Selasa, 30 Jun 2015

Statement Mohon Maaf Dari Pemilik Me'nate Steak Hub

Assalamualaikum..

Akibat dari tindakan Azwan Ali memaki hamun followernya dalam twitter berkenaan dengan kes ' Menate', akhirnya pemilik Me'nate Steak Hub, Mustaffa Othman @ Pak Mus tampil memohon maaf bagi meredakan isu ni. Kalau ikutkan Mustaffa Othman @ Pak Mus tak perlu minta maaf sebab bukan beliau buat salah apa pun.
Because his a humble person..beliau tetap buat statement mohon maaf. Jom baca luahan hati pemilik Me'nate Steak Hub, Mustaffa Othman @ Pak Mus..

sebelum tu..
Kot ada yang tak tau apa la Me'nate ni boleh ke fb Me’nate Steak Hub



Bismillah’Hir’Rahman’Nir’Rahim

ATAS APA SEBAB SEKALIPUN MANA MUNGKIN MANUSIA MAMPU
UNTUK MEMBAHAGIAKAN SELURUH MAKHLUK ALLAH YANG BERGELAR
MANUSIA.


TAPI PERLU KITA INGAT BAHAWA KITA MAMPU MENDOAKAN KEBAHAGIAAN SELURUH MAKHLUK ALLAH.


Yang keruh kita jernihkan.
Yang silap kita maafkan.
Yang kusut kita leraikan.
Yang Hitam kita putihkan.
Yang tumbang kita tegakkan.
Yang bercakaran kita amankan.
Yang buruk kita baikkan.


Saya merayu dan memohon dengn ikhlas atas lafaz saya “Lillah’Hi’Taala” memohon KEMAAFAN pada sesiapa sahaja seandainya apa jua kekhilafan saya dalam menjalani kehidupan seseharian saya baik dalam persahabatan & perniagaan saya memohon dan merayu agar berilah ruang untuk saya memperbaiki segala kesilapan saya mungkin atas apa perlakuan saya menyebabkan ada yang bersalahanggap di antara satu insan lain pada yang lain harap dapat kiranya kita saling maaf bermaafaan diantara kita.


Untuk Saudara Azwan Haji Ali & Cik Nur Azira Wazi Azman saya khususnya MEMOHON JUTAAN MAAF dari kamu berdua, juga pada seluruh warga MAYA yang secara tidak langsung yang telah menghamburkan segala kata kesat pada Saudara Azwan Ali & Cik Nur Azira Wazi Azman, saya mohon kemaafan pada semua, juga menyeru seluruh warga MAYA agar hentikan segala kata kata serta cacian demi kebaikkan semua.


Doa saya buat kalian semua semuga ALLAH memberkati hidup kita semua, dipanjangkan umur, disihatkan tubuh badan dipermudahkan segala urusan kita dunia Wal Akhiroh,
Ameen Ameen AllahHumma Ameen.


Dengan penuh keikhlasan Lillah’Hi’Taala dari saya

Mustaffa Haji Othman
Pemilik Me’nate Steak Hub


sumber  fb Me’nate Steak Hub

- Mummy Ira - 

Ahad, 28 Jun 2015

Jagalah Hubungan Kita Dengan Adik Beradik

Assalamualaikum..

Memang menarik post dari Ahmad Humaizi ni. La ni banyak yang Saya tengok, SESETENGAH diantara adik beradik yang hidup senang..ada yang sombong, jadi kesayangan ibu bapa, dan jarang bantu adik beradik yang hidupnya serba kekurangan. Yang hidup serba kekurangan ni..semua tak kena. Rasanya Siapa yang berada dalam situasi camni..mesti paham camna keadaannya.. 

"Teruskan berdoa, semoga abang,kakak adik kita dilapangkan REZEKI kekayaan REZEKI umur yang panjang dgn kesihatan yang baik ,diberikan hidayah juga bahagia dunia dan akhirat.."

