Mengapa Wanita Hamil Tidak Boleh Berkasut Tumit Tinggi ?

By Zahirah Dzahir - 5/30/2015 11:31:00 PTG

Assalamualaikum

tumit tinggi


Anda disahkan mengandung tetapi masih suka berkasut tumit tinggi? Lupakan sahaja jika anda tidak mahu ia mengganggu tumbesaran anak dalam kandungan. Walaupun berkasut tinggi nampak cantik dan menyerlahkan penampilan (terutama bagi wanita yang rendah) tetapi lebih baik anda fikirkan keselamatan diri sendiri dan ‘orang di dalam’.

Ketahui sebab utama kenapa wanita hamil tidak boleh berkasut tinggi seperti berikut ini

  • Masalah kaki bengkak
Kaki menjadi bengkak memang sinonim dengan wanita hamil tetapi apabila masih degil bertumit tinggi walaupun perut semakin membesar, anda sememangnya menempah masalah. Bebanan badan yang semakin bertambah tertumpu di satu titik iaitu di bahagian kaki hadapan. Ini menyebabkan kaki ibu hamil bengkak kerana kaki perlu menanggung badan yang semakin membesar.
  • Menyebabkan varicose vein
Semakin tinggi kasut yang anda pakai, semakin jelas kelihatan otot pada betis dan paha anda. Ini akan menyebabkan masalah varicose vein semakin kronik bahkan kaki juga mudah penat apabila berjalan.
  • Mengganggu keseimbangan badan
Semakin lama perut semakin membesar seiring dengan usia kehamilan anda. Dengan adanya beban baharu di perut ia membuatkan fokus berat badan berubah. Jadi, keseimbangan badan turut berubah dan kemampuan untuk menyeimbangkan badan semakin berkurangan. Apabila ibu asyik memakai kasut tinggi walaupun kehamilan sudah masuk trimester ketiga, maka ia hanya mengundah bahaya ibu mudah terjatuh.
  • Sakit saraf sciatica
Ibu hamil berisiko merasa kesakitan dari bawah punggung hingga ke tapak kaki. Semakin membesar kandungan, rasa sakit ini menekan saraf sciatica. Ibu akan mengalami kejang kaki atau tapak kaki seperti dicucuk.
  • Sakit punggung
Posisi kaki ketika berdiri membuatkan beban badan tertumpu kepada bahagian kaki hadapan. Lebihan beban pada kaki menyebabkan sumsum tulang belakang dan punggung berasa pedih kerana ketika hamil ibu perlu menanggung berat badan sendiri dan berat bayi dalam kandungan. Justeru, kaki yang menampung bebanan tersebut membuatkan punggung terasa sakit.
sumber majalah pa n ma

Selain itu kesan dari penggunaan kasut tumit tinggi ni boleh mendatangkan bahaya kepada si pemakainya..

Bahaya kasut tumit tinggi


  • Kasut tumit tinggi jika dipakai terlalu lama boleh menyebabkan kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul.
  • Neuroma iaitu kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang ketat dan runcing di depan, ia kemudian akan menekan saraf dan tisu mula terbentuk di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk memulihkannya.
  • Pergelangan kaki mudah terseliuh.
  • Sukar mengimbang berat badan.
  • Kecacatan haglunds juga, sering dialami wanita berkasut tumit tinggi yang mana berlaku pembesaran tulang bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah dan menyakitkan.
  • Kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asal dan menimbulkan masalah kesihatan bukan saja kepada kaki tetapi keseluruhan badan.
  • Peredaran darah terganggu.
  • Tekanan pada jari menjadi lebih besar hingga menyebabkan jari kaki bengkok.
  • Kaki lebih mudah cedera terutama pada bahagian buku lali.
Sumber google

- Mummy Ira -

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!