya la. Bukan senang nak bergambar..memasing ada perangai memasing. So..bila dah siap pakai lawa2 n balik rumah saudara jumpa..terus Saya suruh berkumpul n ambek gambar. Dapat juga akhirnya. 

Suasana raya ni lebih berasa kalau ada budak budak ni. Pakat balik seronok berjumpa..main bunga api..pi beraya kutip duit raya. Cam kita dulu dulu laa..raya yang meriahnya masa zaman bebudak. Sekarang tu meriah tapi lebih meriah dengan anak anak. So..puas hati juga dapat ambek gambar bebudak ni..SELAMAT HARI RAYA ..

ni sebelah family Saya


ni sebelah family Cik Husband

- Mummy Ira -
Bagi mengatasi masalah ini kebanyakan wanita mencari pelbagai cara untuk menambah susu antaranya amalan pemakanan tradisional seperti sup kacang merah, air kurma merah dan longan, betik hijau dan lobak putih bagi menambah pengeluaran susu badan. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/65484#sthash.WXpLJnoP.dpuf

Isnin, 20 Julai 2015

Video - Nenek Tunggu Siapa, Iklan Raya Go Shop 2015

Assalamualaikum..

Saya dok tengok jugak tv tapi tak selalu sangat ikut setiap rancangan tu..cuma baru2 ni My Sis ada tanya..Saya ada tengok tak iklan raya Go Shop. Yang Nenek tunggu cucu balik tu. Memang Saya tak tengok..kot ada tak perasan. My Sis kata iklan tu lebih kurang cam My Mom..sebabnya My Mom kan peminat Go Shop. 

Tak puas hati..saya cari dalam youtube..bila Saya tengok..ye laaa..lebih kurang. Salah 1 channel faveret My Mom..channel Go Shop. Tapi tak la sampai camtu. Cuma iklan tu nak tunjuk betapa Si Nenek tu suka sangat dengan Go Shop ni. Tunjuk kat My Mom..gelak ja diaaa...

Rasanya ada yang dah tengok iklan ni..


Iklan Raya Go Shop 2015 - Shop at Go Shop 

- Mummy Ira -

Apa Hangpa Semua Nak Buat ..

Assalamualaikum..

Tak ingat pulak sapa yang post gambaq ni..Saya ambek dari facebook group Penduduk Alor Setar/Jitra..nak tegelak pun ada..kalau bebetui jadi depan mata konpom takut. Captionnya ialah..

"Assalam warga aloq staq/jitqa nk tnya pndapat ampa..kalau ampa dlm situasi ni..apa ampa nk buat??..hmm..

A) ajak dia lawan lari dlm guni.
B) ajak dia selfie.
C) lari blik balik rumah makan nasik.
D) pi qenggah gelak dpn muka dia.
 


 

Sekali sekala nak buat lawak..apa salahya..hehehe

- Mummy Ira -

Ahad, 19 Julai 2015

JAGALAH KESIHATAN ANAK-ANAK KECIL SEMASA MUSIM RAYA

Assalamualaikum..

Bila musim perayaan ni..masa ni la peluang semua untuk berjumpa dan berkumpul dengan saudara mara. Tak pun masa ni jugak la, peluang untuk bawak family berjalan2 ziarah rumah sedara n kawan2 dan sebagainya. Tu tak kira dengan open house lagi. Kalau yang ada anak kecil atau yang baru dapat baby..masa ni juga masa untuk perkenalkan anak2 kat saudara mara. 

Saya ada baca dalam fb Ibu Rose - Mesejnya Kasih tentang kesihatan anak2 kecil masa musim raya. Rasanya apa yang ditulis Ibu Rose tu ada betulnya. Tak salah kalau kita nak bawak anak2 berjalan masa musim raya ni. Cuma kita jangan la ralit..sampai lupa keadaan anak tu. Jom baca apa yg Ibu Rose tulis

JAGALAH KESIHATAN ANAK-ANAK KECIL SEMASA MUSIM RAYA

Semasa musim raya ni sebab sekarang musim panas, maka perlu ambil langkah dalam menjaga suhu badan anak-anak kecil. Jika balik kampung buatlah persiapan untuk menjaga kesihatan anak-anak kecil.

Usahalah untuk tidak membawa anak-anak keluar rumah semasa matahari terik dan panas yang tersangat. Oleh itu rancang masa anda menziarahi keluarga.

Jika terpaksa kerana ramai keluarga, maka cari peluang untuk memandikan anak kecil sekerap yang boleh atau membasahkan badannya dengan air supaya badannya sejuk dan selesa. Pastikan memulakan dengan kaki dan baru naik ke atas ke kepala. Jika dibasahkan dari kepala, maka akan menyebabkan haba naik semua ke kepala dan ini adalah merbahaya untuk baby.

