Pesanan Ustaz Kepada Seorang Suami Yang Curang
By Zahirah Dzahir - 5/17/2015 01:33:00 PTG
Assalamualaikum..
Untuk
suami yang curang, baca dan hayati pesanan Ustaz Azhar Idrus ini:
Suami
: Ustaz, perempuan simpanan saya lebih ramping daripada isteri saya. Isteri
saya gemuk.
Ustaz
: Perempuan simpanan kamu pernah melahirkan anak kamu ke? Tentu tidak, bukan?
Kerana dia lebih sayangkan tubuh badannya berbanding kamu. Isteri kamu pula
sanggup korbankan tubuhnya kerana dia lebih sayangkan kamu dari tubuhnya
sendiri.
Suami
: Ustaz, perempuan simpanan saya manja dan lemah-lembut. Isteri saya langsung
tiada masa untuk saya dan kadangkala dia
garang dengan saya.
Ustaz
: Perempuan simpanan kamu tidak ada tanggungjawab untuk dipikul. Dia tidak
perlu tahu masalah kamu, hutang-piutang kamu. Kerana itu dia sentiasa gembira
bersama kamu. Berbanding dengan isteri kamu dia memikul semua masalah kamu.
Masanya terpaksa dibahagi untuk menjaga kamu dan anak-anakmu. Kerana dia tahu
menjaga anak-anakmu adalah tanggungjawabnya dan itu tanda cintanya padamu.
Suami
: Isteri saya jarang memujuk saya berbanding perempuan simpanan saya. Dia
sentiasa memujuk saya.
Ustaz
: Isteri kamu sudah puas memujuk anak-anakmu bila mereka bertanya bila kamu
akan pulang. Anak-anak mengadu tentang kamu yang tidak pernah mengambil tahu
tentang mereka. Isteri kamu sudah cukup melindungi maruah kamu di mata
anak-anakmu sedangkan kamu masih sibuk bergelumang dengan dosa bersama
perempuan simpanan kamu. Perempuan simpanan kamu itu pernahkah terfikir tentang
maruah kamu?
Suami
: Tapi ustaz..
sumber facebook
- Mummy Ira -
2 orang berborak di sini!
Perkongsian yang baik setiap suami perlu hargai pengorbanan seorang isteri
BalasPadamBuat peringatan untuk kita semua..
BalasPadam