Komponen Oral Motor dalam Speech Therapy Dari Komponen Oral Motor Dalam Speech Therapy Dari Ruby Speech Teraphy

By Zahirah Dzahir - 5/10/2015 01:49:00 PTG

Assalamualaikum..

Rasanya ada sesetengah ibu bapa yang ada masalah ank2 bercakap ni. Ada yang lambat bercakap..tak mau bercakap..gagap dan sebagainya. Termasuk la dengan anak anak Saya. Kadang2 kalau sempat Saya dok follow n baca juga blog Ruby Speech Teraphy ni. Memang banyak info tentang permasaalahan ni. Boleh kita belajar dan ajar anak anak kita yang ada masalah speech ni.

Cam tajuk ni  Komponen Oral Motor dalam Speech Therapy memang salah 1 info yang bagus. Jom baca Saya share dari blog Ruby Specch Teraphy


Latihan Oral Motor merupakan antara salah satu komponen kecil yang ada dalam speech therapy. Semasa peringkat penilaian, speech therapist akan menilai struktur serta pergerakan bibir, lidah, kemahiran meniup, menghisap, kemahiran makan, mengunyah, kekuatan rahang dan sebagainya. 

image

Contoh masalah ‘lidah pendek’ atau tongue tie.

Terdapat juga kanak-kanak yang mengalami masalah sensori dalam mulut. Ia boleh jadi hypersensitif sehingga sangat memilih makanan dan tidak suka mulutnya digosok. Ia juga boleh jadi hyposensensitif sehingga tidak sedar air liurnya meleleh sentiasa dan suka merangsang mulutnya dengan menggigit atau memasukkan sesuatu ke dalam mulut.

Bagi pesakit strok, ramai antara mereka juga mengalami dysarthria atau masalah lemah pada otot-otot organ pertuturan. Sebab itulah mereka selalu alami masalah untuk bertutur selepas mengalami strok, selain keadaan struktur muka / bibir / lidah yang tidak simetri. Maka sebab itulah, latihan Oral Motor merupakan salah satu komponen penting yang dikuasai oleh mana-mana speech therapist bertauliah.

Ada banyak latihan yang biasa dibuat, berdasarkan hasil penilaian bagi setiap individu. Jika anda biasa berjumpa speech therapist, mungkin anda juga tahu kaedahnya:
1) latihan meniup
2) latihan menghisap straw
3) latihan merapatkan bibir
4) latihan untuk menggerakkan lidah ke atas, kiri dan kanan
5) latihan kekuatan lidah menentang tolakkan
6) rangsangan sejuk @ masam @ tekstur
7) latihan mengunyah
8) latihan kekuatan rahang semasa menggigit

dan seterusnya…..ada banyak lagi.

Namun, adakah semua individu yang mengalami masalah pertuturan, memerlukan latihan Oral Motor?

Pasti ada ibu bapa yang berkata, “Tak pernah buat pun dengan speech therapist…?”
Ini kerana, setiap individu adalah berbeza. Mungkin, oral motor bukanlah ditimbangkan sebagai target untuk speech therapy individu tersebut. Malah, ada komponen lain yang jauh lebih penting untuk diutamakan. Contohnya seperti melatih daya tumpuan, kemahiran bermain, daya kefahaman dan memahami giliran.

Setiap therapist biasanya meletakkan beberapa target bagi setiap individu untuk latihan dibuat di rumah. Dari 4 target yang ada, hanya 1 target saja untuk latihan Oral Motor. Selebihnya mungkin ada target-target lain berkaitan dengan linguistik / IQ / interaksi 2 hala / kosa kata dan sebagainya.

Oleh itu, pastikan anda berjumpa dengan speech therapist bertauliah. Therapist yang bertauliah pasti dapat melakukan penilaian menyeluruh, membuat diagnosis dan merancang plan terapi yang bersesuaian.

Memang ada “therapist” tidak bertauliah. Sama saja situasinya seperti mana-mana profesyen lain. Maka berhati-hatilah dan semoga anda bijak memilih siapa therapist anda.

Bagi pihak yang tidak bertauliah tersebut, saya faham niat anda hanya ingin membantu. Mungkin anda boleh tukar sedikit nama profesyen anda. Fikirkan nama lain, selain dari Speech Therapist.

Setiap individu juga berhak memilih siapa pun untuk membantu anda. Saya hanya menjalankan tugas fardhu kifayah saya untuk memberi ingatan. Saya hormat sepenuhnya pilihan anda dan pastinya anda lebih tahu mana yang terbaik untuk orang yang anda kasihi.

Bulan Mei merupakan sambutan Bulan Pendengaran & Pertuturan peringkat antarabangsa. Malaysia juga turut sama terlibat. Semoga rakan-rakan Speech Therapist dan Audiologist terus berkempen untuk meningkatkan kesedaran masyarakat.

Ruby Speech Therapy
No Pen: PG 0343312-D
sms @ whatsapp 013-3109703
Sungai Petani, Kedah.

- Mummy Ira -

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!