Pakaikan pakaian kain kapas yang selesa supaya anak-anak kecil selesa dan tidak naik ruam. Bawa bekalan ubatan yang sesuai dan perlu sekiranya anak kecil itu demam atau batuk atau selsema kerana mungkin payah nak ke klinik kerana klinik tutup.

Suami isteri dan datuk nenek perlu bertimbang rasa di dalam membuat rancangan menziarahi. Jika budaya keluarga anda adalah datang berziarah beramai-ramai secara berkeluarga, maka ambil kira ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil. Rancang dengan baik supaya semua boleh mengikuti dengan seselesa yang terdaya.

Kita yang sudah tiada anak-anak kecil ni janganlah demand ibu bapa beranak kecil itu untuk turut serta di dalam semua aktiviti.

Tidak ramai datuk-nenek yang tidak peka. Ramainya yang peka dan fikir kesihatan cucu-cucu. Namun, peringatan ini sekadar mengingatkan agar tidak terlupa terutama bagi yang baru menjadi atuk dan nenek. Yalah kadang-kadang kita tidak terperasan sebab kita sendiri sudah lama tidak beranak kecil.

Anak-anak kecil ni, ada yang tahan lasak dan ada juga yang agak fragile kesihatan mereka. Maka janganlah dibanding-banding dan mengkaitkan dengan ibu bapa mereka.

Semoga hari raya anda merupakan hari yang membahagiakan serta mengeratkan pertalian sesama ahli keluarga kecil dan kembangan.


kredit fb Ibu Rose - Mesejnya Kasih

- Mummy Ira -

Homemade Ketupat Pulut Jagung

Assalamualaikum..

Ni crita masa bulan posa baru lepas ni. Cerita pasai buat ketupat. Tiap tiap tahun My Mom mesti akan masak n balut ketupat sendiri. Katanya kalau beli tak puas makan..takut tak ikut citarasa yg kita nak..kalau kita buat sendiri baru puas hati.Tiap tiap tahun jugak ni menu yang wajib mesti ada. My Mom selalu baut ketupat pulut jagung. Kali ni buat awai sikit. Takut tak sempat nak rebus. Bnyak lagi menu yang nak kena masak. 

Nak buat ketupat pulut ni..tak banyak sangat bahan yang kita nak guna. Kena ada daun palas, santan, pulut, jagung..nak bagi ada rasa buh la garam sikit. Nampak tu macam senang tapi kalau tak kena cara tu..tak jadi jugak ketupat ni. Ada juga cara masing2 nak buat ketupat ni. Selalu yang Saya dengaq, ada yang kta tak pandai balut ketupat. Saya pun tak la beberapa pandai sangat..boleh la sikit sikit.

 bahan yg kena ada. Nyok putih ( perah ambek santan)
pulut n jagung
 masak santan dulu..kacau jangan bagi hangit. buh la garam sikit.
My Mom agak2 ja dalam sediakan santan n pulut.

 agak dah masak santan tu..masukkan pulut..kacau sat..
lepaih tu jagung. Nak buh sekali pun tak pa.

 kacau sampai sebati smpi kering..agak2 separuh masak.
 tutup dulu nak bagi kering sikit

 sedia untuk dibalut. dah pulut tu tak setengah masak..
 jangan buh banyak sampai penuh ketat..takut nanti masa rebuih 
tak masak pulut tengah

 simpan dulu dalam peti ais..sehari sebelum raya..rebus sampai masak..
dah masak jgn biaq lama dalam ayaq tu..nanti lembik..
bawak keluaq n lap ketupat tu bagi kering..
boleh la simpan dalam bekas.

Kat bawah ni..ada la sikit cara My Mom balut ketupat.



Camtu la caranya..tapi cam Saya kata..setiap orang ada cara memasing nak masak/buat ketupat ni. Lain orang lain caranya..

- Mummy Ira -

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436H/2015 Dari Saya..Zahirah Dzahir Dan Sekeluarga

Assalamualaikum..


Ramadhan dah berlalu..masuk la pula bulan Syawal. Rasanya tak terlambat Saya nak ucapkan Selamat Hari Raya. Buat pembaca blog dan rakan rakan  walaupun ada yang tidak pernah bersua muka. Saya susun 10 jari memohon kemaafan andai ada 
perbuatan, percakapan, penulisan yang tidak menyenangkan hati semua..



Ampun dan maaf dipinta.Semoga bergembira dan dapat bersama sama kaum 
keluarga yang tercinta di hari yang mulia ni..

Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir dan Batin.
Salam ingatan ikhlas dari
www.iramummysikembar.blogspot.com/
Zahirah Dzahir dan sekeluarga

- Mummy Ira -