Jom baca..

Jagalah hubungan kita dengan adik beradik

Imam Ghazali dikenali sebagai pakar merawat sakit hati. Rujuklah kitab tulisannya iaitu Ihya' Ulumiddin. Betullah selalu wujud perasaan dengki antara adik-beradik. Kita kena ubah sifat ini dan ganti dengan sifat syukur dan redha.

Ada satu cerita seorang Professor yang mempunyai 4 orang anak. 3 orang anaknya pandai dan menjadi doktor, manakala yang keempat tidak begitu pandai dan cuma bekerja sebagai kerani sahaja. Professor itu rasa begitu pelik sehingga mengatakan yang anak keempatnya itu bodoh. Ditakdirkan, Allah menguji Professor itu terkena strok.

Dalam kesemua anaknya, anak yang keempat itulah yang menjaganya sepanjang masa. Anak yang lain sibuk dengan kerjaya.

Oleh sebab itu kita tidak boleh dengki dengan kelebihan yang Allah kurniakan pada adik-beradik yang lain. Seumpama jari kita yang lima, semuanya ada fungsi tersendiri. Kurang satu akan menjadi tidak sempurna.

Nabi SAW ada bersabda yang bemaksud, “Perasaan hasad memakan pahala amalan sepertimana api memakan kayu.

Kita perlu berlapang dada dan gembira dengan kelebihan yang dimiliki adik-beradik lain. Bagi yang lebih berjaya pula, jangan sombong dan bantulah adik-beradik lain yang kekurangan.

Fikir fikirkan apa yang kita patut bantu adik beradik yang ada kekurangan jangan bagi org lain mencaci dan menghina meraka

Hukum menghina, perli orang lain adalah haram. Allah SWT melarang kita berbuat begitu. Oleh itu kita tidak boleh memperlekehkan apa yang dibuat oleh adik-beradik kita atau orang lain.

JADI nasihatkan darah daging kita supaya dia juga turut rasa dihargai org ramai
Hulurkan tangan kita bila dia perlukan...Ibubapa kita juga akan Aman disana melihat anak anak mereka....

Harta ibu bapa yang paling bernilai ialah anak-anak iaitu adik-beradik kita. Cuba perhatikan jika anak-anak sakit, ibu bapa sanggup gadaikan harta untuk menyelamatkan anak-anak.

Oleh itu janganlah kerana harta ibu bapa , adik-beradik bergaduh ,Sedangkan itu cuma harta dunia....harta yang membawa hingga ke Jannah Allah adalah silaturahim adik beradik itu...

Doa merupakan perisai orang orang beriman. Allah berfirman yang ringkasannya bermaksud, “Berdoalah kepada-Ku, Aku akan makbulkan.” Jadi doakanlah untuk adik-beradik kita kepada Allah SWT. Kita bertemu Allah paling kurang 5 kali sehari. Apabila kita mendoakan seseorang, dan orang itu tidak mengetahuinya, maka malaikat juga akan mendoakan kita doa yang serupa juga.

Teruskan berdoa, semoga abang,kakak adik kita dilapangkan REZEKI kekayaan REZEKI umur yang panjang dgn kesihatan yang baik ,diberikan hidayah juga bahagia dunia dan akhirat..

Rasulullah shallallahu alaihi wassalam pernah ditanya oleh seorang sahabat, “Wahai Rasulullah kabarkanlah kepadaku amal yang dapat memasukkan aku ke surga”. Rasulullah menjawab; “Engkau menyembah Allah, jangan menyekutukan-Nya dengan segala sesuatu, engkau dirikan shalat, tunaikan zakat dan engkau menyambung silaturahmi”. (HR. Bukhari)

Dari Anas bin Malik, Rasulullah shallallahu alaihi wassalam bersabda, “Barangsiapa bertemu saudaranya dengan membawa sesuatu yang dapat menggembirakannya, pasti Allah akan menggembirakannya pada hari kiamat.” (HR. Thabrani)

“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah menyambung keluarga (silaturahmi).” (HR. Bukhari)

“Tidak masuk surga orang yang memutus keluarga.” (HR. Bukhari dan Muslim)

share lah jika kita sayang dengan adik beradik kita...


sumber  fb Ahmad Humaizi

- Mummy Ira -

Info Info Dalam Bulan Ramadhan

Assalamualaikum..

