Info Tentang Penyalahgunaan Ubat
By Zahirah Dzahir - 2/18/2019 05:52:00 PTG
Assalamualaikum..
Penyalahgunaan Ubat
Pengenalan
Penyalahgunaan ubat berlaku apabila anda mengambil ubat tidak mengikut arahan doktor/ahli Farmasi. Di antara contoh penyalahgunaan ubat adalah seperti berikut :
- Menggunakan ubat yang dipreskrib untuk orang lain
- Mengambil dos yang lebih tinggi berbanding yang diarahkan
- Mengambil ubat dengan cara yang berbeza daripada arahan. Sebagai contoh dengan menghancurkan tablet dan diambil melalui hidung atau injeksi
- Mengambil ubat bagi tujuan lain iaitu tidak mengikut indikasi yang ditetapkan/diperlukan, seperti untuk menimbulkan rasa ghairah
Ada pihak yang berpendapat pengambilan ubat preskripsi dan OTC adalah lebih selamat berbanding pengambilan dadah terlarang (kokaine, heroine, kanabis dan sebagainya). Walau bagaimanapun, pengambilan ubat preskripsi dan OTC adalah selamat apabila ianya diambil seperti yang diarahkan oleh doktor/ahli Farmasi. Penyalahgunaan ubat preskripsi dan OTC ini boleh menyebabkan risiko kesan sampingan, termasuk berlebihan dos (overdose) - terutama apabila ianya diambil bersama ubat lain dan alkohol.
Contoh Ubat dan Kesan Penyalahgunaan Ke Atas Badan
Pengambilan ubat preskripsi dan OTC diambil tanpa sebarang keperluan dan tidak mengikut arahan akan memberi kesan ubat tersebut terhadap otak adalah hampir sama dengan dadah.
Penyalahgunaan ubat preskripsi dan OTC ini boleh mengakibatkan pelbagai kesan seperti contoh berikut:
Jenis ubat
|
Kesan Ketagihan Yang Ingin Dialami
|
Kesan Buruk Ke Atas Kesihatan
|
Ubat tahan sakit yang mengandungi opiod
Contoh : Codeine, Oxycodone, Methadone, Morphine, Fentanyl |
Rasa gembira dan teruja. Ia bertindak ke atas reseptor yang sama seperti yang disasarkan oleh heroin.
| Mengantuk, sembelit dan menurunkan kadar pernafasan. Penurunan kadar pernafasan berlaku terutamanya apabila opiod diambil melalui hidung atau injeksi ataupun dengan kombinasi ubat lain dan alcohol |
Ubat tidur dan penenang
Contoh : Barbiturates, Benzodiazepines, Zolpidem |
Mengurangkan rasa resah dan menurunkan kadar aktiviti otak yang akan menyebabkan mengantuk dan hilang koordinasi dan memori
|
Tekanan darah, menurunkan kadar pernafasan yang boleh menyebabkan kematian apabila diambil bersama alcohol.
|
Ubat perangsang
Contoh : Amphetamine, Methylphenidate |
Rasa gembira, meningkatkan tenaga dan tahap keyakinan
| Meningkatkan kadar denyutan jantung, tekanan darah, mengurangkan berat badan, serangan jantung, strok/angin ahmar |
Dextromethorphan
Contoh : Dalam ubat batuk dan selsema |
Dos yang tinggi bertindak ke atas sel reseptor yang disasarkan oleh phencyclidine (PCP) dan ketamine yang menyebabkan kesan keterujaan dan ghairah
| Fungsi motor terjejas, kebas, loya dan muntah, meningkatkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah. Selain itu,terdapat juga kes kerosakan otak apabila kadar pernafasan menurun menyebabkan kekurangan oksigen ke otak. |
Rawatan Ketagihan Ubat
Rawatan bagi ketagihan ubat adalah melalui 2 cara iaitu melalui tingkah laku (behavioral) dan ubat-ubatan. Kajian yang menunjukkan rawatan ketagihan ubat adalah lebih berkesan apabila pesakit menggunakan kedua-dua rawatan melalui perlakuan pesakit dan ubat.
Rawatan melalui tingkah laku membantu mengajar pesakit berfungsi tanpa ubat, mengawal ketagihan, mengelakkan diri dari situasi menggunakan ubat serta mengendalikan diri apabila ketagihan berulang.
Manakala rawatan dengan menggunakan ubat adalah berdasarkan kelas:
- Ubat tahan sakit mengandungi opiod
Methadone – perangsang opioid sintetik yang bertindak pada reseptor yang sama seperti opiod yang lain. Ianya hanya boleh didapati melalui program pemulihan
- Ubat tidur dan penenang
- Ubat perangsang
- Dextromethorphan
Fakta Penyalahgunaan Ubat
- Peningkatan penyalahgunaan ubat preskripsi dan OTC telah dilaporkan di beberapa buah negara sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Di Australia dan Amerika Syarikat, penyalahgunaan ubat preskripsi adalah lebih tinggi berbanding dadah terlarang kecuali kanabis. Pesakit mendapatkan ubat preskripsi melalui preskripsi yang diperoleh secara rasuah, preskripsi palsu, penjualan secara haram di klinik dan Farmasi, penyalahgunaan antara keluarga, penjualan haram antara pesakit dan ubat cemar palsu yang boleh diperolehi melalui internet.
- Secara umum, golongan lelaki lebih banyak terlibat dengan penggunaan dadah terlarang. Walau bagaimanapun, data dari tahun 2005 hingga 2010 yang diperolehi dari Europe dan Amerika Selatan menunjukkan golongan wanita lebih banyak menggunakan ubat tidur dan penenang.
- Berdasarkan laporan Drug Abuse Warning Network 2004, sebanyak 1% kes melibatkan ubat yang dirujuk di wad kecemasan Amerika Syarikat adalah disebabkan dos Dextromethorphan yang berlebihan dan sebahagian daripada kes tersebut melibatkan pesakit berumur 12 hingga 20 tahun.
0 orang berborak di sini!