25 Peratus Doktor Muda Lepasan Luar Negara Alami Tekanan Emosi

By Zahirah Dzahir - 5/16/2015 06:05:00 PTG

Assalamualaikum..

Kalau kita dengar sesetengah bakal doktor study kat luar negara..pakat kata hebat. Balik mai Malaysia confirm dapat ilmu banyak. Ya betul..tak dinafikan mesti dapat ilmu tu lebih tapi kesian jugak dekat sesetengah bakal doktor ni..yang mana balik Malaysia alami tekanan emosi. apa sebabnya..jom artikel yang diasiarkan pada 14/5/15 

- 25 peratus doktor muda lepasan luar negara alami tekanan emosi


25 peratus doktor muda lepasan luar negara alami tekanan emosi

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/54809
- Doktor lepasan luar negara alami tekanan emosi?

doktor

SEBANYAK 25 peratus doktor muda lepasan luar negara yang pulang untuk meneruskan kerjaya mereka di negara ini dikesan mengalami tekanan emosi.

Perkara ini dinyatakan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya bahawa tekanan tersebut disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya mereka gagal  menyesuaikan diri berikutan perbezaan situasi semasa belajar di luar negara berbanding senario sebenar di lapangan di dalam negara. 

"Ada negara (institusi pengajian inggi) tempat pelajar Malaysia belajar, mereka tidak dibenarkan melihat dan merawat pesakit dan hanya belajar menggunakan modul. Jadi mereka tidak pernah didedahkan dengan kaedah sebenar rawatan. 

"Berbanding doktor (pelajar perubatan) yang belajar di dalam negara, mereka lebih mudah menerima dan telah biasa dengan keadaan sebenar di hospital kerajaan mahupun swasta," katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kementerian Kesihatan peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur, hari ini.

Selain itu Dr Hilmi berkata terdapat negara yang mengajar ilmu kedoktoran mengikut terminalogi masing-masing sehingga menyebabkan timbul kekeliruan dalam kalangan doktor muda Malaysia setelah mereka kembali berbakti dalam negara. 

Beliau berkata faktor itu menyebabkan doktor pelatih perlu belajar semula untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sebenar merawat pesakit di dalam negara. 

"Tekanan ditambah dengan sikap segelintir doktor senior yang membuli doktor muda sehingga ramai yang mengalami tekanan emosi dan mengambil keputusan berhenti daripada kerjaya mereka," katanya. 

Beliau berkata pihaknya telah memberi nasihat kepada doktor muda dan turut mengadakan minggu orentasi selain menggunakan khidmat pakar bagi melegakan tekanan yang dihadapi mereka. - Bernama
KUANTAN: Sebanyak 25 peratus doktor muda lepasan luar negara yang pulang untuk meneruskan kerjaya mereka di negara ini dikesan mengalami tekanan emosi. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, berkata tekanan itu disebabkan oleh pelbagai faktor antaranya mereka gagal menyesuaikan diri berikutan perbezaan situasi semasa belajar di luar negara berbanding senario sebenar di lapangan di dalam negara.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/54809

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!