Jom kita baca info info menarik dalam bulan ramadhan..


Tahukah anda? Antara peristiwa penting dalam sejarah Islam yang berlaku dalam Bulan Ramadan:
1. Al-Quran diturunkan.

2. Khadijah binti Khuwalid memeluk Islam dan juga meninggal dunia.

3. Abu Talib meninggal dunia.

4. Peperangan Badar.

5. Zakat fitrah diwajibkan.

6. Penaklukan Kota Mekah.

7. Solat Tarawih didirikan secara berjemaah pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab.

8. Peperangan Tabuk.

9. Islam berkembang ke Yaman dan Bani Thaqif yang datang dari Taif memeluk Islam.


Hikmah Disebalik Ibadah Puasa

1. Memupuk sifat ikhlas dan sabar

2. Memupuk semangat mujahadah (berjuang) dan membina kekentalan jiwa daripada mengikut hawa nafsu dan melakukan perbuatan mungkar.


3. Memelihara fizikal; perut, mata, telinga, lidah, tangan dan kaki daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa.

4. Melahirkan rasa prihatin, belas kasihan dan kebertanggungjawaban untuk melaksanakan tanggungjawab sosial.

5. Membuka hijab antara diri dengan Allah melalui pembersihan roh dan hati.

6. Mengenali erti kejayaan sebenar iaitu orang yang berpuasa akan memperolehi dua kejayaan, pertama ketika berbuka dan kedua ketika menemui Allah.

7. Memperkasa kesatuan ummah.

8. Menyihatkan tubuh badan

9. Melatihkan diri menguruskan masa dengan baik melalui ketelitian menentukan waktu berbuka puasa dan bersahur.

10. Merapatkan hubungan dengan alam melalui pemerhatian perjalanan bulan dan bintang dalam menentukan Ramadan dan Syawal.


Fikir dan tentukan di manakah kedudukan puasa kita? Atau sekadar mendapat lapar dan dahaga semata-mata?


 

Semoga bermanfaat untuk semua..
sumber fb JAKIM


- Mummy Ira -

Pilihan Tempat Untuk Berbuka Puasa (Buffet Ramadhan)..Berbuka Bersama Mereka Di..

Assalamualaikum..

Entry kali ni Saya nak bagitau tempat tempat yang menarik yang boleh kita pi bukak posa. Ada yang hotel n ada yang kedai biasa..yang buka hari2 ..maybe ada yang special untuk bulan puasa ni..

Ni pun sekitar Kedah jaaa.. kebanyakkan Saya ambek dari Fb Saya, page JJCMDK..ada yang nak cari kelainan boleh cuba pi naa..


Grand Alora Hotel, dekat Tesco Megong
No.888,Persiaran Bandar Baru Mergong, L/raya Sultanah Bahiyah,A/S

New Regent Hotel,
1536, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar

Hotel Grand Crystal, Alor Setar
 
1. Nasi Beriani
2. Kari Kepala Ikan
3. Asam Tumis Isi Ikan
Only at #LeBOSS , 201 & 202, Jalan Lagenda Height
Sungai Petani.


 Padang Temusu, Sungai Petani,

 House Of  Lamb, Kuala Teriang Langkawi

dekat Tesco Mergong..
No A-27 Tkt Bawah,Susuran Bandar Baru Mergong
Alor Setar

Keriang Hill Resort & The Puteri Restaurant, 
berhadapan Muzium Padi

Warong by Interfly

No.4, Commercial Square, Kolej Heights Utara,
06000 Jitra, Kedah.
(Jenan/Berhadapan Sekolah Sains Sultan Abdul Halim SMSAH)

Kesinai Riverside Cafe & Catering
No. 2409, Lebuhraya Darulaman, Alor Setar

RESTORAN TOK KERAMAT, JITRA


 
Bandar Amanjaya, Sungai Petani

Bandar Laguna Merbok

banyak pilihan..ada yang nak cari kelainan boleh cuba pi naa..
Selamat berpuasa..selamat berbuka..

sumber fb JJCMDK

- Mummy Ira -

Singgah Sahur YAB MB Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir Bersama Anak-Anak Yatim PERKIM, Lorong Seri, Alor Setar.

Assaalamualaikum..

Sebelum ni Cik Husband ada bagitau, nanti YAB MB Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir akan pi makan sahur dengan anak-anak yatim, PERKIM. Dah Cik Husband warden kat Asrama Perkim, memang terbabit sekalilah nak kendalikan majlis ni.

26/6/15..Maka bermulalah majlis ni, anak anak yatim Perkim makan sahur dengan MB Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir. Ramai juga yang ada dalam majlis ni..Timbalan Menteri Pelajaran P. Kamalanathan, Dr Cheah, dan pegawai dan staff  Perbadanan Menteri Besar Kedah

Dalam majlis awai pagi tu, anak anak yatim perkim dapat bersahur bersama YAB MB, menerima bantuan Ramadhan, sumbangan dari Perbadanan Menteri Besar Kedah dan sembahyang Subuh berjemaah bersama.  Macam biasa, ucapan mesti ada, YAB MB berucap agar anak anak yatim Perkim belajar rajin-rajin dan berjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.

Gembira anak anak yatim Perkim sebab dapat bersahur bersama YAB MB. Majlis ni berakhir sekitar 6.30 pagi. Terima kasih YAB MB Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir kerana sudi meraikan anak anak yatim Perkim..


 menunggu ketibaan YAB MB Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir


kredit pic fb MMFC
kredit pic fb MMFC

- Mummy Ira -

Amalan Berbuka Puasa Mengikut Sunnah

Assalamualaikum..

Alhamdulillah kalau kita berbuka puasa ikut sunnah..bukan pakai makan telan ja..dah kata masuk waktu, doa pun tak dan baca,  klam kabut makan ja..

Sedikit perkongsian untuk semua..




Adab Ifthar (Berbuka Puasa)

Penerangan:
Terdapat pelbagai amalan yang membawa kebaikan dan keberkatan ketika berbuka puasa. Namun, ramai umat Islam yang melupakan hal tersebut disebabkan terlalu ghairah dan semangat untuk berbuka puasa sehingga hal yang lebih berkat dan Sunnah dilupakan contohnya seperti membawa doa makan. Oleh yang demikian, mari kita lihat amalan yang yang mudah dan ringkas untuk diamalkan ketika berbuka puasa.

1. MENYEGERAKAN BERBUKA PUASA
"Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka" (HR. Bukhari & Muslim)
Ini bermaksud ketika matahari telah tenggelam dan berkumandangnya azan, maka bersegeralah berbuka.

2. BERBUKA DENGAN ROTHB, TAMR & SETEGUK AIR
Dari Anas bin Malik r.a.; "Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW sangat menyukai berbuka dengan rothb (kurma basah). Namun kurma basah jarang dijumpai dan yang sampai ke negeri kita hanya kurma kering. Jika tiada kedua-duanya, gantikanlah dengan makanan yang manis-manis seerti buah-buhan. Kata ulama' Syafi'iyah, ketika puasa, pernglihatan kita berkurang, kurma itu sebagi pemulihnya dan makanan manis itu sama erti dengan kurma. Jika tiada juga, berbukalah dengan seteguk air.

3. MEMBACA 'BISMILLAH'
"Wahai Rasulullah SAW sesungguhnya kami makan dan tidak berasa kenyang?" Baginda bersabda: "Kemungkinan kalian makan sendiri-sendiri." Mereka menjawab. "Ya" Baginda bersabda lagi "Hendaklah kalian makan secara bersama-sama dan sebutlah nama Allah, maka kalian akan diberi berkah padanya. (HR. Abu Daud)

4. BERDOA KETIKA BERBUKA
"Ada tiga orang yang doanya tidak ditolak: Pemimpin yang adil, orang berpuasa, doa orang yang dizalimi." (HR Tirmizi)
Ketika berbuka adalah waktu terkabulnya doa kerana ketika itu orang yang berpuasa telah menyelesaikan ibadahnya dalam keadaan tunduk dan merendahkan diri.

5. MINUM DENGAN TIGA NAFAS
"Rasulullah s.a.w biasa minum dengan tiga nafas. Jika wadah minuman didekati ke mulut baginda, baginda menyebut nama Allah Taala. Jika selesai satu nafasm baginda bertahmid (memuji) Allah Taala. Baginda melakukan seperti ini tiga kali." (Sahih, asSilsilah asSohihah)

6. BERDOA SELEPAS MAKAN
"Barangsiapa yang makan makanan kemudian mengucapkan "Alhamdulillahillazi ath'amani haaza wa rozaqani min ghairi haulin minni wa laa quwwatin" (Segala puji bagi Allah yang telah memberiku makanan ini, dan merezekikan kepadaku tanpa daya serta kekuatan dariku), maka diampuni dosanya yang telah lalu." (HR Tirmizi)

7. MENDOAKAN ORANG YANG MEMBERI MAKAN KEPADA ORANG BERPUASA (Hadis seperti dalam imej).

Selamat berbuka. Moga barakah pada setiap waktu dan rezeki..


sumber Jakim

- Mummy Ira -

Jumaat, 26 Jun 2015

Gorila Kacak Tarik Perhatian Wanita Jepun

Assalamualaikum..


Gorila kacak tarik perhatian wanita Jepun

NAGOYA - JEPUN. Seekor gorila digelar 'ikemen' yang bermaksud 'lelaki kacak' selepas menarik perhatian warga tempatan dan laman sosial, baru-baru ini.

Menurut Dailymail, gorila tersebut yang bernama Shabani itu berasal dari Zoo Taronga, Australia dan telah dipindahkan ke Jepun pada 2007.


Jurucakap Zoo Taronga memberitahu, Shabani merupakan antara gorila terawal yang diperkenalkan di zoo Higashimaya.


Difahamkan, jumlah pengunjung wanita ke zoo tersebut juga bertambah, baru-baru ini.

Foto-foto Shabani juga dikongsi ke laman sosial, antaranya kelakuan haiwan tersebut 'menunjuk otot', bermain dengan gorila muda dan termenung.


Tinjauan Sinar Online mendapati, rata-rata pengguna laman mikro Twitter yang berasal dari Jepun memuji 'ketampanan' Shabani.


"Dia terlalu kacak," kata Ikumi.


"Saya sudah pergi ke Zoo Higashimaya. Orang ramai kata Shabani kacak, dan dia terbukti kacak!," kata Natsu.


"Sya pergi ke zoo semata-mata untuk melihat Shabani. Dia memang sangat popular kini," kata pengguna Twitter, Yellow.

http://www.sinarharian.com.my

Video - Diketawakan Akibat Salahguna Parkir OKU

Assalamualaikum..

Diketawakan akibat salahguna parkir OKU - sinar harian


AKIBAT salahguna parkir yang dikhaskan untuk orang kurang upaya (OKU), seorang pemandu diketawakan orang ramai selain tindakannya tersebut dirakam dan dimuatnaik ke laman Youtube.
 
Menurut sebuah video yang dimuatnaik pada 24 Jun lepas, pelekat kertas telah ditampal di seluruh kenderaan lelaki berkenaan sebagai tanda protes penyalahgunaan parkir khas OKU.
 
Lelaki berkenaan kelam kabut membuka pelekat tersebut untuk mengelakkan malu sebelum berlalu pergi.
 
Orang ramai yang berkumpul mentertawakan lelaki tersebut sepanjang kejadian tersebut berlaku.
 
Video tersebut yang sudah ditonton lebih 600,000 pelayar dikatakan dirakam di Maringa, utara Brazil.
 
Hampir seratus peratus pelayar mengkritik tindakan lelaki tersebut yang disifatkan mementingkan diri sendiri, biadab malah memandu kenderaan secara merbahaya.
 
"Lelaki tersebut patut disaman! Terlalu ramai orang yang menyalahgunakan parkir khas OKU!" kata Lorena, berasal dari Brazil.
 
"Kepada sesiapa yang menampal pelekat berkenaan, anda adalah perwira kami," kata Andre.
 
"Lelaki ini kini popular kerana sikapnya yang sangat teruk," kata Veronica Ojeda.



http://www.sinarharian.com.my

Memang Perlu Ada Undang Undang Untuk Kod Berpakaian/Dress Code

Assalamualaikum..

Sekarang dok bising pasai kes ni..tapi memang pun kalau pi mana2 jabatan kerajaan area Alor Setar ni..ada juga pelanggan yang pi berurusan yang akan pakai tak kena dengan gayanya. 

My Mom selalu pesan..kalau nak pi mana2 atas sesatu urusan..kena pakai elok2..masuk dengan gayanya..ni pakai cam nak pi market beli ikan..buat malu kat orang ja. 

betui jugak cam kata Dr Shukri Abdullah ni..

 
DRESS CODE ... KOD BERPAKAIAN ... Kenapa Perlu Heboh !!

Di Resort World Sentosa Singapura ... ada dress code.
Di Grand Palace / Temple of Emerald Buddha (Bangkok) ... ada dress code
Di kebanyakan kolam renang club atau hotel ... ada dress code
Masuk restoran 5 bintang, pakai compang camping, kena tendang keluar.
Masuk ke masjid dan pakai terdedah sana sini, pasti di suruh keluar.

Jadi masuk mana-mana jabatan kerajaan, elok sangat ada kod pakaian.
Sedihnya di JPJ dan di Hospital Sg Buluh di mana insiden ini berlaku memang ada kod pakaian. Sila rujuk tulisan berikut, yang membicarakan lebih mendalam:

http://buasirotak.blogspot.com/…/kod-pemakaian-pun-orang-ma…

KINI semasa isu ini tengah hot elok seorang Pak Menteri kanan, mungkin TPM ambil kesempatan promo bahawa kita ada kod pakaian.

Kita kena tegas dalam hal ini. Jangan lembik sangat ikut tekanan parti politik. Mana yang berjuang atas nama "bangsa" "agama" dan "keadilan" kenapa tak agresif pertahankan Ketua dan Pengarah jabatan2 terlibat ?!!!


sumber fb  Dr Shukri Abdullah

- Mummy Ira -

Khamis, 25 Jun 2015

Apa Itu AIR NABEEZ

Assalamualaikum..

Apa Itu AIR NABEEZ ? Jom baca dari fb Fannie Nissrin


Air nabeez adalah air rendaman (infused water) kurma / kismis (raisins). Kurma atau kismis di rendam dalam air masak semalaman (dalam bekas yang bertutup) dan diminum keesokkan paginyer.

Sumber mengatakan: air nabeez nie kegemaran rasullah s.a.w. Nabi akan rendam beberapa butir kurma atau kismis (salah satu) di dalam air untuk semalaman (dalam bekas bertutup) + minum air rendaman kurma tu diwaktu pagi. Air tu nabi minum & buah kurma yg dah lembik tu, nabi telan sekali. Oleh itu air nabeez nie dikatakan sebagai sunnah nabi.

Talk about infused water. Org barat baru sekarang paham dan baru nak popularkan kaedah infuse water nie. Nabi kita dah buat lamaaaaa dah.

Khasiat kurma
Terlalu banyak khasiat kurma yang menjadi sunnah Rasullah s.a.w. ini.

Nabi Muhammad SAW bersabda:  

"Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: 

"Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah berkata: 

"Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah berkata: 

"Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu syaitan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq berkata: 

"Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".
Sabda Rasulullah SAW :

“Barang siapa yang makan pagi dengan tujuh butir kurma Ajwah, maka tak akan mencelakainya racun dan sihir dihari itu”. (Riwayat Shahih Al-Bukhari)

Dari segi kesihatan tubuh badan, kurma telah dibuktikan sebagai:-


1. pemberi & pemulih tenaga (ini antara sebab kita disunatkkan memakan kurma sebaik berbuka puasa)
2. tinggi kandungan fiber ~ mengelakkan kolestrol jahat dari terkumpul di dalam badan. Sangat bagus dalam mengelakkan sembelit (atau meredakan & memulihkan diri dari sembelit)
3. pemberi zat besi yang sangat bagus.
4. kaya pottassium ~ penting dalam penjagaan jantung & menstabilkan tekanan darah

Khasiat air nabeez
- Air nabeez nie adalah minuman berakali, yang mampu menolong membuang asid dari perut dan sistem pencernaan badan. Juga membantu badan untuk menyingkirkan bahan2 toksin dari badan. Dalam ertikata lain ~ sebagai detox.

- Disebabkan air nabeez nie tinggi kadar fiber, ia mampu membantu proses pencernaan yang baik & meningkatkan / menajamkan fikiran. Agar kita tidak mudah lupa.

- Sangat bagus untuk memulihkan lemah tenaga batin.

- Juga bagus untuk pesakit Arthritis & pesakit Gout ~ kerana air nabeez membantu menuetralkan kadungan urik asid di kalangan pesakit Gout.

Cara membuat air nabeez
- Rendam beberapa butir kurma (seelok2nyer bilangan ganjil) ke dalam air masak dalam jug air / gelas. Seelok2nyer dibuat waktu petang / malam, dan pastikan jug air / gelas tu bertutup. Keesokkan paginyer (dalam 8-12 jam selepas direndam), air tu bole diminum & buah kurma yang telah lembut tu dimakan begitu sahaja.

- Kurma yang elok digunakan adalah kurma ajwa. Tapi kalau takde kurma ajwa ~ sebarang kurma lain pun boleh.

- Air nabeez tu boleh diminum begitu sahaja / boleh dikisar sebelum diminum.

- Kalau nak buat air nabeez menggunakan kismis, pun boleh jugak. Caranya ambil segenggam kismis dan direndam dalam air jugak. Dibiarkan semalaman jugak.

- Kalau nak minum air nabeez pagi, siapkan petang / malam. Kalau nak minum air nabeez di waktu malam, rendam kurma / kismis di waktu pagi.

Pantang larang dalam membuat air nabeez
Hanya gunakan salah satu daripada buah2an pada satu2 masa. Tak boleh campurkan kurma & kismis untuk membuat air nabeez. Maksudnyer ~ kena buat dalam 2 bekas yang berasingan kalau nak minum nabeez kurma dan nabeez kismis.

Air nabeez nie kalo disimpan di dalam peti ais ~ boleh tahan 1 ~ 2 hari.

Tapi dilarang meminum air rendaman kurma / kismis yang sudah memasuki 2~3 hari. Ini disebabkan air rendaman kurma / kismis yang dibiarkan melebihi 2~3 hari, proses penapaian (fermentation) telah bermula & air rendaman kismis / kurma itu sedang dalam proses menjadi arak & haram diminum.

Oleh itu, adalah lebih baik air nabeez nie dibuat fresh daily.

Air nabeez nie nanti boleh diubahsuai & ditambah dengan susu / yogurt untuk dijadikan smoothie jugak.

Tapi kalo buat dengan air susu, kena letak dalam peti ais ~ takut susu rosak dibiarkan semalaman di luar. Atau rendam sikit kurma tu dalam air masak. Esok nk minum ~ baru tambah susu & goncang2 sikit bagi "mesra".


* Boleh la pakat cuba buat..baguih untuk kesihatan ni..

sumber fb Fannie Nissrin

- Mummy Ira - 

Menu Yang Jadi Pilihan Di Bazar / Bulan Ramadhan Di Kedah (Part 2)

Assalamualaikum..

Ok..Ni sambungan dari entry Menu Yang Jadi Pilihan Di Bazar /Bulan Ramadhan Di Kedah (Part1) 

Yang ni part 2 plak..Saya share dari facebook..ada yang personal n group2 facebook..Menu2 yang menarik sekitar Alor Setar dan sekitar dengannya.

Jom tengok..


 Bazar Ramadhan Taman Suria Jitra

  Bazar Ramadhan Taman Wira Mergong, A/S

  Bazar Ramadhan Sungai Korok

  Bazar Ramadhan Medan Selera Teratai, Jln Pegawai, A/S

 Bazar Ramadhan Taman Wira Mergong, A/S

Bazar Ramadhan Stadium Darulaman, A/S
 
 Bazar Ramadhan Pekan Pendang

 Hadapan Bank Islam Jitra

 Jalan Langgar Lama

 Bazar Ramadhan Laguna Merbok

 Bazar Ramadhan Taman Wira Mergong, A/S

Bazar Ramadhan/Pasar malam Taman Nuri, A/S


haa..sesapa yang berdekatan..boleh la pi cuba beli..rasa sedap ka tak k..
selamat berpuasa dan selamat berbuka..

- Mummy Ira -

Rabu, 24 Jun 2015

Menu Menu Yang Jadi Pilihan Di Bazar / Bulan Ramadhan Di Kedah (Part 1)

Assalamualaikum..

Tahun ni Saya berazam tak mau sangat berbelanja di Bazar Ramadhan. Kadang2 beli tapi balik tak makan pun. Saja ja nafsu tu lebih. Padahal makan tu ciput ja. Kalau nak pi beli pun..kira menu tu memang special n yang sedap. Kalau yang besa2 tu baik masak ja kat rumah. Tapi ada yang suka ke bazar ramadhan..sebabnya banyak pilihan..kkdg nak makan pun sorang, tak padan nak masak. So beli je la.

Ramai juga dalam facebook yang dok update bazar ramadhan yang ada menu menarik/special yang boleh dibeli. So..Saya nak kongsi sikit laa menu apa yang special  di bazar /bulan puasa ni.

So saja suka2 saya buat entry ni..Saya share dari facebook..ada yang personal n group2 facebook..Menu2 yang menarik sekitar Alor Setar dan sekitar dengannya.

Bazar Ramadhan Stadium Darulaman

Bazar Ramadhan Peremba ( Billion ) Alor Star

Bazar Ramadhan Hos. Sultanah Bahiyah A/S

Medan Selera PKNK ( depan Giant ) A/S
Bazar Ramadhan Simpang Kuala A/S

no. 275 Bazar Ramadhan Stadium Darulaman

Bazar RamadhanTaman Wira Mergong, A/S

Bazar RamadhanPeremba ( Billion ) A/S

Bazar Ramadhan Stadium Darulaman

Bazar RamadhanTaman Wira Mergong, A/S

Bazar RamadhanPekan Langgar

Bazar Ramadhan Hos. Sultanah Bahiyah A/S

Bazar Ramadhan Stadium DarulamanMedan Selera PKNK ( depan Giant ) A/S

haa..sesapa yang berdekatan..boleh la pi cuba beli..rasa sedap ka tak k..tunggu part 2 plak..
selamat berpuasa dan selamat berbuka..

- Mummy Ira -